backup og meta

Orang Lelaki Kena Selalu Periksa Zakar Mereka, Ini 10 Sebabnya!

Orang Lelaki Kena Selalu Periksa Zakar Mereka, Ini 10 Sebabnya!

Walaupun subjek ini tidak diperbincangkan secara terang-terangan, tapi periksa kemaluan secara kerap boleh meningkatkan kualiti hidup dan tahap kesihatan seksual anda.

Apabila berbicara mengenai kemaluan, anda pasti terfikir akan organ spesifik seperti zakar, faraj dan sebagainya.

Apa yang anda perlu tahu adalah, kemaluan dari sudut perubatan merangkumi organ yang tertakluk di bawah sistem genitourinari (berkaitan dengan kemaluan dan salur kencing).

Pemeriksaan perlu dilakukan pada organ seks dan kawasan berhampiran dengannya:

  1. Selangkang (bahagian badan yang terletak di antara abdomen dan pangkal paha).
  2. Kepala dan batang penis.
  3. Pemeriksaan prostat.
  4. Struktur anus dan rektum.
  5. Skrotum (kantung) dan testis.

Ada di antara organ yang tersenarai tidak dapat diperiksa dengan mudah tanpa bantuan orang lain.

Sebagai contoh kelenjar prostat yang kebiasaannya diperiksa oleh doktor.

Walau bagaimanapun amalan periksa kemaluan sendiri secara kerap boleh membuatkan anda peka terhadap perubahan yang berlaku pada organ gentiourinari anda.

Artikel ini akan memfokuskan kepada pemeriksaan kemaluan lelaki. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Ini 10 masalah kesihatan lazim yang boleh didiagnosis melalui pemeriksaan kemaluan

kesihatan seksual

Walaupun seseorang itu digalakkan untuk memeriksa kemaluan sendiri, namun tindakan mendiagnosis tanpa rujukan doktor juga boleh mendatangkan kesan negatif.

Tujuan utama pemeriksaan peribadi dilakukan adalah untuk memeriksa jika terdapat perubahan fizikal melalui sentuhan atau deria penglihatan.

Perkara ini boleh mendorong seseorang itu untuk mendapatkan bantuan kesihatan.

Hal ini penting kerana masalah kesihatan tertentu berkaitan dengan organ seksual boleh dirawat dengan mudah sekiranya didiagnosis pada peringkat awal.

Jika dibiarkan berlarutan, aspek rawatan mungkin boleh jadi kompleks dan kualiti hidup seseorang itu boleh berkurangan.

Amalan periksa kemaluan secara kerap (sendiri atau oleh doktor) boleh menyaring masalah kesihatan seperti:

  1. Jangkitan salur kencing (UTI).
  2. Masalah prostat membesar (BPH).
  3. Kecederaan pada tisu skrotum atau penis disebabkan oleh masalah penyakit kronik.
  4. Masalah ereksi (ED).
  5. Hernia (Angin pasang).
  6. Masalah pada salur darah.
  7. Kemaluan bengkok dan sakit semasa ereksi (Masalah Peyronie’s).
  8. Kanser testis.
  9. Kanser prostat.
  10. Kanser penis.

Bagaimana cara untuk periksa kemaluan sendiri?

periksa kemaluan

Nampak mudah, namun pemeriksaan kemaluan perlulah berstruktur agar anda tidak terlepas tanda tidak normal pada alat sulit.

Secara amnya, setiap lelaki boleh periksa kemaluan masing-masing berpandukan kepada langkah berikut:

  1. Pastikan kemaluan anda berada dalam keadaan relaks. Dengan cara ini, anda mudah untuk memeriksa jika terdapat ketulan atau perkara tidak normal lain.
  2. Sebelum anda periksa testis, picit permukaan skrotum pada bahagian atas testis. Ia bagi memastikan organ tersebut tidak bergerak semasa diperiksa. 
  3. Gunakan jari anda untuk merasai keseluruhan permukaan testis jika terdapat sebarang ketulan atau permukaan keras. Perkara ini mungkin sukar kerana ia berbeza mengikut individu. Ada yang mengalami ketulan sekecil sebutir beras dan ada juga yang boleh nampak ketulan dengan mata kasar. 
  4. Jika terdapat ketulan pada struktur belakang testis, usah risau. Itu merupakan struktur tiub epididimis. Ia berperanan untuk menyalurkan sperma untuk keluar sebahagian daripada air mani.
  5. Setelah selesai dengan testis, gunakan jari anda untuk memeriksa batang dan kepala penis anda. Tekan perlahan dan pastikan tiada ketulan mahupun rasa sakit. 
  6. Jika anda mempunyai kulup (kulit yang menutup hujung kepala penis), tarik ia ke belakang dan periksa kepala penis anda.

Anda mungkin berminat:

Bila saya perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut?

periksa kemaluan

Setiap individu disarankan untuk memeriksa kemaluan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Ia bagi memastikan anda familiar dengan keadaan asal dan lebih peka terhadap perubahan yang berlaku.

Jika terdapat simptom atau perubahan fizikal pada kemaluan, anda digalakkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Anda mungkin tertanya-tanya, doktor macam mana yang anda perlu jumpa. 

Jawapannya, anda boleh berjumpa dengan mana-mana doktor pun. Mereka mempunyai asas klinikal yang kukuh untuk mendiagnosis masalah berkaitan dengan kemaluan.

Jika keadaan serius, doktor anda boleh membuat surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Anda perlu tahu, apabila anda terjumpa ketulan pada bahagian testis, pemeriksaan kemaluan tetap akan dilakukan secara menyeluruh.

Ini termasuklah pengambilan sejarah kesihatan, pemeriksaan seluruh badan dan ujian makmal sekiranya perlu.

Jika anda mengalami ereksi semasa proses pemeriksaan sedang dilakukan, usah malu memandangkan ia perkara normal.

Kemaluan anda mempunyai banyak saraf sensitif yang boleh membantu anda untuk mengalami ereksi.

Penulis pasti, ini bukan kali pertama doktor anda melalui perkara tersebut. Ia adalah tindak balas fisiologi badan yang normal.

Pemeriksaan prostat hanya dilakukan sekiranya terdapat tanda yang menunjukkan masalah berkaitan dengan organ tersebut.

Prosedurnya tidak begitu selesa. Namun jika anda berusia 55 tahun ke atas, pemeriksaan ini disarankan sekali setahun.

Konklusi

Anda perlu tahu bagaimana untuk periksa kemaluan anda dengan betul.

Ia boleh meningkatkan tahap kesihatan seksual anda dan masalah berkaitan dengannya boleh dirawat lebih awal.

Sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut, sila hubungi doktor anda untuk khidmat nasihat kesihatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://meded.ucsd.edu/clinicalmed/genital.html
  2. https://medlineplus.gov/ency/article/007465.htm
  3. https://www.aafp.org/afp/2018/1215/p729.html
  4. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/penis-health/art-20046175
  5. https://healthcare.utah.edu/healthfeed/postings/2020/09/10-mens-sexual-health-questions-that-are-too-embarrasing-to-ask.php

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh [email protected]

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Senggama Bukan Selalunya Sedap, Jaga-Jaga Jika Zakar Selalu Sakit Semasa Bersama Isteri!

Ulser Di Bahagian Kemaluan Yang Tidak Sakit? Jangan Abaikan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan