backup og meta

Lelaki Muncul Ketulan Di Testis? AWAS! Ia Mungkin Petanda 9 Penyakit Ini!

Lelaki Muncul Ketulan Di Testis? AWAS! Ia Mungkin Petanda 9 Penyakit Ini!

Kondisi testis bengkak dan sakit ini bukan hanya terjadi dalam kalangan lelaki dewasa sahaja, malah ia turut berlaku pada remaja dan kanak-kanak lelaki. Apa puncanya?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda juga boleh klik di sini.

Simptom-simptom testis bengkak

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah lebih baik untuk anda memahami secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan testis.

Testis atau juga disebut testikel adalah organ pembiakan lelaki yang terletak dalam kantung skrotum yang berbentuk seperti 2 biji telur.

Fungsinya adalah untuk menghasilkan sperma dan juga hormon testosteron.

Bagi ketulan atau testis bengkak yang berlaku, ia boleh menandakan 2 keadaan.

Sama ada ia adalah ketulan biasa tanpa sebarang masalah kesihatan atau ia juga boleh menunjukkan penyakit yang lebih serius seperti kanser testis. 

testis bengkak
Lakukan pemeriksaan testis secara berkala.

Simptom-simptom testis bengkak juga adalah berbeza, bergantung kepada keadaan yang dialami. Antara simptom-simptomnya ialah:

  • Wujud ketulan yang tidak normal pada bahagian testis
  • Rasa sakit secara tiba-tiba
  • Rasa berat pada skrotum
  • Rasa sakit di sekitar pangkal paha, badan atau bahagian bawah badan
  • Testis berasa agak keras, bengkak atau lembut
  • Bengkak pada bahagian skrotum
  • Wujud kemerah-merahan pada kulit skrotum
  • Loya dan muntah-muntah

Jika terdapat jangkitan pada ketulan testis tersebut, simptom yang dialami adalah lebih serius seperti:

Apakah penyebab testis bengkak ini?

Kenapa telur bengkak?

Terdapat beberapa keadaan yang memungkinkan testis bengkak ini untuk berlaku. Antaranya ialah:

#1. Kanser testis

Kanser testis adalah sejenis barah yang mengandungi tisu testis besar sebelah yang tidak normal, yang menyebabkan ketulan yang agak keras pada skrotum.

Sesetengah lelaki yang mengalami kanser ini akan mengalami sakit testis, namun ada juga yang tidak mengalami sebarang kesakitan.

Berjumpalah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya ada ketulan yang tidak normal pada testis anda.

#2. Spermatokel

Ia turut dikenali sebagai sista spermatik atau sista epididimis.

Ia biasanya tidak menyebabkan testis sakit, dan hanyalah sejenis ketulan bukan kanser yang dipenuhi cecair.

Ketulan akibat spermatokel ini biasanya berlaku pada bahagian atas testis sakit. 

#3. Epididimitis

Ia adalah keradangan pada epididimis yang biasa berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. Ini termasuklah jangkitan bakteria melalui hubungan seksual seperti klamidia.

Ada juga sesetengah kes epididimitis yang berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau aliran kencing yang tidak normal ke dalam epididimis.

Jika anda mengalami epididimitis, ketulan pada testis sakit akan terbentuk pada bahagian atas dan belakang testis anda. 

#4. Orkitis 

Ia adalah keradangan yang berlaku pada satu atau dua-dua belah testis disebabkan oleh jangkitan virus.

Pada kebiasaannya, virus yang menyebabkan orkitis ini adalah virus beguk.

Namun, jika orkitis yang terbentuk itu disebabkan oleh jangkitan bakteria, maka bahagian epididimis juga akan turut terjejas dengan jangkitan tersebut.

testis bengkak
Ada banyak punca yang boleh sebabkan testis membesar.

#5. Hidrokel

Hidrokel berlaku apabila terdapatnya cecair berlebihan pada lapisan-lapisan kantung yang mengelilingi testis sakit.

Lebihan cecair ini biasanya akan menyebabkan ketulan atau pembengkakan pada skrotum tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit

#6. Hematosel

Keadaan hematosel ini berlaku apabila terdapat kewujudan darah di antara lapisan-lapisan kantung yang mengelilingi testis.

Antara penyebab kepada wujudnya darah di bahagian ini adalah seperti kecederaan traumatik yang menyebabkan pendarahan pada testis individu tersebut

#7. Varikokel

Varikokel adalah satu keadaan pembesaran pada saluran darah vena pada bahagian skrotum.

Saluran vena ini menyalurkan darah yang kekurangan kandungan oksigen daripada kedua-dua bahagian testis dan juga epididimis.

Varikokel juga berpotensi menyebabkan seseorang lelaki itu menjadi tidak subur.

#8. Hernia inguina

Keadaan ini adalah satu keadaan di mana sebahagian daripada usus kecil terkeluar pada titik lemak tisu yang memisahkan antara abdomen dengan pangkal paha.

Dalam kalangan bayi, hernia ini biasa berlaku disebabkan oleh laluan daripada abdomen ke bahagian skrotum yang tidak boleh ditutup semasa mereka membesar.

Ia kemudiannya menyebabkan ketulan pada skrotum atau pada bahagian atas pangkal paha

#9. Kilasan pada testis sakit

Ia adalah satu kilasan yang berlaku pada kord spermatik, sebahagian saluran darah, saraf dan juga tiub laluan air mani.

Apabila kilasan ini berlaku, ia akan menyebabkan aliran darah ke testis terhenti yang boleh menyebabkan kehilangan testis jika tidak dirawat.

Ia juga mungkin akan menyebabkan testis menjadi sedikit besar daripada saiz biasa

Jumpa dengan doktor untuk dapatkan kepastian

testis bengkak
Cara untuk anda memeriksa testis dengan betul.

Kaedah rawatan testis bengkak bergantung kepada penyebab sebenar kondisi ini yang anda alami.

Fakta menarik

Tidak semua ketulan pada testis adalah berbahaya, bahkan sebahagian besarnya tidak berbahaya.

Peluang untuk mendapat kanser testis juga amatlah kecil kerana ia jarang berlaku. Namun, kanser testis juga boleh dirawat dan disembuhkan. 

Apa yang penting, jika alami sebarang ketulan luar biasa pada testis anda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian yang lebih terperinci. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Scrotal masses, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/scrotal-masses/symptoms-causes/syc-20352604, Accessed Jul 6 2021.
  2. Signs and Symptoms of Testicular Cancer, http://www.cancer.org/cancer/testicularcancer/moreinformation/doihavetesticularcancer/do-i-have-testicular-cancer-facts-and-risk-factors, Accessed Jul 6 2021.
  3. Testicle lumps and swellings, https://www.nhs.uk/Conditions/Testicular-lumps-benign/Pages/Introduction.aspx, Accessed Jul 6 2021.
  4. Testicular lumps and swellings, https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/sexual-and-reproductive/testicular-lumps-and-swellings, Accessed Jul 6 2021.
  5. Lump on Testicle (Scrotal Masses), https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21026-scrotal-masses, Accessed Jul 6 2021.

Versi Terbaru

03/09/2024

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ada 7 Sebab Kulit 'Boboi' Anda Kering, #5 Pasti Buat Kaum Adam Fikir 2 Kali!

Malu Dianggap Kurang Subur, Jangan Risau Amalkan 10 Makanan Ini, Bagus Untuk Lelaki!


Ditulis oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Disemak pada 03/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan