backup og meta

Selepas Amputasi Anggota Badan, Adakah Diabetes Akan Sembuh Sepenuhnya?

Selepas Amputasi Anggota Badan, Adakah Diabetes Akan Sembuh Sepenuhnya?

Amputasi kaki merupakan langkah terakhir untuk pesakit diabetes. Amputasi terpaksa dilakukan kepada pesakit yang mengalami komplikasi serius seperti jangkitan atau gangren. Walau bagaimanapun, tidak ada sesiapa pun yang ingin hidup dengan kaki kudung.

Oleh itu, persoalan utama yang sering bermain di fikiran pesakit dan keluarga adalah – Adakah kencing manis akan sembuh sepenuhnya selepas kehilangan anggota badan

Jawapannya memerlukan pemahaman mendalam tentang diabetes itu sendiri. 

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan serba sedikit mengenai kaki kudung yang berlaku akibat kencing manis. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Kaki kudung dan kencing manis

Kadangkala, kaki pesakit terpaksa diamputasi bagi mengelakkan jangkitan lebih serius.
Kadangkala, kaki pesakit terpaksa diamputasi bagi mengelakkan jangkitan lebih serius.

Diabetes atau kencing manis merupakan satu gangguan metabolik yang menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat. 

Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis utama:

  • Diabetes jenis 1: Disebabkan oleh kekurangan insulin dalam badan
  • Diabetes jenis 2: Disebabkan oleh kerintangan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang tidak mencukupi

Kencing manis adalah penyakit kronik yang tidak mempunyai penawar namun dapat dikawal melalui rawatan yang berterusan seperti perubahan gaya hidup, pengambilan ubat dan terapi insulin.

Sebenarnya, amputasi kaki yang menyebabkan kaki kudung bukanlah rawatan untuk kencing manis. 

Langkah tersebut diambil untuk menyelamatkan nyawa apabila komplikasi serius seperti ulser diabetik atau gangren berlaku. 

Selepas anggota badan yang terjejas dipotong, itu tidak bermaksud pesakit sembuh sepenuhnya daripada kencing manis. 

Malah, tubuh masih bergelut dengan masalah asas iaitu kawalan kadar gula dalam darah.

Namun, amputasi boleh meningkatkan kualiti hidup seseorang dengan membuang sumber jangkitan yang boleh menyebabkan keradangan kronik. 

Selepas amputasi, ramai pesakit tertanya-tanya sama ada mereka memerlukan prostetik kaki untuk meneruskan kehidupan seharian. 

Jawapannya bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk tahap amputasi, kesihatan keseluruhan, keperluan harian dan pilihan pesakit sendiri.

Langkah yang perlu dilakukan selepas amputasi

Pesakit diabetes yang kehilangan anggota badan boleh menjalani hidup normal seperti orang lain.
Pesakit diabetes yang kehilangan anggota badan boleh menjalani hidup normal seperti orang lain.

Selepas menjalani amputasi, proses pemulihan bukan hanya tertumpu pada penyembuhan fizikal tetapi juga penyesuaian kepada kehidupan baharu. 

Amputasi boleh meningkatkan kualiti hidup pesakit dalam beberapa cara, seperti:

  1. Mengelakkan jangkitan berulang: Memotong anggota badan yang terjejas berupaya mengurangkan risiko jangkitan yang lebih serius seperti sepsis yang boleh mengancam nyawa
  2. Memudahkan pengurusan penyakit: Rawatan diabetes mungkin menjadi lebih efektif sekiranya jangkitan dirawat

Setiap langkah yang diambil bertujuan memastikan pesakit dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan mengurangkan risiko komplikasi. 

Berikut adalah beberapa langkah penting yang perlu diberi perhatian selepas amputasi:

  1. Rawatan luka – Selepas amputasi, penjagaan luka perlu diberikan keutamaan. Luka mesti dipantau secara konsisten untuk mengelakkan jangkitan.
  2. Penggunaan prostetik kaki atau tangan – Bagi pesakit yang mempunyai tangan atau kaki kudung, pemakaian kaki atau tangan palsu boleh membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih normal.
  3. Perubahan gaya hidup – Pemakanan yang sihat, senaman ringan dan kawalan stres adalah faktor penting dalam mengawal gula darah.
  4. Pemantauan berkala – Pesakit perlu melakukan pemeriksaan perkala untuk pastikan kadar gula dalam darah terkawal. 

Risiko kaki kudung selepas amputasi

Pesakit diabetes yang telah menjalani amputasi berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi lain seperti:

  • Ulser baru pada bahagian badan yang lain
  • Jangkitan pada tempat amputasi
  • Kenaikan gula darah jika kawalan tidak dilakukan dengan betul

Dalam pada itu, amputasi bukan sahaja memberi kesan fizikal tetapi juga dari segi emosi. 

Pesakit mungkin memerlukan sokongan kaunseling untuk mengatasi perasaan sedih dan kehilangan akibat amputasi. 

Cegah komplikasi akibat amputasi

  • Memeriksa kaki setiap hari untuk mengesan luka atau tanda awal jangkitan
  • Menggunakan kasut yang sesuai untuk melindungi kaki daripada kecederaan
  • Menjaga kesihatan jantung dengan mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol badan

Kesimpulan

Simptom diabetes bagi lelaki dan wanita.
Simptom diabetes bagi lelaki dan wanita.

Amputasi mungkin menyelamatkan nyawa, tetapi ia bukan penawar kepada diabetes. 

Kencing manis memerlukan pengurusan jangka panjang yang melibatkan perubahan gaya hidup, rawatan perubatan yang konsisten dan pemeriksaan berkala. 

Bagi pesakit yang mengalami amputasi, penggunaan prostetik kaki mungkin menjadi penyelesaian untuk meningkatkan mobiliti dan keyakinan diri. 

Walau bagaimanapun, keputusan ini perlu dibuat berdasarkan keperluan individu, kesihatan keseluruhan dan kemampuan kewangan pesakit.

Pesakit juga digalakkan untuk mendapatkan sokongan emosi dan fizikal selepas amputasi agar dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Penjagaan kaki, pemantauan berkala dan pematuhan terhadap gaya hidup sihat adalah kunci utama untuk memastikan komplikasi tidak berulang.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Amputation and Diabetes: How to Protect Your Feet. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/amputation-and-diabetes/art-20048262. Diakses pada November 17, 2024. 
  2. Diabetes Complications and Amputation Prevention. https://www.foothealthfacts.org/conditions/diabetic-complications-and-amputation-prevention. Diakses pada November 17, 2024. 
  3. Amputation Prevention Alliance. https://diabetes.org/advocacy/amputation-prevention-alliance. Diakses pada November 17, 2024. 
  4. Peripheral Arterial Disease in People With Diabetes. https://diabetesjournals.org/care/article/26/12/3333/21851/Peripheral-Arterial-Disease-in-People-With. Diakses pada November 17, 2024. 
  5. IWGDF Guidelines. https://iwgdfguidelines.org/. Diakses pada November 17, 2024.

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 6 Senaman Pesakit Diabetes Boleh Amalkan, Baik Untuk Kawal Gula Darah!

5 Jenis Daun Ini Boleh Ubati Kencing Manis, Daun Mangga Pun Berkhasiat?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan