Sebagai seorang lelaki, sudah pasti kalian akan berasa risau dan takut sekiranya zakar anda mengalami sebarang masalah bukan?
Selain erektil disfungsi dan ejakulasi pramatang, antara masalah alat sulit yang paling dibimbangi boleh terjadi adalah kulit zakar kering!
Untuk mengetahui apa punca sebenar masalah ini terjadi kepada alat kelamin lelaki, jom kita ikuti artikel dengan lebih mendalam lagi.
Kulit zakar kering petanda STD?
Sekiranya ia terjadi, sudah pasti ramai orang yang akan kata ia adalah petanda berlakunya penyakit atau jangkitan pada alat kelamin.
Atau lebih tepat lagi, mereka mungkin akan menyangkakan bahawa ia disebabkan oleh penyakit jangkitan kelamin (STD).
Sebenarnya, kulit zakar kering bukanlah petanda anda terkena STD seperti sifilis, herpes dan lain-lain.
Sebaliknya, ia hanya satu keadaan yang akan mengakibatkan perkara seperti berikut berlaku pada zakar:
- Rasa gatal pada zakar
- Timbul ruam pada kulit
- Kulit zakar seakan merekah
- Ia mudah tercedera dan berdarah
Persoalannya, apa punca sebenar ia berlaku?
Ini punca sebenar kulit zakar kering!
Buat kalian yang menyangkakan bahawa ia disebabkan oleh STD, anda mungkin salah!
Berikut adalah beberapa punca sebenar kondisi ini berlaku:
#1. Penggunaan sabun yang tidak tepat
Kebanyakan individu pasti akan menggunakan sabun ketika mandi untuk membersihkan seluruh anggota tubuh badan termasuk alat sulit.
Inilah silapnya kerana terdapat beberapa jenis sabun yang tidak sesuai terutamanya yang bersifat kasar dan boleh mengeringkan kulit.
Jadi, cuba elak daripada menggunakan sabun yang salah dan gunakan air sahaja untuk mencuci bahagian sensitif anda. Ini bagi mengelakkan kekeringan pada kulit terjadi.
Punca kulit zakar kering #2. Alahan
Kondisi ini juga boleh terjadi angkara alahan terhadap sesuatu yang digunakan pada alat sulit termasuklah kondom, deodoran atau minyak wangi.
Selain kulit alat kelamin menjadi kering, berikut adalah petanda anda mengalami alahan pada alat sulit:
- Bersin
- Hidung berair
- Mata berair
Punca kulit zakar kering #3. Jangkitan
Meskipun STD bukanlah punca kulit alat kelamin menjadi kering, namun terdapat jangkitan lain yang boleh menyebabkannya iaitu jangkitan yis.
Ia sekali gus sudah pasti akan menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan dan membuang air kecil.
Untuk mengelak dan merawat kondisi ini, sila dapatkan ubatan antikulat daripada doktor dan pastikan kawasan zakar sentiasa kering dan bersih.
#4. Seks yang terlalu ‘kering’
Buat anda yang terfikir dan tertanya-tanya tentang maksud ayat di atas, ia adalah satu keadaan di mana hubungan seksual itu berlaku tanpa pelincir yang cukup.
Pelincir sama ada semula jadi (air mani, air mazi, air liur) atau artifisial (minyak lintah, minyak belacak, cecair pelincir faraj) adalah sangat diperlukan.
Tanpa lubricant seperti ini, maka hubungan seksual itu mungkin akan berlangsung dengan kering, keras dan kasar.
Jadi sila gunakan pelincir sama ada semula jadi atau artifisial dalam bentuk air, minyak dan silikon untuk mengelakkan kulit zakar dan faraj menjadi kering ya?
#5. Pakaian dalam yang terlalu ketat
Semua individu akan memakai pakaian dalam untuk memastikan keselesaan alat kelamin namun ia akan menjadi masalah jika terlalu ketat!
Ini kerana, ia akan menyebabkan berlaku geseran pada zakar atau faraj sekali gus meningkatkan risiko kulit alat sulit kalian menjadi kering.
Oleh itu, sila pakai pakaian dalam yang mempunyai fabrik lembut, selesa dan tidak terlalu ketat agar zakar atau faraj kalian mampu ‘bernafas’ dengan tenang.
Punca kulit alat kemaluan kering #6. Ekzema
Keadaan kulit ini bukan sahaja boleh berlaku pada muka, malahan juga kulit zakar dan ia mempunyai 2 jenis:
- Ekzema atopik
- Ekzema kontak
Bukan sahaja akan mengakibatkan kekeringan kulit pada alat sulit, bahkan juga akan menyebabkan kegatalan dan ketimbulan yang agak ketara.
Sila berjumpa doktor atau pakar dermatologi segera untuk mendapatkan ubatan sapuan topikal sekiranya mengesyaki terkena keadaan kulit seperti ini.
Punca kulit zakar kering #7. Psoriasis
Akhir sekali, kulit zakar kalian mungkin akan menjadi kering akibat kondisi yang dikenali sebagai psoriasis. Jenis yang selalu terjadi pada alat sulit adalah inverse psoriasis.
Sama seperti ekzema, anda juga perlu berjumpa pakar dermatologi untuk mendapatkan ubatan sapuan topikal bagi merawatnya selain terapi ultra ungu juga disarankan.
Sekiranya kulit zakar anda menjadi kering tanpa tahu sebabnya, sila segera berjumpa doktor okay!