Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Badan Tak Cukup Air, Jangan Dipandang Enteng! Silap Gaya, Lelaki Boleh Kena Mati Pucuk!
Apabila lelaki meningkat usia, disfungsi ereksi (ED) atau turut dikenali sebagai mati pucuk, lebih cenderung untuk menyerang. Selain faktor usia, banyak lagi penyebab lain yang boleh menjadi pemicunya. Namun, ada ura-ura mengatakan bahawa mati pucuk juga terjadi akibat dehidrasi!
Apabila seorang lelaki mengalami dehidrasi, jumlah darah di dalam tubuhnya tidak sebanyak badan terhidrasi dengan betul.
Oleh itu, saluran darahnya akan menyempit, mengganggu aliran darah ke semua bahagian badan, termasuk zakar.
Setakat ini, hanya sedikit kajian dilakukan untuk mempelajari sama ada mati pucuk terjadi akibat dehidrasi. Jadinya, penyelidikan lebih lanjut diperlukan.
Anda juga perlu tahu, apabila kalian alami dehidrasi, badan mengeluarkan sejumlah besar enzim angiotensin I yang akan menyempitkan saluran darah.
Kehadiran angiotensin II, yang dihasilkan oleh badan daripada angiotensin I, telah dikaitkan dengan isu mati pucuk dalam kajian ke atas haiwan!
Namun, semestinya lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan ke atas manusia untuk mengesahkan dapatan ini.
Sebagai tambahan kepada kesan ereksi zakar yang terjejas akibat dehidrasi, perubahan mood juga dikaitkan dengan kekurangan air dalam badan.
Keadaan mental seseorang boleh memberi impak yang mendalam terhadap keinginan seks dan ED mereka!
Menurut American Academy of Family Physicians, tekanan, kegelisahan, kemurungan, dan rasa berdebar kesemuanya boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk.
Oleh itu, kemungkinan perkaitan antara perubahan mood yang terjadi akibat dehidrasi, boleh mengakibatkan ED.
Kenali gejala-gejala dehidrasi
Keperluan cecair seseorang mungkin berbeza-beza berdasarkan saiz badan, tahap aktiviti fizikal, dan pendedahan kepada suhu yang hangat.
Jika anda mengalami dehidrasi pada tahap ringan, antara gejalanya boleh merangkumi: