backup og meta

Ada 2 Kategori Zakar Semasa Ereksi Iaitu 'Shower' & 'Grower', Anda Yang Mana Satu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/03/2022

    Ada 2 Kategori Zakar Semasa Ereksi Iaitu 'Shower' & 'Grower', Anda Yang Mana Satu?

    Setiap manusia diciptakan berlainan antara satu sama lain. Ternyata, selain warna kulit, panjang zakar semasa ereksi juga berbeza bagi setiap lelaki.

    Ukuran zakar lelaki bersifat unik dan ia boleh berubah dari masa ke masa dengan peningkatan usia.

    Tetapi, apakah perbezaan ukuran zakar yang dimaksudkan?

    Tahukah anda, zakar yang mengalami ereksi (menegang) boleh dibahagikan kepada 2 kategori; ‘shower‘ atau ‘grower‘.

    Mari teruskan pembacaan untuk memahami erti saintifik di sebalik kedua terma ini dan sama ada ia menjejaskan kesihatan atau kehidupan seks seseorang lelaki.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Shower & grower, apa bezanya?

    Untuk makluman, istilah shower atau grower merujuk kepada seberapa banyak zakar memanjang ketika ereksi jika dibandingkan dengan keadaannya semasa flaccid (zakar dalam keadaan rehat/tidak menegang).

    Dalam bahasa yang lebih mudah, perbezaan antara ukuran zakar apabila lelaki sedang ‘stim’ dan sebaliknya.

    Shower membawa maksud ukuran zakar yang lebih panjang ketika dalam keadaan flaccid, tapi tidak mengalami ereksi yang ketara apabila terangsang (saiz sebelum dan selepas ereksi tidak banyak beza).

    Sebaliknya, grower merujuk kepada mereka dengan zakar yang memanjang lebih ketara apabila mengalami ereksi.

    Jadi, bagaimana mahu menentukan sama ada anda tergolong dalam kalangan shower atau grower?

    panjang zakar

    Sebelum itu perlu kalian tahu bahawa tisu erektil zakar terdiri daripada:

    • Fiber elastik
    • Kolagen
    • Arteri dan urat
    • Smooth muscles

    Kesemua jenis tisu ini membolehkan zakar untuk mengalami ereksi.

    Namun seiring pertambahan usia, zakar boleh kehilangan keanjalan tisu, yang boleh menjejaskan cara ia meregang.

    Selain itu, lelaki mungkin mengalami keradangan dan kekurangan aliran darah ke zakar apabila berusia, yang juga boleh menjejaskan ereksi.

    1  kajian pada tahun 2018 terhadap 274 lelaki mendapati bahawa usia turut memainkan peranan sama ada peserta tergolong dalam kalangan grower atau shower.

    Para penyelidik mendefinisikan grower sebagai mereka yang panjang zakar meningkat ke 4 sentimeter (cm) atau lebih semasa flaccid, manakala shower pula adalah lelaki yang alami ereksi kurang daripada 4 cm.

    Kesemua peserta ini juga pernah menjalani penile duplex ultrasound (PDDU) untuk masalah mati pucuk.

    Penyelidik telah mengukur panjang zakar flaccid dan memberikan ubat vasodilation kepada peserta sebelum mengukur kepanjangan semasa ereksi.

    Grower mengalami perubahan panjang zakar rata-rata sebanyak 5.3 cm, manakala shower sebanyak 3.1 cm.

    Kajian ini turut melaporkan, sebanyak 37% lelaki yang tergolong dalam kategori grower adalah bujang, berbanding dengan 23% dalam kategori shower, walaupun ia mungkin berkait rapat dengan faktor usia.

    Ternyata, tiada perbezaan antara kedua kategori ini apabila dikaitkan dengan faktor:

    • Bangsa
    • Sejarah merokok
    • Fungsi ereksi
    • Panjang zakar flaccid
    • Hasil PDDU
    • Ketegangan zakar selepas suntikan vasodilation

    Kajian turut menyatakan bahawa penemuan ini memerlukan lebih banyak penyelidikan, termasuk kajian berskala besar, multikultural, dan multinasional.

    Anda tergolong dalam kumpulan yang mana?

    Sesetengah orang mungkin dapat mengenal pasti sama ada mereka tergolong dalam kalangan grower atau shower dengan mudah.

    Jika panjang zakar anda tidak berbeza secara signifikan dalam keadaan flaccid atau ereksi, kalian mungkin dikategorikan sebagai shower.

    Sebaliknya, jika ukuran zakar lelaki berubah secara drastik apabila ereksi berbanding flaccid, mereka adalah grower.

    Anda boleh mengukur panjang ketika flaccid, dari pangkal hingga hujung zakar.

    Ukuran seterusnya pula diambil dengan cara yang sama semasa ereksi.

    Sekiranya perbezaan antara 2 keadaan ini melebihi 4 cm, lelaki tersebut akan memenuhi ciri-ciri kelompok grower.

    Walau bagaimanapun, jika perbezaannya kurang daripada 4 cm, mereka memenuhi definisi shower. Jelas, bukan?

    Adakah ia menjejaskan ukuran keseluruhan ereksi?

    Menurut Kinsey Institute, ukuran zakar dalam keadaan flaccid bukanlah indikasi yang boleh dipercayai sebagai saiz semasa ereksi.

    Secara umum, saiz zakar flaccid yang lebih pendek mengembang dengan peratusan yang lebih tinggi berbanding ukuran zakar flaccid yang lebih panjang.

    1 kajian pada 2018 mendapati, grower mempunyai ukuran zakar ereksi yang lebih panjang, sekitar 15.5 cm berbanding 13.1 cm dalam kumpulan shower.

    Bolehkah perbezaan ini mempengaruhi kehidupan seks anda?

    panjang zakar

    Hingga kini, masih tiada penyelidikan yang menunjukkan sama ada grower atau shower memberi kesan terhadap kehidupan seks lelaki.

    Namun, kebimbangan mengenai penampilan zakar boleh menjejaskan aktiviti seksual!

    Tinjauan yang dilakukan pada tahun 2016 mempelajari ketidakpuasan genital pada 4,198 lelaki yang berusia dalam lingkungan 18 ke 65 tahun dan menetap di Amerika Syarikat.

    Laporan menunjukkan kepuasan yang terendah dengan ukuran zakar flaccid, dengan 27% melaporkan ketidakpuasan. Demografi yang berbeza tidak mempengaruhi hasil tinjauan.

    Mereka yang melaporkan ketidakpuasan dengan alat kelamin sendiri juga mempunyai aktiviti seksual, merangkumi seks faraj dan oral yang lebih sedikit.

    Sekiranya ada yang terganggu dengan penampilan zakar hingga menjejaskan keyakinan diri atau kehidupan seks, berkomunikasi secara terbuka bersama pasangan atau doktor bertauliah!

    Rumusan

    Demikian merupakan perbezaan antara lelaki yang dikategorikan sebagai grower atau shower, mengikut perbezaan panjang zakar semasa dalam keadaan flaccid dan ereksi.

    Walaupun wujud perbezaan ukuran, kalian tidak perlu berasa malu atau rendah diri kerana ia tidak menjejaskan sebarang fungsi normal zakar mahupun kehidupan di ranjang.

    Pun begitu, jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau persoalan, sentiasa dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang lebih pakar, okey?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan