backup og meta

TERJAWAB, Rupa-Rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

TERJAWAB, Rupa-Rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

Klimaks tentunya saat yang paling dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri semasa beraksi di kamar tidur. Pun begitu, tidak semua kaum Adam suka atau bahagia apabila tiba waktu ejakulasi ini. Kenapa? Ada golongan lelaki yang akan berasa sakit ketika ejakulasi akibat faktor-faktor yang akan kami huraikan di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Adakah sakit ketika ejakulasi itu normal?

Kesakitan semasa ejakulasi ini adalah 1 kondisi yang tidak normal dan mungkin boleh berlaku kepada mana-mana golongan lelaki. Ia turut dikenali dengan nama dysorgasmia atau orgasmalgia.

Tahap kesakitan kondisi ini boleh jadi ringan, sederhana atau teruk, bergantung kepada individu. Kawasan yang selalu berasa sakit pula adalah sekitar zakar, skrotum dan perineum.

Jika anda juga pernah atau masih mengalaminya, jangan ambil mudah. Ia bukan 1 kondisi yang normal dan memerlukan rawatan doktor dalam kadar segera!

Persoalannya, apakah punca berlakunya keadaan ini?

Punca lelaki berasa sakit ketika ejakulasi!

sakit ketika ejakulasi

#1. Penyakit jangkitan kelamin

Tidak mengejutkan, pelbagai penyakit jangkitan kelamin boleh membuat zakar sakit semasa keluar air mani. Bukan itu sahaja, anda yang menghidapinya juga mungkin akan berasa sakit ketika membuang air kecil.

Antara penyakit yang menjadi suspek utama adalah chlamydia dan trichomoniasis. Jadi, jangan bertangguh berjumpa doktor sekiranya anda juga sudah dijangkiti penyakit-penyakit sebegini.

#2. Batu karang atau cyst

Kebiasaannya, batu karang atau cyst akan terbentuk pada saluran ureter, pundi kencing atau buah pinggang. Namun, ada juga lelaki yang akan mengalaminya pada saluran ejakulasi.

Ini kemudiannya akan mengakibatkan air mani tersekat dan zakar terasa sakit setiap kali ejakulasi. Untuk menyelesaikannya, batu karang atau cyst tersebut perlu dibuang melalui kaedah pembedahan.

#3. Prostatitis juga punca sakit ketika ejakulasi

Buat anda yang belum tahu, prostatitis adalah kondisi di mana kelenjar prostat mengalami keradangan. Kondisi ini biasa berlaku kepada golongan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas.

Ia akan menyebabkan rasa sakit ketika penderita membuang air kecil atau ketika ejakulasi. Sekiranya kalian mengalami diabetes atau lemah sistem imun, maka risiko prostatitis adalah lebih tinggi.

#4. Pengambilan ubatan tertentu

Ada jenis ubatan yang akan mendatangkan kesan sampingan. Sebagai contoh, ubatan dari jenis antidepresan boleh mengakibatkan masalah seksual lelaki termasuk rasa sakit ketika ejakulasi.

Antara jenis ubatan tersebut adalah serotonin, tricyclics, tetracyclics dan lain-lain. Oleh itu, jangan sembarangan mengambilnya. Pastikan anda mendapat preskripsi dan konsultasi doktor terlebih dahulu.

sakit ketika ejakulasi

#5. Masalah sistem saraf

Selain masalah pada saluran ejakulasi, rasa sakit padanya juga mungkin disebabkan oleh masalah sistem saraf pada alat kemaluan lelaki. Sebagai contoh, ada 1 kondisi yang dinamakan sebagai pudendal neuropathy.

Kondisi ini berlaku apabila terdapat kerosakan pada sistem saraf pelvis. Kesannya, zakar dan kawasan sekitarnya akan mengalami kesakitan. Selain itu, kecederaan pada sistem saraf juga boleh menjadi dalang utama.

#6. Kesan pembedahan

Secara umumnya, pembedahan memang akan mendatangkan kesakitan selepas habis kesan bius. Ini termasuklah pembedahan kanser prostat yang akan mengakibatkan rasa sakit ketika ejakulasi dan membuang air kecil.

Anda mungkin tidak perlu terlalu risau sekiranya ini terjadi kerana lambat-laun ia akan hilang dengan sendiri. Pun begitu, sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda masih berasa sakit meski luka pembedahan telah sembuh.

#7. Sakit ketika ejakulasi kerana psikologi

Dalam beberapa kes, punca kepada keadaan ini tidak dapat dikenal pasti oleh doktor. Ada lelaki yang hanya berasa sakit ketika bersenggama namun tidak sakit ketika beronani dan sebaliknya.

Jika itu berlaku, maka ia bukan berpunca dari masalah fisiologi sebaliknya psikologi. Jadi, sebaik-baiknya, dapatkan bantuan pakar terapi untuk menyelesaikan masalah ini.

Adakah anda juga salah seorang dari lelaki yang mengalami masalah ini? Jangan berlengah lagi, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Erection Ejaculation: How It Occurs. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10036-erection-ejaculation-how-it-occurs. Accessed on May 12, 2020.

Men’s Secret Sex Problem. https://www.aarp.org/relationships/love-sex/info-11-2010/men_sex_problem_cannot_climax.html. Accessed on May 12, 2020.

Delayed ejaculation. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/delayed-ejaculation/symptoms-causes/syc-20371358. Accessed on May 12, 2020.

Painful ejaculation. https://www.healthymale.org.au/mens-health/painful-ejaculation. Accessed on May 12, 2020.

Waqar, M., Omar, K., Moubasher, A., Brunckhorst, O., & Ahmed, K. (2020). Painful Ejaculation – An Ignored Symptom. Cureus, 12(10), e11253. https://doi.org/10.7759/cureus.11253. Accessed on May 12, 2020.

Versi Terbaru

19/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Masalah Zakar Berbau? Ikut Petua Ini Untuk Hilangkannya! Pasti Si Isteri Tersenyum Kembali

Ini Punca Paling Lazim Lelaki Selalu Gatal Zakar, Hati-Hati Dengan Jangkitan Yis Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan