backup og meta

"Kalau Suami Mati Pucuk, Saya Boleh Hamil Ke?", Wanita Kena Tahu Perkara Ini!

"Kalau Suami Mati Pucuk, Saya Boleh Hamil Ke?", Wanita Kena Tahu Perkara Ini!

Zakar mati pucuk adalah suatu keadaan kesihatan yang paling membimbangkan lagi menakutkan bagi semua lelaki sama ada masih bujang ataupun sudah berkahwin.

Ini kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan lelaki hilang keyakinan malah kemampuan mereka untuk bersama pasangan di ranjang lantas merosakkan perhubungan.

Lantaran itu, akan wujud satu soalan iaitu, adakah lelaki yang mengalami zakar mati pucuk boleh menghamilkan pasangan? Jom baca artikel untuk tahu jawapannya!

Apa itu zakar mati pucuk?

Untuk pengetahuan anda, zakar mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) adalah kondisi di mana lelaki gagal untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi zakar.

Ada beberapa situasi yang juga mungkin boleh dikategorikan sebagai kondisi ED iaitu:

  1. Zakar masih boleh berereksi walaupun bukan setiap masa.
  2. Zakar masih boleh berereksi namun tidak mampu bertahan.
  3. Zakar langsung tidak boleh berereksi.

Kondisi ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja asalkan dia adalah seorang lelaki dan risiko untuk mengalaminya mungkin akan meningkat jika ada faktor risiko.

Akibatnya, penderita mungkin tidak boleh mendapatkan dan mengekalkan ereksi zakar yang diperlukan untuk membolehkan mereka melakukan hubungan seksual.

zakar mati pucuk
Pemeriksaan disfungsi ereksi di hospital.

Apa punca zakar mati pucuk?

Kondisi zakar mati pucuk akan terjadi apabila terdapat keabnormalan pada salur darah atau sistem saraf alat sulit lelaki yang terjejas akibat faktor-faktor tertentu.

Terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin akan menjadi punca ia berlaku termasuklah:

  • Kecederaan pada zakar: Zakar yang tercedera pada salur darah atau sistem saraf yang mengawal fungsi ereksi
  • Kondisi fisiologi: Masalah kesihatan tubuh badan khususnya yang melibatkan organ jantung serta buah pinggang
  • Kondisi psikologi: Masalah kesihatan akal minda contohnya seperti tekanan, kegelisahan, kemurungan dan lain-lain
  • Prosedur pembedahan @ perawatan: Prosedur kesihatan seperti pembedahan prostat atau perawatan radiasi untuk terapi kanser
  • Pengambilan ubat tertentu: Ubatan klinikal seperti antidepresi, antihistamin, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit atau ubat masalah prostat
  • Penggunaan bahan terlarang: Sebagai contoh, tembakau, alkohol atau dadah yang boleh menjejaskan aliran darah dan sistem saraf zakar
  • Masalah berat badan: Risiko mungkin akan lebih tinggi jika anda mengalami berat badan berlebihan atau obesiti
  • Aktiviti berbasikal berpanjangan: Ia mungkin boleh menekan sistem saraf dan merosakkan salur darah pada zakar

Mungkin juga terdapat beberapa lagi faktor risiko yang kami tidak nyatakan di atas tadi. Jadi, sila dapatkan informasi dan nasihat lebih lengkap daripada doktor.

zakar mati pucuk
6 Punca mati pucuk berlaku.

Adakah pasangan masih boleh hamil?

Sekiranya anda adalah salah seorang lelaki yang mengalami kondisi zakar mati pucuk, persoalan ini mungkin akan kerap bermain dan berlegar di fikiran anda.

Sebenarnya, mungkin ramai individu yang terkeliru di antara keadaan kesihatan ini dengan kesuburan lantas sering mengaitkannya sebagai satu kondisi yang sama.

Jika anda sukar untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi zakar, ia sudah pasti akan menyebabkan penetrasi zakar ke dalam faraj itu adalah hampir mustahil.

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa anda masih boleh menghamilkan pasangan dengan teknik betul agar air mani dikeluarkan dan memasuki lubang faraj.
Jadi, lelaki yang ada masalah mati pucuk masih boleh membuat pasangan hamil.

Apakah yang boleh anda lakukan?

Sebagai seorang lelaki dengan kondisi zakar mati pucuk serta ingin mendapatkan zuriat, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan sebagai usaha dan ikhtiar.

Pertama sekali, anda mungkin boleh cuba ambil ubatan klinikal seperti viagra dengan preskripsi doktor agar zakar mampu ditegangkan serta dikekalkan semasa seks.

zakar mati pucuk
Ubat untuk meningkatkan kesuburan lelaki.

Selain itu, terdapat juga teknik seks yang tidak memerlukan pasangan melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj, namun pastikan air mani disalurkan ke dalam faraj dengan betul.

Anda juga perlu memastikan bahawa anda hanya ada kondisi ED tetapi tidak mengalami sebarang masalah kesuburan kerana ia akan menggagalkan usaha anda.

Jika masih tidak berhasil, maka alternatif seperti bayi tabung uji sudah boleh dipertimbangkan.

Jangan ambil mudah masalah mati pucuk!

Meskipun masih wujud kemungkinan di mana lelaki dengan kondisi zakar mati pucuk boleh membuat pasangan hamil, namun kaum Adam tidak boleh ambil mudah masalah ini.

Disebabkan itu, anda yang ada masalah ini wajar melakukan pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui apa punca ia terjadi dan kaedah rawatan untuk dicuba.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Effect of pregnancy on sexual function of couples. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6306968/. Diakses November 13, 2024.
  2. Conception: the problems of ‘compulsory’ sex. https://www.imop.gr/en/uroinfo-conception-sex. Diakses November 13, 2024.
  3. Male infertility. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/male-infertility/symptoms-causes/syc-20374773. Diakses November 13, 2024.
  4. Male Infertility. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17201-male-infertility. Diakses November 13, 2024.
  5. Male Infertility. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/male-infertility. Diakses November 13, 2024.

Versi Terbaru

13/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

JANGAN Terkeliru Lagi! Kenal Pasti Perbezaan Antara Kemandulan & Mati Pucuk

Suami Salahkan Isteri Tak Menarik, Sebab Tu 'Adik' Lembik? Ini Mitos & Fakta Mati Pucuk


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan