Nasib malang menimpa seorang lelaki British, Malcolm MacDonald, yang mengalami masalah zakar putus akibat daripada jangkitan perineum yang teruk.
Walau bagaimanapun, kini, dia tidaklah begitu sedih susulan peristiwa tersebut memandangkan seorang Pakar Andrologi, Profesor David Ralph mencipta zakar bionik untuk dirinya.
Ralph pernah digelar ‘penis master’ selepas beliau berjaya mencipta zakar untuk seorang lelaki 45 tahun bernama Andrew Wardle yang dilahirkan tanpa alat sulit tersebut.
Ia merupakan satu kecacatan kelahiran yang berlaku pada 1 dalam 20 juta bayi lelaki.
Namun, adakah zakar bionik tersebut boleh memberikan fungsi yang sama dengan zakar yang pernah dimiliki oleh Wardle suatu ketika dahulu?
Anu lelaki mati akibat sepsis, komplikasi bagi jangkitan perineum
Pada tahun 2014, Malcolm terkejut kerana jangkitan perineum kronik yang dialaminya menjadi semakin serius sehingga menyebabkan masalah sepsis.
Keadaan ini membuatkan jari tangan, jari kaki dan zakar lelaki tersebut bertukar menjadi hitam.
Lebih parah lagi, alat kemaluannya gagal diselamatkan dan putus meskipun testis Malcolm masih elok bergantungan di posisi asalnya.
Setelah peristiwa tersebut berlaku, Malcolm bergegas ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor namun apa yang dibuat adalah mereka menyalut ‘lebihan zakar’ seperti sosej yang dibaluti oleh roti.
Selama dua tahun Malcolm perlu hidup tanpa zakar dan dia hilang minat untuk bersosial, minum alkohol secara berlebihan dan tidak berjumpa dengan rakan mahupun ahli keluarga.
Sehinggalah suatu hari, berita berkenaan dengan kejayaan Profesor David Ralph mencipta dan memasang zakar bionik pada pesakit sampai ke pengetahuannya.
Keadaan ini memberikan harapan kepada Malcolm untuk hidup seperti lelaki normal yang lain.