home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

Suami mati pucuk? Apa yang perlu dilakukan bagi memastikan kehidupan seksual anda dan pasangan kekal sihat, nikmat dan hebat?

Inilah antara persoalan yang akan timbul sekiranya seseorang lelaki itu mengalami masalah disfungsi erektil.

Bukan sahaja ia akan mengakibatkan masalah seksual malah juga memberi efek buruk terhadap fizikal dan mental.

Ada kepercayaan yang kata masalah ini mungkin boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan essential oil (minyak pati).

Benarkah? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu disfungsi erektil?

Sebelum itu, wajarlah untuk kita semua tahu definisi sebenar kondisi yang lebih dikenali sebagai mati pucuk ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah satu keadaan di mana lelaki gagal untuk memulakan atau mengekalkan ereksi zakar.

Kondisi ini seterusnya akan mengakibatkan pasangan suami isteri tidak mampu untuk melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj.

mati pucuk

Punca suami mati pucuk terbahagi kepada 2 aspek:

Punca mati pucuk fizikal

Penyakit-penyakit berikut mungkin boleh menyebabkan disfungsi erektil:

  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Kadar kolesterol tinggi
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Penyalahgunaan dadah atau alkohol
  • Komplikasi pembedahan di kawasan pelvis
  • Gangguan tidur
  • Pengambilan ubat-ubatan

Punca mati pucuk psikologikal

Gangguan pada mental juga mungkin boleh jadi punca disfungsi erektil:

  • Kemurungan
  • Kegelisahan
  • Stres
  • Depresi

Pendek kata, masalah disfungsi erektil ini adalah masalah yang sangat serius dan bahaya buat lelaki.

Oleh itu, jangan malu untuk mendapatkan bantuan dan rawatan perubatan dari doktor di hospital.

Jika tidak dibendung, ia akhirnya akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal lantas merosakkan kehidupan rumah tangga buat pasangan suami isteri.

Mati pucuk boleh dirawat dengan minyak pati?

Antara kaedah yang kerap digunakan oleh doktor untuk merawat masalah mati pucuk ini adalah dengan pengambilan ubatan sildenafil (Viagra).

apa itu viagra

Selain itu, terdapat juga rawatan alternatif yang dikatakan agak efektif seperti pam zakar namun turut hadir dengan risikonya yang tersendiri.

Di sini kami ingin membincangkan tentang satu lagi kaedah alternatif untuk merawat disfungsi erektil iaitu menggunakan minyak pati.

Benarkah minyak pati mampu membantu merawat mati pucuk jika disapu pada zakar? Apakah jenis minyak pati yang boleh digunakan? Tenang, teruskan pembacaan anda.

Apa jenis minyak pati untuk merawat mati pucuk?

Minyak pati yang akan kami nyatakan di bawah ini mungkin mampu membantu merawat mati pucuk jika disapu pada alat sulit lelaki:

#1. Ros

Minyak pati ros dikategorikan sebagai afrodisiak ekoran sifatnya yang mungkin boleh mendatangkan rasa tenang, seronok dan gembira.

Bukan itu sahaja, ia juga dipercayai mampu meningkatkan tahap libido dan testosteron serta menambahkan penghasilan sperma.

Disebabkan sifat-sifat ini, ia juga mungkin mampu membantu merawat masalah mati pucuk.

#2. Lavender

Minyak pati lavender mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan individu secara umumnya.

Kajian pada tahun 2014 mendapati bau gabungan lavender dan nanas mampu untuk melancarkan aliran darah pada zakar lelaki.

Selain itu, ia juga mampu mengurangkan tekanan dan membuat individu lebih relaks lantas meminimumkan risiko lelaki mati pucuk.

kulit kayu manis

#4. Kayu manis

Minyak pati kayu manis dipercayai sangat bagus untuk meningkatkan fungsi seksual individu.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap haiwan, estrak kayu manis didapati mampu meningkatkan kualiti kesihatan testis ekoran rangsangan terhadap hormon testosteron.

Dalam pada itu, ia juga dipercayai mampu membantu merawat masalah mati pucuk lelaki.

#3. Rosmari

Minyak pati rosmari mampu membantu mengurangkan kerosakan fungsi pada sistem reproduktif manusia, menurut kajian pada tahun 2015.

Ini ekoran sifatnya yang kaya dengan antioksidan lantas sangat positif dalam meningkatkan kadar testosteron dan kualiti sperma lelaki.

#5. Halia

Minyak pati halia dikatakan mempunyai kesan yang kuat terhadap aktiviti hormon dalam tubuh badan individu.

Ini disebabkan oleh sifatnya yang antioksidan dan mampu melawan stres selain meningkatkan fungsi sperma.

Dalam pada itu, sapuannya terhadap alat sulit lelaki juga mungkin mampu menyelesaikan masalah disfungsi erektil yang dialami.

Akhir kata, sudah terdapat banyak kajian yang menyokong dakwaan kononnya minyak pati ini boleh membantu suami mati pucuk.

Jadi isteri mungkin boleh membantu si dia untuk menyapu minyak-minyak pati yang kami nyatakan di atas ini pada zakar suami.

Selain itu, ia juga mungkin boleh digunakan dengan menjadikan minyak pati ini sebagai wangian atau bauan pada sistem pengudaraan di rumah kalian.

Jadi, silalah cuba okay!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/diagnosis-treatment/drc-20355782
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4376985/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21744749
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27008095
  6. http://aanos.org/human-male-sexual-response-to-olfactory-stimuli/
Gambar penulis
Ditulis oleh Ahmad Farid pada 20/08/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x