backup og meta

7 Punca Buah Zakar Lelaki Selalu Rasa Gatal

Disemak secara perubatan oleh Prof Dr Christopher Ho Chee Kong · Urologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/11/2021

    7 Punca Buah Zakar Lelaki Selalu Rasa Gatal

    Buah zakar gatal bukanlah satu keadaan yang asing bagi lelaki. 

    Ia merupakan kawasan yang mudah berpeluh hanya selepas anda berjalan untuk beberapa minit di bawah cahaya matahari terik.

    Malah, bagi mereka yang tidak mandi secara kerap, masalah ini kerap berlaku sehinggalah mereka selesai membersihkan diri.

    Situasi yang telah penulis nyatakan di atas bukanlah satu-satunya keadaan yang boleh membuatkan buah zakar seseorang gatal.

    Artikel ini akan menyenaraikan keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan ‘telur’ anda terasa gatal.

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    #1 Iritasi pada buah zakar

    Kulit kering pada kawasan kemaluan merupakan punca lazim yang menyebabkan telur anda gatal.

    Situasi ini boleh berlaku lebih-lebih lagi jika anda berjalan di kawasan yang panas kering.

    Jika anda bersenam untuk satu tempoh masa yang lama juga boleh menyebabkan kulit anda mengalami iritasi.

    Lebih teruk jika ia kering dan bergesel sehingga boleh menyebabkan luka dan pendarahan.

    Antara tanda kulit buah zakar anda mengalami iritasi adalah seperti berikut:

    1. Kulit kemerahan dan muncul ruam pada kulit.
    2. Terdapat luka pada kulit buah zakar.
    3. Kulit terasa pelik apabila disentuh.

    #2 Jangkitan kulat pada buah zakar anda

    buah zakar gatal

    Kebanyakan jangkitan kulat tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Apabila ia hidup dalam satu koloni yang besar, ia lebih mudah untuk dikesan dengan mata kasar.

    Jika anda tidak menjaga kebersihan kemaluan dengan betul atau mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan, ia meningkatkan risiko untuk anda mendapat jangkitan kulat.

    Antara jangkitan kulat yang lazim dialami pada buah zakar adalah kulat Candida.

    Lazimnya, kulat ini mendiami kulit dan usus manusia. Namun, jika jumlahnya meningkat secara mendadak, ia boleh menyebabkan simptom gatal.

    Keadaan ini mudah berlaku pada kawasan buah zakar.

    Antara simptom lain yang boleh dialami penghidap adalah:

    #3 Jangkitan herpes pada kemaluan

    Herpes adalah jangkitan virus yang boleh tersebar melalui seks atau kontak fizikal dengan kulit yang dijangkiti.

    Jika jangkitan berlaku pada buah zakar, ia boleh menyebabkan kegatalan.

    Antara simptom lain yang boleh dialami adalah:

    • Sakit semasa kencing
    • Rasa terbakar atau gatal pada testikel dan penis
    • Berasa letih 
    • Gelembung kulit pada kawasan kemaluan yang boleh pecah sehingga menyebabkan pembentukan luka terbuka

    #4 Gonorrhea, punca testis membengkak

    Gonorrhea adalah jangkitan kelamin yang berpunca daripada bakteria. 

    Ia bukan sahaja boleh menjangkiti kawasan kemaluan, ia juga boleh dimanifestasikan pada mulut, tekak dan rektum.

    Mereka yang sering melakukan hubungan seks tanpa perlindungan lebih berisiko untuk dijangkiti oleh bakteria ini.

    Antara simptom yang lazim dialami adalah:

    • Sakit ketika kencing
    • Keluar cecair hijau, kuning atau putih daripada zakar
    • Sakit buah zakar, lazimnya sebelah pada satu masa

    #5 Ketuat kemaluan boleh sebabkan buah zakar gatal

    buah zakar gatal

    Ketuat pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh virus papilloma (HPV).

    Mungkin anda tidak sedar anda dijangkiti memandangkan kebanyakan individu tidak menunjukkan simptom atau ketuat yang dialami tersangatlah kecil.

    Seperti kebanyakan ketuat pada tubuh badan, ketuat pada kemaluan kelihatan kecil, berlainan warna dengan kulit dan boleh jadi gatal.

    Ia boleh tumbuh di sekeliling batang penis atau pada buah zakar.

    Jika anda menghidap masalah ketuat pada kemaluan, anda boleh mengalami kebengkakan atau pendarahan ketika melakukan hubungan seks.

    #6 Jangkitan Chlamydia, gatal setara dengan Gonorrhea

    Chlamydia merupakan bakteria yang menyebabkan jangkitan kelamin. Ia adalah antara bakteria yang lazim menjangkiti kemaluan akibat seks tanpa perlindungan.

    Ia boleh tersebar walaupun anda tidak mengalami ejakulasi semasa seks.

    Selain kemaluan, seks oral dan anal juga boleh meningkatkan risiko jangkitan Chlamydia.

    Sama seperti Gonorrhea, kebiasaannya bakteria ini boleh menyebabkan sebelah buah zakar sakit dan bengkak.

    Simptom lain yang boleh dialami adalah seperti berikut:

    • Keluar cecair hijau, kuning atau putih daripada penis
    • Sakit ketika kencing
    • Sakit, pendarahan atau keluar cecair daripada anus

    #7 Kutu kemaluan, punca ‘telur’ gatal

    Kutu kemaluan adalah spesies kutu yang mendiami kawasan rambut kasar seperti yang terdapat pada kemaluan manusia.

    Seperti kutu yang lain, ia menghisap darah dan tidak mempunyai keupayaan untuk melompat berpindah tempat.

    Kaedah penyebaran adalah kontak dengan mereka yang dijangkiti dengan kutu tersebut.

    Punca gatal adalah berikutan kutu menghisap darah pada kawasan bulu kemaluan anda.

    Konklusi

    Terdapat banyak sebab mengapa buah zakar gatal. 

    Kebanyakan daripadanya berlaku akibat jangkitan bakteria dan virus. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar.

    Sekiranya anda mempunyai persoalan atau mengalami apa-apa simptom berkaitan dengannya, rujuk doktor perubatan untuk khidmat pemeriksaan kesihatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Prof Dr Christopher Ho Chee Kong

    Urologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan