Ketahui cara atasi disfungsi ereksi
Gagal di kamar tidur pastinya perkara yang ingin dihindari. Malah, sudah tentu anda mahukan pengalaman dan kepuasan seksual optimum yang menggembirakan kedua-dua pihak, kan? Oleh itu, menyedari bahawa anda mengalami mati pucuk adalah langkah pertama ke arah pemulihan. Setelah berjaya melepasi tahap ini, sila bersikap terbuka untuk membincangkan masalah itu dengan doktor bagi menetapkan rawatan untuk keadaan anda.
Kajian menunjukkan bahawa ubat oral seperti perencat PDE-5 (PDE-5i) telah mengubah pendekatan merawat masalah disfungsi ereksi kerana ia mengurangkan prosedur yang lebih invasif [3]. Selain menawarkan lelaki kaedah yang lebih senang dan berkesan untuk merawat mati pucuk, kaedah ini juga mudah digunakan. Preskripsi ubatan ini adalah bergantung kepada keadaan atau kes yang dialami individu. Biasanya ia akan melibatkan faktor-faktor berbeza seperti kaedah pengambilan ubat, jangka masa tindakan ubat, kos, kesan sampingan serta langkah berjaga-jaga [3]. Walau bagaimanapun, penggunaan terapi oral PDE-5i ini masih memerlukan rangsangan seksual untuk mencapai ereksi tegang.
Ubat terapi oral boleh diambil sebelum anda ingin melakukan hubungan seksual. PDE-5i telah ditemui selama beberapa dekad dan terbukti keberkesanannya dalam pengawalan disfungsi ereksi kepada ramai lelaki tanpa mengira peringkat umur, dan bertoleransi dengan baik umumnya. Untuk mengenali PDE-5i dengan lebih rapat, sila bercakap dengan pakar perubatan anda.
Masalah seksual lelaki yang melibatkan disfungsi ereksi akan menjadi sejarah lalu dan anda akan dapat mengekalkan ereksi untuk jangka masa yang lebih lama. Ini tentunya berita yang menggembirakan!
Rangsangan seksual masih diperlukan bagi mendapat hasil yang diingini. Jangan lupa untuk melibatkan pasangan anda dalam sesi terapi dan penilaian susulan. Yang paling penting, anda harus cuba mendapatkan rawatan dengan melepaskan kerisauan anda, mana tahu mungkin hasilnya boleh mengejutkan anda dan menggembirakan.
Ingat! Disfungsi ereksi adalah keadaan yang biasa dan ia boleh dirawat.
Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut tentang masalah Disfungsi Ereksi atau mahu ambil Kuiz Kekerasan Zakar, klik sini!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen