Dermatitis atopik dan ekzema adalah istilah umum untuk ‘keradangan kulit.’ Kedua-duanya digunakan untuk menggambarkan masalah kulit yang terdiri daripada kulit yang kering kemerahan dan ruam.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Dermatitis atopik dan ekzema adalah istilah umum untuk ‘keradangan kulit.’ Kedua-duanya digunakan untuk menggambarkan masalah kulit yang terdiri daripada kulit yang kering kemerahan dan ruam.
Namun begitu, apakah perbezaan antara kedua-dua masalah kulit ini? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini ya!
Ekzema adalah gambaran untuk sekumpulan penyakit kulit yang menyebabkan keradangan dan kerengsaan kulit.
Ekzema itu sendiri bersifat tidak berjangkit, namun, jika kulit melepuh, infeksi boleh terjadi dan jangkitan itu mampu merebak.
Dermatitis atopik adalah sejenis ekzema yang paling kerap terjadi. Gejala ekzema ini termasuk gatal-gatal bersama dengan lepuh dan akhirnya menghasilkan kulit yang berkerak dan menebal.
Di samping itu, ruam boleh muncul di wajah, pergelangan tangan, tangan, kaki, kulit kepala, atau belakang lutut.
Penggunaan krim, losen, dan pelembap lain untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dapat membantu menangani gejala tersebut.
Ruam-ruam merah yang gatal (kadang-kadang boleh menjadi gelembung kecil berisi air pada kulit) akan menjadi semakin tebal apabila digaru berulang kali.
Dermatitis atopik juga digelar sebagai ekzema atopik. Penyakit kulit ini sering dikaitkan dengan penyakit alahan lain pada seseorang individu atau ahli keluarga yang mempunyai kecenderungan transmisi secara genetik.
Penyakit-penyakit tersebut adalah asma (lelah), resdung (allergic rhinitis), konjunktivitis atau alahan kepada debunga.
Pun begitu, ia bukanlah sejenis penyakit berjangkit dan seseorang tidak akan mendapatnya dengan menyentuh kulit kanak-kanak atau orang dewasa yang menghidapi penyakit tersebut.
Dermatitis atopik (AD) menyerang lebih daripada 9.6 juta kanak-kanak dan sekitar 16.5 juta orang dewasa di Amerika Syarikat.
Ini mencetuskan keradangan yang merosakkan pelindung kulit, menjadi kering dan gatal-gatal serta ruam yang mungkin kelihatan seakan warna ungu, coklat atau kelabu pada warna kulit yang lebih gelap dan merah pada warna kulit yang lebih cerah.
Penyelidikan turut menunjukkan mereka dengan masalah ekzema, terutama dermatitis atopik, mempunyai mutasi gen yang bertanggungjawab untuk menghasilkan filaggrin.
Filaggrin adalah protein yang berkaitan dengan filamen yang mengikat serat keratin pada sel epitelium.
Ia juga merupakan protein yang membantu tubuh kita mengekalkan penghalang pelindung yang sihat pada lapisan kulit paling atas.
Tanpa filaggrin yang cukup untuk membina penghalang kulit yang kuat, kelembapan kulit akan hilang dan bakteria, virus dan banyak lagi dapat membiak.
Inilah sebabnya mengapa ramai orang dengan masalah AD mempunyai kulit yang sangat kering dan mudah dijangkiti.
Dermatitis atopik adalah keadaan kronik yang memerlukan pengurusan gejala.
Ia dicirikan oleh ruam gatal dan merah yang biasanya muncul pada sendi di badan anda, seperti lutut atau siku, bahkan di leher.
Masalah ini menyumbang kepada keradangan atau jangkitan, yang membuatkan ia bertambah buruk. Simptom-simptomnya termasuk:
Manakala, bagi dermatitis kontak, ia berlaku apabila kulit anda mempunyai reaksi terhadap sesuatu yang bersentuhan dengannya.
Ini termasuk peluntur, sabun, racun ivy, logam tertentu, atau perengsa lain. Ruam biasanya berwarna merah dan boleh menjadi gatal atau melecur. Gejala-gejalanya termasuk:
Terdapat beberapa jenis masalah ekzema lain seperti:
Untuk menentukan jenis ekzema yang anda alami, lakukan janji temu dengan doktor anda.
Selepas diagnosis, doktor anda akan menyediakan rancangan untuk rawatan dan pengurusan gejalanya.
Bentuk dermatitis lain biasanya dapat dielakkan atau diatasi dengan rawatan diri yang betul, seperti berikut:
Selain itu, dengan melakukan rutin penjagaan kulit yang bersesuaian dapat membantu anda menguruskan masalah dermatitis atopik atau gejala ekzema.
Biasanya kes dermatitis yang kecil dapat diselesaikan dengan rawatan secara sendiri, tetapi jika gejala bertambah buruk, anda harus berjumpa dengan pakar dermatologi untuk menentukan tindakan terbaik bagi merawatnya.
Ekzema dan dermatitis adalah istilah umum untuk keradangan kulit dan sering digunakan secara bergantian.
Terdapat beberapa jenis ekzema dan dermatitis yang mempunyai sebab dan gejala yang berbeza, tetapi kebanyakannya dapat diatasi dengan rejimen perawatan kulit yang baik dan dengan menghindari faktor perengsa.
Namun, sekiranya anda mengalami masalah kulit yang menyakitkan dan mengganggu rutin harian, usah buang masa, segera bertemu pakar kerana dikhuatiri anda mungkin mengalami masalah kesihatan lain.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen