backup og meta

Lelaki Yang Ada Masalah MATI PUCUK Boleh Cuba Herba Kambing Ini, BERKESAN!

Lelaki Yang Ada Masalah MATI PUCUK Boleh Cuba Herba Kambing Ini, BERKESAN!

Mati pucuk (disfungsi erektil, ED) sememangnya masalah kesihatan yang ditakuti dalam kalangan kaum Adam.

Ia merupakan keadaan kesihatan di mana lelaki tidak berupaya untuk mendapatkan ereksi, mengekalkan ereksi atau mencapai klimaks semasa hubungan seks.

Ramai yang mungkin beranggapan bahawa mereka mempunyai masalah ini hanya kerana mereka sukar untuk mengalami ereksi sekali dua.

Hakikatnya, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk mengalami ereksi.

Masalah mati pucuk bukannya diagnosis yang boleh dibuat tanpa pemeriksaan oleh doktor perubatan.

Dalam banyak-banyak suplemen dan rawatan herba yang direka untuk merawat ED, rumpai kambing ghairah (horny goat weed) mungkin merupakan rawatan yang berkesan dan menarik untuk dipelajari.

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Bagaimana rumpai kambing ghairah berfungsi untuk merawat mati pucuk?

masalah mati pucuk

Rumpai kambing ghairah sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Timur untuk mengubati masalah mati pucuk.

Menurut kisah orang tua-tua, tumbuhan ini mendapat nama setelah seorang pengembala kambing menyedari akan peningkatan pada aktiviti seksual dalam kalangan kambing yang digembala selepas memakannya.

Rumpai ini turut dikenali sebagai epimedium, yin yang huo, barrenwort dan herba kambing.

Ia berasal dari negara China, Jepun dan Korea namun kini ditanam secara meluas di seluruh dunia termasuklah di negara maju seperti Amerika Syarikat.

Tumbuhan ini sering digunakan untuk merawat masalah:

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Aterosklerosis
  3. Nafsu rendah dalam kalangan lelaki dan wanita
  4. Simptom berkaitan menopaus
  5. Kerapuhan tulang
  6. Kecederaan otak
  7. Demam hay
  8. Kelesuan kronik

Ura-ura akan keberkesanan rumpai kambing ghairah dalam merawat disfungsi erektil bukan perbualan kosong semata-mata.

Terdapat beberapa kajian sains yang telah membuktikan keberkesanan epimedium dalam rawatan mati pucuk walaupun ia tidak begitu kuat jika dibandingkan dengan pil biru (sildenafil).

Kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 melibatkan penggunaan tikus telah menunjukkan peningkatan pada fungsi ereksi setelah mereka dirawat dengan rumpai kambing ghairah.

Begitu juga kajian yang berkaitan dengan icariin, bahan aktif di dalam rumpai kambing ghairah.

Ia terbukti efektif dalam merawat masalah ereksi dengan menghalang fungsi enzim PDE5 yang menghalang aliran darah ke organ penis.

Melalui mekanisme tersebut, bukan sahaja rumpai kambing ghairah boleh membantu lelaki mendapatkan ereksi, malah mengekalkannya sepanjang hubungan seks sehingga mereka mencapai klimaks.

Kesan sampingan penggunaan herba ini untuk merawat masalah mati pucuk

disfungsi erektil

Bagi mereka yang mengambil rumpai kambing ghairah seperti yang disarankan, kesan sampingan yang mungkin dialami kebiasaannya ringan dan tidak memberikan impak yang besar terhadap kualiti hidup.

Walau bagaimanapun, jika herba ini diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan masalah yang serius berkait dengan pernafasan dan kekejangan.

Oleh sebab kajian berkaitan dengan suplemen ini tidak sebanyak ubat mati pucuk lain seperti viagra, tiada dos optimum yang dapat dikenal pasti.

Sebaliknya, anda hanya perlu mematuhi cara penggunaan seperti yang tertera pada bungkusan ubat.

Kesan rumpai kambing ghairah tidaklah sekuat viagra (80 kali ganda lebih kuat) maka bagi sesetengah individu, mereka mungkin memerlukan masa sebulan untuk menikmati kebaikannya.

Walaupun anda mungkin terlupa untuk mengambilnya sehari dua, kesannya masih boleh meresap masuk ke dalam tubuh anda.

Namun perkara ini bergantung kepada individu itu sendiri.

Amaran dan risiko penggunaan rumpai kambing ghairah untuk rawat disfungsi erektil

masalah mati pucuk

Seperti penggunaan suplemen lain, anda seharusnya merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat ini.

Setiap ubat boleh menyebabkan kesan sampingan dan ia boleh memberikan impak negatif kepada keadaan kesihatan kronik seseorang (jika ada).

Kajian berkaitan dengan perkara ini masih lagi kurang maka penggunaannya untuk rawatan mati pucuk oleh mereka dengan masalah jantung atau kanser sensitif hormon perlu dipandu oleh doktor perubatan.

Kesan sampingan lebih mudah berlaku jika ia diambil dengan suplemen atau ubatan lain seperti ginkgo.

Antara rawatan lain yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat kesan sampingan teruk adalah:

  1. Ubat tekanan darah tinggi
  2. Ubat aritmia
  3. Ubat cair darah
  4. Ubat sakit jantung
  5. Rawatan kanser sensitif hormon seperti kanser payudara dan kanser ovari
  6. Penyakit tiroid

Bagi sesetengah individu, rumpai kambing ghairah boleh menyebabkan kesan alergi. 

Mereka boleh mengalami simptom seperti ruam, berpeluh dan rasa panas.

Konklusi

Terdapat pelbagai jenis rawatan bagi masalah mati pucuk. Rumpai kambing ghairah merupakan salah satu daripadanya.

Walaupun ia boleh dibeli daripada mana-mana kaunter farmasi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan saranan doktor terlebih dahulu.

Jika tidak diambil secara berhati-hati, ia boleh menyebabkan kesan sampingan serius.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Epimedium. (https://www.mskcc.org/cancer-care/integrative-medicine/herbs/epimedium). Diakses pada 2 Februari 2021.
  2. Erectile Dysfunction (ED). (https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/erectile-dysfunction). Diakses pada 2 Februari 2021.
  3. Potent Inhibition of Human Phosphodiesterase-5 by Icariin Derivatives. (https://pubs.acs.org/doi/pdf/10.1021/np800049y). Diakses pada 2 Februari 2021.
  4. Erectogenic and Neurotrophic Effects of Icariin, a Purified Extract of Horny Goat Weed (Epimedium spp.) In Vitro and In Vivo. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3551978/). Diakses pada 2 Februari 2021.

Versi Terbaru

10/05/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ubat Rambut Gugur Boleh Sebabkan Mati Pucuk? Ada 4 Lagi Punca Lain

Mengejutkan! Gangguan Tidur Apnea Boleh Jadi Punca Mati Pucuk? Ini Dapatan Kajian


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan