Kira-kira 237 juta lelaki dan 46 juta wanita di seluruh dunia mengalami gangguan penggunaan alkohol dengan kadar tertinggi dalam kalangan lelaki dan wanita di Eropah (14.8% dan 3.5%) dan benua Amerika (11.5% dan 5.1%). Masalah ini didapati lebih biasa berlaku di negara berpendapatan tinggi.
Pengambilan alkohol di seluruh dunia
Pengambilan global alkohol dijangka meningkat dalam tempoh 10 tahun akan datang sementara pada waktu kini, dianggarkan 2.3 bilion orang adalah peminum semasa. Lebih daripada separuh penduduk di tiga wilayah – Amerika, Eropah dan Pasifik Barat meminum minuman keras. Eropah mempunyai penggunaan per kapita tertinggi di dunia, walaupun penggunaan per kapitanya telah menurun lebih dari 10% sejak 2010.
Kajian pada tahun 2017 menunjukkan pengambilan minuman keras per kapita di Malaysia dikatakan antara yang terendah di Asia, pada kadar 1.7 liter per kapita setahun, tidak jauh berbeza daripada Singapura (2.9) dan Indonesia (0.6). Pun begitu, trend dan ramalan semasa menunjukkan peningkatan dalam penggunaan alkohol per kapita global dalam tempoh 10 tahun akan datang, terutamanya dalam Kawasan Asia Tenggara dan Pasifik Barat serta Wilayah Amerika. Tanpa pendidikan dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan alkohol, peningkatan ini juga bakal menyaksikan peningkatan kesan penyalahgunaan yang tidak diingini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen