Selepas Pembedahan Hernia, Bila Baru Boleh Bersama Pasangan? Pertimbangkan 4 Perkara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Terma hernia sering kali diutarakan namun tidak ramai juga yang belum faham mengenainya bukan? Untuk pengetahuan anda, ia merujuk kepada kondisi angin pasang!

Kondisi ini boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan wanita, dan jalan penyelesaiannya hanya satu iaitu melalui pembedahan hernia.

Pasca pembedahan ini, adakah hubungan seksual bersama pasangan boleh diteruskan seperti biasa? Jom kita semua ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

Apa itu hernia (angin pasang)?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua mengetahui mengenai penyakit yang lebih dikenali sebagai angin pasang ini.

Hernia adalah keadaan di mana kandungan pada satu-satu ruang tubuh badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada termasuklah pada alat sulit lelaki dan wanita.

Kandungan yang dimaksudkan ini adalah sebahagian daripada usus atau tisu lemak dengan lapisan membran yang seterusnya akan membentuk kantung hernia.

Kesannya, ia akan membonjol keluar dan mengakibatkan rasa sakit terutamanya ketika penderita batuk, bersin, membongkok atau mengangkat objek berat.

Hernia mungkin tidak begitu berbahaya namun ia juga tidak akan pulih dengan sendiri dan boleh menjadi punca kepada komplikasi kesihatan yang lain.

apa itu hernia angin pasang

Jadi, jangan ambil mudah dengan penyakit angin pasang ini dan segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan yang berupa pembedahan hernia.

Pembedahan hernia: Rawatan yang efektif?

Hernia perlu dirawat kerana ia mempunyai risiko komplikasi yang serius termasuklah:

  • Terbelit – Organ paling kerap mengalami hernia ialah usus dan jika ia terbelit, usus tersebut boleh tersumbat lantas menyebabkan masalah pada laluan najis
  • Terjerut – Keadaan ini adalah sangat serius dan perlu dirawat serta-merta sebelum organ terbabit mati akibat kekurangan darah dan oksigen

Dalam hampir semua kes, pembedahan adalah pilihan terbaik kecuali jika pesakit tidak boleh menjalani pembedahan disebabkan masalah kesihatan lain.

Terdapat 2 jenis pembedahan hernia yang utama iaitu; pembedahan terbuka atau pembedahan laparoskopik yang perlu ditentukan oleh doktor terlebih dahulu.

Apa yang membimbangkan kebanyakan individu adalah adakah hubungan seksual bersama pasangan boleh diteruskan seperti biasa selepas pembedahan ini dilakukan?

Kehidupan seksual pasca pembedahan hernia

Hernia yang berlaku terutamanya pada alat sulit lelaki atau wanita pasti akan menimbulkan kebimbangan kepada penderitanya, untuk melakukan hubungan seksual bersama pasangan bukan?

lakukan seks

Adalah penting untuk kalian tahu bahawa kebanyakan penderita angin pasang tidak akan mengalami kesan jangka masa panjang selepas melakukan pembedahan memperbaiki hernia.

Apa yang mungkin akan berlaku adalah hanya kebengkakan atau kesakitan pada luka pembedahan selama beberapa hari selepas prosedur dijalankan.

Ini bermakna anda dan pasangan sebenarnya sudah boleh menjalani kehidupan seksual seperti biasa selepas luka pembedahan ini sembuh sepenuhnya.

Pun begitu, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengelakkan seks selama beberapa hari atau minggu bergantung kepada:

  • Lokasi hernia berlaku (terutamanya pada alat sulit)
  • Jenis pembedahan hernia yang dijalankan
  • Usia dan keadaan kesihatan anda
  • Sama ada berlaku sebarang komplikasi semasa prosedur

Dalam erti kata yang lebih mudah, anda dan pasangan boleh melakukan hubungan seksual seperti biasa selepas sembuh daripada prosedur yang dijalankan, melainkan dengan saranan dan larangan doktor!

Antara cadangan yang perlu diberi perhatian

posisi seks

Meskipun kebanyakan pakar menyatakan adalah okay untuk anda dan pasangan menjalani kehidupan seksual seperti biasa, namun masih ada perkara yang perlu diberi perhatian khusus.

Ketahuilah bahawa akan berlangsung kebengkakan dan kesakitan pada lokasi pembedahan terutamanya jika ia berlaku pada alat sulit yang akan mengganggu projek asmara kalian.

Jadi ada beberapa cadangan yang perlu anda dan pasangan fikirkan ketika berasmara iaitu:

  • Praktikkan posisi seks yang tidak akan memberi tekanan kepada lokasi pembedahan hernia dilakukan
  • Mulakan hubungan dengan pergerakan yang perlahan sehinggalah kalian mula berasa yakin
  • Letakkan bantal di bawah badan anda untuk memberikan sudut sesuai tanpa perlu badan berasa tertekan
  • Sentiasa berhubung dengan pasangan untuk berhenti sekiranya berlaku ketidakselesaan

Untuk lebih maklumat dan informasi, sila berhubung dengan doktor pakar berhampiran anda untuk mengetahui mengenai kehidupan seksual yang terbaik pasca pembedahan hernia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Pernah tak anda lakukan benda bodoh hanya sebab anda ingin ‘beraksi’ dengan pasangan? Usaha untuk menangani nafsu seks sememangnya sukar...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Tahukah anda di negara maju sudah wujud patung seks atau robot seks yang dicipta bagi tujuan memuaskan nafsu syahwat? Jom klik untuk tahu mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Selain ‘Woman On Top,’ 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda! Suami Isteri Harus Tahu

Bertukar-tukar posisi seks boleh menjadi antara cara untuk menghangatkan aktiviti di ranjang anda! Tapi hati-hati, kerana ia juga boleh sebabkan kecederaan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Dibiarkan Jika Ketagihan Seks, Ini Akibatnya Pada Anda & Pasangan!

Ketagihan seks bukanlah sesuatu yang normal dan boleh menjejaskan diri anda serta pasangan tercinta! Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jangkitan kulat pada kemaluan faraj

Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
cincin zakar

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan