backup og meta

8 Cara Mudah Untuk Melindungi Ereksi Zakar Anda, Tengok Yang Terakhir!

8 Cara Mudah Untuk Melindungi Ereksi Zakar Anda, Tengok Yang Terakhir!

Adakah anda mengalami masalah melindungi ereksi zakar? Jangan risau lagi, kerana kami ada beberapa cara untuk memastikan anda boleh menguruskan masalah ini dengan baik!

#1. Waspada ubat anda ambil

Ubat bukan preskripsi tertentu seperti ubat alahan atau selsema, atau ubat yang ditetapkan seperti antidepresan, ubat tekanan darah, ubat melegakan sakit narkotik atau antihistamin boleh menyebabkan masalah dengan ereksi anda.

Oleh itu, berunding dengan doktor anda dengan teliti sebelum menggunakan apa-apa ubat untuk memastikannya tidak menganggu ereksi anda.

#2. Kawal saiz perut anda

Lelaki yang mempunyai saiz pinggang 39 inci atau lebih, dua kali lebih tinggi berbanding lelaki lain dengan saiz penggang 35 atau lebih rendah untuk mengalami disfungsi ereksi.

Di samping itu, perut besar turut akan mengakibatkan zakar anda pada masalah.

melindungi ereksi

Melindungi ereksi #3. Berhenti merokok

Merokok boleh menyebabkan masalah kepada ereksi anda kerana ia boleh merosakkan lapisan saluran darah anda, yang menggantikan otot licin di zakar anda dan menghalang darah daripada mengalir di sekitar tubuh anda.

Menjaga ereksi #3. Elakkan dari stres

Tinggalkan tekanan dan apa-apa yang membuatkan anda jadi tertekan. Ini kerana kebimbangan dan kegelisahan boleh menyebabkan kesan buruk terhadap fungsi seksual.

Menjaga ereksi #4. Dapatkan cukup tidur

Para saintis di University of Chicago mendapati bahawa jika lelaki yang sihat tidak mendapat tidur yang mencukupi untuk melindungi ereksi mereka.

Misalnya, jika mereka hanya tidur 5 jam sehari, mereka dapat mengurangkan kadar testosteron sebanyak 10%.

Ini bermakna bahawa apabila hormon berkurang, fungsi libido dan seksual anda juga akan menurun.

#5. Kawal minuman keras

Jika anda mempunyai kecenderungan untuk minum sebelum bersetubuh, ini dapat menjejaskan keupayaan anda untuk ereksi.

Di samping itu, alkohol adalah depresan. Oleh itu, anda berkemungkinan akan kurang terangsang dan lebih cenderung kepenatan.

Melindungi ereksi #6. Senaman

Satu kajian dalam Journal of Clinical Hypertension menyatakan bahawa selepas lelaki dengan tekanan darah tinggi dan ED menyertai program latihan interval selama 8 minggu, mereka lebih mampu mendapatkan ereksi berbanding mereka yang tidak bersenam.

melindungi ereksi

#7. Hindar dari rasa serba salah

Jika anda melakukan sesuatu salah, otak akan menghasilkan bahan kimia yang boleh mengganggu keupayaan anda untuk mendapatkan ereksi. Oleh itu, kekal bersih dan jelas.

#8. Berhenti bawa komputer riba ke mana-mana

Ini mungkin mengejutkan anda, tetapi ia adalah fakta bahawa membawa komputer riba bersama boleh menyebabkan disfungsi ereksi.

Ini kerana apabila anda meninggalkan komputer riba di pangkuan anda, ia cenderung untuk memberikan sejumlah besar haba, dan itu dapat mengurangkan tahap testosteron dan jumlah sperma anda dalam testis.

Sebelum rujuk doktor atau pakar kesihatan, cuba cara mudah di atas ini ya? Anda mungkin akan gembira dengan kesan tip itu!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Penis health: Identify and prevent problems, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/penis-health/art-20046175, Accessed November 27, 2019.
  2. Erectile Dysfunction, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/erectile-dysfunction, Accessed November 27, 2019.
  3. Penis Health, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15666-penis-health, Accessed November 27, 2019.
  4. Erectile Dysfunction (ED), https://familydoctor.org/condition/erectile-dysfunction/, Accessed November 27, 2019.
  5. Why can I not get and keep an erection?, https://www.nhs.uk/common-health-questions/mens-health/why-can-i-not-get-and-keep-an-erection/, Accessed November 27, 2019.

Versi Terbaru

20/06/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Zakar Gagal Ereksi Dengan Baik? Ini 9 Cara Perbaiki Ketegangan Tanpa Guna Ubat!

Ada 2 Kategori Zakar Semasa Ereksi Iaitu 'Shower' & 'Grower', Anda Yang Mana Satu?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan