home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Disahkan Kanser Testis, Apa Perlu Anda Lakukan? Terdapat 3 Cara Merawat!

Disahkan Kanser Testis, Apa Perlu Anda Lakukan? Terdapat 3 Cara Merawat!

Rawatan kanser testis dibuat melalui pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian terlebih dahulu.

Kadangkala, pesakit sendiri yang menemui kanser tersebut apabila merasakan ketidakselesaan atau bengkak pada buah zakar.

Persoalannya, bagaimana cara merawat kanser testis?

Untuk menentukan sama ada ketulan pada buah zakar itu ialah kanser testis atau tidak, doktor mungkin akan melakukan:

  • Ultrasound. Gelombang bunyi digunakan untuk membentuk imej skrotum dan testis. Ujian ini membantu doktor mengenal pasti bentuk, tekstur, dan lokasi ketulan terbabit.
  • Ujian darah. Kanser akan merembeskan penanda kanser yang boleh dikesan dalam darah. Kadar yang tinggi meningkatkan kebarangkalian kanser.
  • Pembedahan membuang testis. Jika doktor merasakan bahawa anda mempunyai kanser, pembedahan untuk membuang testis mungkin dilakukan dan diperiksa menggunakan mikroskop. Jika hanya sebahagian daripada testis sahaja yang diambil, terdapat risiko sel kanser merebak (jika benar-benar kanser).

Apakah rawatan kanser testis?

Apabila doktor sudah mengesahkan diagnosis kanser testis, langkah seterusnya sudah tentu ialah rawatan kanser testis.

Bergantung kepada jenis dan tahap kanser, pilihan cara merawat kanser testis yang ada ialah:

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Jenis paling kerap berlaku ialah kanser germ cell (seminoma) dan ia juga secara amnya lebih kurang agresif berbanding jenis lain.

Selain jenis dan tahap, kesihatan dan pilihan anda juga akan diambil kira dalam menentukan rawatan kanser testis.

Rawatan kanser testis #1. Pembedahan

Pembedahan melibatkan pembuangan testis (satu atau kedua-duanya) dan nod limfa berhampiran.

Jika pembedahan ialah satu-satunya rawatan yang dijalani, Pemeriksaan dan ujian susulan akan dibuat untuk mengesan jika kanser datang semula.

Kesuburan masih terpelihara jika hanya satu testis dibuang.

Bagi kes yang melibatkan dua testis (sangat jarang), sperma mungkin akan diambil dan disimpan sebelum pembedahan untuk kegunaan masa hadapan.

fakta zakar

#2. Radioterapi

Pancaran tenaga berkuasa tinggi digunakan untuk membunuh sel kanser.

Semasa prosedur dijalankan, pesakit perlu baring di atas meja dan mesin khas yang memancarkan tenaga tersebut berpusing mengelilingi pesakit.

Radioterapi mungkin diberikan sebagai rawatan tunggal atau selepas pembedahan.

Kesan sampingan yang boleh berlaku termasuk mual, badan letih, dan merah-merah pada kulit. Kualiti sperma dan kesuburan mungkin akan terjejas.

Sila berbincang dengan doktor sebelum memulakan rawatan.

#3. Kemoterapi

Kaedah ini pula menggunakan ubat-ubatan untuk membunuh sel kanser.

Ia juga mungkin diberikan sebagai rawatan kanser testis tunggal atau selepas pembedahan.

Kesan sampingan yang boleh berlaku bergantung kepada jenis ubat yang diambil.

Perbincangan dengan doktor sebelum terapi dapat membantu pesakit menghadapi rawatan dengan lebih bersedia.

Kanser testis ialah antara kanser paling mudah dirawat dengan peratusan sembuh yang tinggi.

Jangan putus asa dan teruskan perjuangan anda untuk mencari rawatan kanser testis!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.nhs.uk/conditions/testicular-cancer/
  2. https://www.cancer.net/cancer-types/testicular-cancer/types-treatment
  3. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/t/testicular-cancer
  4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/testicular-cancer-care/diagnosis-treatment/drc-20352991
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/testicular-cancer-care/symptoms-causes/syc-20352986
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 05/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x