Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019 menyatakan bahawa 3.9 juta orang menghidap penyakit kencing manis di Malaysia.
Prevalen diabetes di negara ini telah meningkat daripada 13.4% pada tahun 2015 ke 18.3% pada tahun 2019.
Lebih membimbangkan, angka ini bukanlah merujuk kepada golongan tua sahaja malahan golongan muda, remaja juga tidak terkecuali.
Persoalannya, adakah penyakit kencing manis di Malaysia ini lebih berisiko dan berbahaya terhadap golongan remaja? Untuk ketahui lebih lanjut, jom teruskan membaca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Golongan remaja & penyakit kencing manis
Diabetes adalah sejenis penyakit yang menjejaskan kemampuan tubuh badan menggunakan glukosa (gula dalam darah) sebagai bahan tenaga untuk dibakar.
Selain itu, haruslah kita semua tahu bahawa penyakit diabetes ini mempunyai 2 jenis yang utama yakni; kencing manis jenis 1 dan kencing manis jenis 2.
- Diabetes jenis 1: Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang penting untuk menghantar glukosa kepada sel-sel yang memerlukannya
- Diabetes jenis 2: Pankreas masih dapat menghasilkan insulin namun fungsinya sedikit terjejas sekali gus membuat glukosa terlalu tinggi
Untuk pengetahuan anda, diabetes jenis 2 adalah lebih kerap berlaku dan menyerang golongan tua yang kemudian terpaksa bergantung kepada suntikan insulin.
Manakala golongan remaja pula adalah lebih mudah terdedah kepada diabetes jenis 1 dan ia juga boleh berlaku kepada golongan lebih muda iaitu kanak-kanak.
Bagaimana pula dengan bayi? Mereka juga boleh terkena? Ya, mereka juga tidak terkecuali dan ia adalah kondisi yang dinamakan sebagai diabetes neonatal.
Berfokuskan kepada penyakit kencing manis jenis 1 yang sering berlaku kepada golongan remaja, mari kita teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut.
Berapa ramai remaja dengan penyakit diabetes?
Menurut laporan yang dilaporkan oleh National Diabetes Statistics Report pada taun 2020, didapati bahawa 210,000 penduduk Amerika Syarikat di bawah usia 20 tahun mengalaminya.
Sekitar tahun 2014 ke 2015, telah disahkan bahawa seramai 18,291 remaja menghidap kencing manis jenis 1 dan 5,758 menghidap kencing manis jenis 2.
National Institutes of Health (NIH) kemudian menyatakan bahawa kadar ini meningkat sebanyak 1.8% (diabetes jenis 1) dan 4.8% (diabetes jenis 2) pada setiap tahun.
Manakala di negara kita Malaysia, tiada angka tepat dapat direkodkan namun dipercayai masalah ini juga berlaku dan tidak diendahkan oleh penderita tersebut.
Ini bermakna golongan remaja bukan sahaja berisiko terhadap diabetes jenis 1 malahan juga jenis 2 yang kian menjadi kegusaran ramai pakar perubatan masa kini.
Persoalannya, apa perkara yang mereka perlu tahu dan buat untuk mengawal kondisi ini daripada semakin memburuk dari semasa ke semasa?
Apa remaja perlu tahu untuk mengawal penyakit kencing manis di Malaysia?
Hakikatnya, golongan remaja yang menghidapinya mungkin tidak sedar atau tidak peduli tentang kesihatan mereka ini kerana beranggapan ia penyakit orang tua.
Sebenarnya, ia adalah pemikiran yang salah kerana penyakit kencing manis di Malaysia adalah antara penyakit berbahaya dan perlu dikawal dengan sebaik mungkin.
Baca juga: