#4. Hematoma
Hematoma mungkin berlaku akibat pembengkakan, cuma ia berlaku di dalam tisu organ alat sulit anda. Sekiranya kondisi ini berlaku kepada anda, ia akan merosakkan saluran darah yang berada jauh di dalam kulit.
Kesannya, ia akan menyebabkan kehilangan keupayaan darah untuk mengalir dalam saluran atau kelenjar lantas mengakibatkan masalah pendarahan. Sekiranya anda mengesyaki anda mengalami masalah ini, segera dapatkan rawatan doktor.

#5. Reaksi alahan ubatan
Setiap individu mempunyai reaksi terhadap ubatan yang berbeza-beza. Dalam beberapa kes, pengambilan ubatan mungkin akan menyebabkan reaksi alahan yang dikenali sebagai sindrom Stevens-Johnson.
Sindrom ini boleh dikenali melalui ruam yang berwarna seakan ungu pada permukaan zakar, juga pada beberapa anggota tubuh badan yang lain. Ruam ini boleh mengakibatkan kulit membengkak dan bersisik. Jika lambat dirawat, ia mungkin akan mengakibatkan komplikasi lain yang boleh membawa maut.
Buat anda yang tertanya-tanya, berikut merupakan ubatan yang berisiko tinggi mengakibatkan sindrom ini:
- Antibiotik berasaskan sulfur
- Ibuprofen
- Naproxen
- Ubatan antiepilepso
- Ubatan antipsikotik
- Sebarang jenis antibiotik
Selain zakar ungu, terdapat banyak lagi reaksi alahan yang boleh berlaku disebabkan ubatan. Jadi, sila berhati-hati dalam pengambilan sebarang ubatan dengan mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor, ya?
#6. STD
Selain sebab-sebab yang boleh dikatakan normal di atas, terdapat satu lagi sebab kondisi zakar ungu berlaku iaitu STD.
Buat anda yang belum tahu, STD adalah penyakit jangkitan kelamin yang boleh berlaku kepada mana-mana individu, tidak kira lelaki atau wanita. Sebagai contoh yang paling mudah, STD yang boleh memberi kesan kepada warna zakar lelaki adalah sifilis atau herpes.
STD bukan sahaja akan memberi kesan kepada warna zakar lelaki, malahan juga menyebabkan beberapa perkara pada alat kemaluan, seperti:
- Kesakitan
- Kegatalan
- Keradangan
- Kepenatan
- Sakit ketika membuang air kecil
- Demam
Ia adalah satu perkara yang serius kerana ia bukan sahaja akan mengubah warna zakar lelaki menjadi seakan ungu, namun ia juga akan memberi komplikasi kepada alat sulit anda sekiranya lambat mendapatkan rawatan.
Konklusi
Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang menyebabkan kondisi zakar ungu dan bukannya hanya sekadar mitos yang mengatakan zakar lelaki berubah warna menjadi seakan ungu kerana terlalu banyak melakukan hubungan seks sahaja.
Ia mungkin berlaku akibat beberapa kondisi kesihatan lain yang memerlukan rawatan segera. Jadi, jika anda syak diri anda mengalami kondisi ini, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen