Anda juga perlu tahu, apabila kalian alami dehidrasi, badan mengeluarkan sejumlah besar enzim angiotensin I yang akan menyempitkan saluran darah.
Kehadiran angiotensin II, yang dihasilkan oleh badan daripada angiotensin I, telah dikaitkan dengan isu mati pucuk dalam kajian ke atas haiwan!
Namun, semestinya lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan ke atas manusia untuk mengesahkan dapatan ini.
Sebagai tambahan kepada kesan ereksi zakar yang terjejas akibat dehidrasi, perubahan mood juga dikaitkan dengan kekurangan air dalam badan.
Kajian berskala kecil pada tahun 2011 pula mendapati, dehidrasi di tahap ringan dikaitkan dengan gangguan ingatan, stres, dan kegelisahan dalam kalangan lelaki.
Keadaan mental seseorang boleh memberi impak yang mendalam terhadap keinginan seks dan ED mereka!
Menurut American Academy of Family Physicians, tekanan, kegelisahan, kemurungan, dan rasa berdebar kesemuanya boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk.
Oleh itu, kemungkinan perkaitan antara perubahan mood yang terjadi akibat dehidrasi, boleh mengakibatkan ED.
Kenali gejala-gejala dehidrasi
Keperluan cecair seseorang mungkin berbeza-beza berdasarkan saiz badan, tahap aktiviti fizikal, dan pendedahan kepada suhu yang hangat.
Jika anda mengalami dehidrasi pada tahap ringan, antara gejalanya boleh merangkumi:
Di sinilah pengambilan air yang secukupnya dapat bantu anda berasa lebih baik dalam beberapa aspek, termasuk prestasi seksual.
Bukan itu sahaja, anda perlu minum air dengan mencukupi hingga warna gelap air kencing berubah lebih cerah, dan menghilangkan rasa dahaga.
Sekiranya seseorang tidak minum air atau cecair lain apabila mereka mula mengalami tanda-tanda dehidrasi, risiko dehidrasi yang teruk boleh terjadi!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen