backup og meta

Ada Pradiabetes Tapi Tak Tahu Sudah Hidap Diabetes Atau Belum? Buat Ujian Ini!

Ada Pradiabetes Tapi Tak Tahu Sudah Hidap Diabetes Atau Belum? Buat Ujian Ini!

Anda disahkan pradiabetes? Bagaimana hendak tahu jika anda mempunyai bacaan kencing manis terlalu tinggi sehingga sudah mendapat diabetes? Ini kami kongsikan beberapa cara mengesan tanda kencing manis terlalu tinggi daripada tahap pradiabetes sehingga ke tahap diabetes.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Sedikit sorotan: Apa itu pradiabetes?

Kita biasa mendengar mengenai kencing manis atau diabetes. Namun, agak jarang orang menyebut mengenai pradiabetes. Adakah ia sama dengan diabetes atau sebaliknya?

Pradiabetes ialah keadaan apabila bacaan paras gula darah anda menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya, tetapi tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai penyakit diabetes.

tanda kencing manis terlalu tinggi

Individu yang menghidap diabetes jenis 2 biasanya mengalami pradiabetes terlebih dahulu sebelum mendapat diabetes.

Walau bagaimanapun, ia agak jarang menunjukkan sebarang gejala yang jelas. Oleh sebab itu, hampir 90% individu tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai pradiabetes.

Rawatan pradiabetes boleh menghalang masalah kesihatan yang lebih serius.

Ini termasuklah diabetes jenis 2, masalah dengan jantung, saluran darah, mata dan buah pinggang anda.

Tanda kencing manis terlalu tinggi: Tanda pradiabetes

Kebiasaannya, mereka yang mengalami pradiabetes tidak akan mengalami sebarang tanda atau gejala yang jelas.

Namun, ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan berlakunya pradiabetes. Antaranya ialah, anda akan berasa dahaga lebih kerap daripada biasa.

Selain itu, anda juga mungkin akan selalu membuang air kecil tanpa sebab yang jelas.

Penglihatan anda juga akan mula terganggu apabila mata mula menjadi sedikit kabur.

Selain itu, tubuh badan anda juga mungkin menjadi lebih penat daripada biasa.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat pradiabetes?

tanda kencing manis terlalu tinggi

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang seseorang itu untuk mengalami pradiabetes.

Antara faktor risiko tersebut ialah:

  • Mempunyai pinggang melebihi 40 inci bagi lelaki, dan melebihi 35 inci bagi perempuan
  • Telah berusia iaitu melebihi umur 45 tahun
  • Mengambil banyak makanan dan minuman yang diproses seperti minuman bergula, minuman bergas, daging yang diproses
  • Kurang mengambil buah-buahan, sayuran dan juga kekacang
  • Mengalami obesiti atau berlebihan berat badan. Individu yang buncit juga agak berisiko tinggi untuk mendapat pradiabetes
  • Tidak atau jarang melakukan senaman
  • Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam badan, selain tahap trigliserida yang tinggi, kolesterol baik yang rendah dan juga kolesterol jahat yang tinggi
  • Mempunyai sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Mempunyai masalah tidur seperti apnea tidur atau disebabkan perubahan shift waktu bekerja yang tidak tetap

Bagaimana hendak tahu jika tanda kencing manis terlalu tinggi hingga sebabkan diabetes?

tanda kencing manis terlalu tinggi

Bagi anda yang menghidap pradiabetes, ada beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk melihat sama ada anda telah mendapat diabetes atau tidak.

Berikut adalah ujian-ujian tersebut:

#1. Ujian glukosa plasma puasa

Bagi mereka yang mempunyai tanda kencing manis terlalu tinggi, anda perlu menjalani ujian glukosa plasma puasa.

Bagi ujian ini, anda dikehendaki untuk berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menjalani ujian.

Setelah tempoh 8 jam, doktor akan mengambil sampel darah untuk melihat tahap gula darah.

Jika bacaan menunjukkan 6.1 hingga 6.9 mmol/L, maka anda masih lagi mengalami pradiabetes.

Namun, jika bacaan kencing manis terlalu tinggi sehingga 7.0 mmol/L atau lebih, ini bermakna anda telah pun mengalami diabetes.

#2. Ujian toleransi glukosa oral

Selepas anda menjalani ujian glukosa plasma puasa, anda dikehendaki untuk meminum air yang bergula.

Dalam tempoh 2 jam selepas itu, doktor akan mengambil sampel darah bagi menjalankan ujian toleransi glukosa oral.

Sekiranya bacaan gula darah anda menunjukkan bacaan 7.8 hingga 11.1 mmol/L, maka anda masih lagi berada pada tahap pradiabetes.

Namun, jika bacaan glukosa darah tersebut menunjukkan 11.1 mmol/L keatas, maka anda sah menghidap penyakit diabetes. 

#3. Ujian hemoglobin A1c

Tanda kencing manis terlalu tinggi juga boleh dikesan dengan ujian hemoglobin A1c.

Ujian ini akan menunjukkan bacaan purata gula darah dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu.

Biasanya, ujian ini dilakukan terhadap mereka yang mempunyai diabetes untuk melihat sama ada bacaan gula darah dikawal dengan baik atau tidak.

Namun, ia juga boleh dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang itu mempunyai pradiabetes atau diabetes.

Sekiranya bacaan menunjukkan nilai 5.7 hingga 6.4%, maka ia adalah tahap pradiabetes.

Namun, jika bacaan mencatatkan 6.5% ke atas, ia bermakna anda telah menghidap diabetes.

Kesimpulan

Bacaan kencing manis terlalu tinggi boleh menunjukkan sama ada anda menghidap pradiabetes atau diabetes.

Bagi anda yang mempunyai tanda kencing manis terlalu tinggi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian lanjut. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Is Prediabetes?. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/prediabetes.html. Accessed on September 12, 2022.

Prediabetes. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21498-prediabetes. Accessed on September 12, 2022.

What is prediabetes?. https://www.diabetes.org.uk/preventing-type-2-diabetes/prediabetes. Accessed on September 12, 2022.

Prediabetes. https://familydoctor.org/condition/prediabetes/. Accessed on September 12, 2022.

Prediabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prediabetes/symptoms-causes/syc-20355278. Accessed on September 12, 2022.

Versi Terbaru

14/02/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

AWAS! Elak Makan Ini Jika Tak Mahu Pradiabetes Bertukar Menjadi Diabetes!

Bukan Jenis 2 Sahaja, Pradiabetes Juga Boleh Membawa Kepada Diabetes Jenis 1?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan