backup og meta

Masalah Zakar Berbau? Ikut Petua Ini Untuk Hilangkannya! Pasti Si Isteri Tersenyum Kembali

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/12/2022

    Masalah Zakar Berbau? Ikut Petua Ini Untuk Hilangkannya! Pasti Si Isteri Tersenyum Kembali

    Kemaluan berbau bukan masalah wanita semata-mata. Masalah kemaluan lelaki berbau juga sebenarnya dialami ramai individu. 

    Namun masalah berkaitan alat sulit ini seringkali tidak diberikan perhatian. Ini juga bukan topik yang terlalu terbuka untuk dibincangkan.

    Oleh sebab itu, ramai yang bertindak mencari petua hilangkan bau kemaluan melalui Google sahaja.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Punca kemaluan lelaki berbau

    Untuk kaum lelaki, terdapat beberapa faktor yang memungkinkan anda mengalami masalah kemaluan berbau kurang menyenangkan.

    Di sini, kami senaraikan beberapa punca kemaluan berbau dan petua hilangkan bau kemaluan yang boleh anda cuba.

    #1. Smegma- Ini punca kemaluan berbau

    kemaluan lelaki berbau

    Smegma adalah 1 keadaan yang merujuk kepada pengumpulan minyak semula jadi dan juga sel kulit yang telah mati pada bahagian batang zakar.

    Ia biasa berkumpul di bawah kulup hujung batang zakar jika anda tidak bersunat

    Pada kebiasaannya, smegma bertindak melembapkan zakar selain melicinkan kulit pada zakar.

    Tetapi, jika smegma ini banyak berkumpul pada hujung zakar, ia boleh menyebabkan munculnya bahan putih yang berbau busuk pada alat sulit.

    Smegma ini biasa terjadi jika zakar tidak dicuci dengan bersih.

    Petua hilangkan masalah kemaluan lelaki berbau yang disebabkan oleh smegma

    Untuk menghilangkan smegma pada alat sulit, lakukan cara seperti berikut:

    1. Tarik kulup zakar ke belakang.
    2. Basuh zakar dengan menggunakan sabun dan air bersih.
    3. Bilas alat sulit anda.
    4. Keringkan zakar dengan menggunakan kain. Jangan sesekali menggosoknya. 
    5. Apabila smegma telah dibersihkan, tarik semula kulup ke hadapan menutupi kepala zakar.

    Ulang langkah ini jika smegma kembali terbentuk untuk menghindari isu zakar berbau.

    Punca kemaluan lelaki berbau #2. Jangkitan saluran kencing

    Jangkitan saluran kencing atau ringkasnya UTI boleh berlaku apabila saluran kencing anda dijangkiti oleh bakteria mahupun virus.

    Biasanya, jangkitan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti aktiviti seksual, kencing tidak lawas, batu karang, prostat yang membesar, diabetes dan menggunakan kateter kencing.

    Antara simptom anda mempunyai UTI ialah:

    Baca juga:

    Petua hilangkan bau kemaluan yang disebabkan oleh UTI

    Sekiranya anda rasa dijangkiti UTI, segeralah berjumpa dengan doktor.

    Jika anda dijangkiti, doktor akan memberikan ubat antibiotik bagi merawat jangkitan tersebut. 

    #3. Balanitis 

    Balanitis adalah 1 keadaan di mana kepala zakar anda mengalami keradangan, sekali gus menyebabkan timbulnya isu kemaluan lelaki berbau.

    Sekiranya kulup kepala zakar turut mengalami keradangan, keadaan tersebut digelar sebagai balanoposthitis.

    Balanitis boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti melakukan seks yang berisiko, tidak menjaga kebersihan diri dengan baik, kewujudan smegma, jangkitan, sabun dengan kandungan pewangi atau mengalami penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema.

    Antara simptom balanitis ialah kemerahan pada zakar, gatal-gatal dan juga adanya iritasi, pembengkakan, muncul cecair pada kulup zakar dan rasa seperti terbakar ketika hendak membuang air kecil.

    kemaluan lelaki berbau

    Petua hilangkan bau kemaluan yang disebabkan oleh balanitis

    Untuk mengurangkan rasa sakit atau keradangan yang dialami, mandi bersama garam Epsom.

    Sekiranya simptom yang dialami berlarutan lebih daripada 1 atau 2 hari, segeralah berjumpa dengan doktor. 

    Antara kaedah rawatan yang mungkin akan digunakan ialah:

  • Penggunaan antibiotik jika terdapat jangkitan
  • Sapu salap atau krim sekiranya berlaku iritasi
  • Letakkan krim antikulat bagi jangkitan kulat
  • #4. Jangkitan yis

    Jangkitan yis yang juga disebut sebagai thrush boleh berlaku apabila kulat Candida tumbuh pada zakar anda tanpa kawalan.

    Akibatnya, zakar akan mempunyai bau yang kurang menyenangkan seperti bau hapak kulat.

    Antara tanda wujudnya jangkitan yis pada zakar ialah:

    • Kemerahan atau iritasi pada zakar
    • Gatal atau rasa terbakar
    • Adanya bahan berwarna putih yang mempunyai tekstur seperti keju pada zakar
    • Kelembapan yang tidak normal pada zakar

    Jangkitan yis biasanya berlaku disebabkan oleh zakar yang tidak dicuci dengan bersih.

    Selain itu, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh aktiviti seks bersama pasangan yang mempunyai jangkitan ini.

    Petua hilangkan kemaluan lelaki berbau yang disebabkan oleh jangkitan yis

    Jika anda rasa dijangkiti, berjumpalah dengan doktor untuk berbincang mengenai rawatannya.

    Biasanya doktor akan memberikan ubat bagi merawat jangkitan yis ini. Ubat ini juga boleh didapati di farmasi.

    Cara membersihkan kemaluan berbau

    kemaluan lelaki berbau

    Petua hilangkan bau kemaluan yang pertama adalah mencuci kemaluan dengan bersih sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

    Gunakan sabun pencuci yang bersifat lembut dan juga air suam.

    Selepas itu, lapkan kemaluan dengan menggunakan kain yang kering terlebih dahulu sebelum mula memakai pakaian. 

    Selain itu juga, terdapat beberapa petua hilangkan bau kemaluan lain yang patut anda lakukan. Antaranya ialah:

    Semoga masalah kemaluan lelaki berbau yang dialami akan dapat diatasi dengan petua yang dikongsikan di atas!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan