Anda mungkin kerap mendengar tentang penyakit tulang rapuh osteoporosis yang sering ditemui dalam kalangan perempuan selepas menopaus. Ada satu lagi masalah tulang rapuh yang berlaku sejak lahir disebut sebagai osteogenesis imperfecta (OI).
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Anda mungkin kerap mendengar tentang penyakit tulang rapuh osteoporosis yang sering ditemui dalam kalangan perempuan selepas menopaus. Ada satu lagi masalah tulang rapuh yang berlaku sejak lahir disebut sebagai osteogenesis imperfecta (OI).
OI berlaku apabila terdapat kecacatan pada gen yang bertanggungjawab menghasilkan kolagen, iaitu sejenis protein di dalam badan yang membentuk dan menguatkan tulang. Apabila penghasilan kolagen berkurang, tulang menjadi lemah dan rapuh serta mudah patah.
Kebanyakan individu mendapat gen ini dari salah seorang ibu bapa mereka. Namun kadangkala mutasi boleh berlaku secara sendiri tanpa warisan dari ibu bapa.
Berbeza dengan OI, osteoporosis berlaku kerana kekurangan hormon estrogen (wanita selepas menopaus) menyebabkan jisim tulang berkurang sehingga menjadi rapuh dan mudah patah.
Tulang mereka sangat rapuh sehingga menukar lampin pun boleh membawa kepada tulang patah. Malah, tulang mungkin patah semasa pergerakan di dalam rahim.
Secara am, antara simptom yang dialami ialah:
Tahap simptom ini berbeza bagi setiap individu bermula dari ringan, sederhana, hingga parah.
Tiada penawar bagi OI tetapi rawatan membantu mengawal simptom, mencegah tulang patah, dan memaksimakan pergerakan.
Dalam kes yang serius, bentuk tulang rusuk dan tulang belakang boleh terjejas sehingga membawa kepada masalah pernafasan dan mungkin memerlukan oksigen.
Tetapi dalam kebanyakan kes lain, mereka boleh menjalani kehidupan yang produktif dengan rawatan dan pemantauan secara berkala. Rawatan yang ada termasuk:
Gaya hidup juga perlu disesuaikan seperti mengekalkan berat badan sihat, senaman berkala yang selamat, diet kaya vitamin D dan kalsium, mengelakkan alkohol, kafein, dan merokok termasuk asap rokok secondhand.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen