backup og meta

4 Sebab Kenapa Penyakit Diabetes Lebih Susah Dikawal Jika Anda Merokok!

4 Sebab Kenapa Penyakit Diabetes Lebih Susah Dikawal Jika Anda Merokok!

Mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa sebenarnya terdapat hubungan rokok dan diabetes, ia bukan suatu perkara yang boleh anda pandang ringan.

Ini kerana kedua-duanya boleh membahayakan tahap kesihatan individu dan apa yang membimbangkan adalah ramai orang yang terkait dengan rokok serta diabetes.

Persoalannya, apakah hubungan rokok dan diabetes yang diperkatakan ini? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi.

Statistik penghidap diabetes di negara kita

Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 menyatakan bahawa 3.9 juta orang menghidap penyakit kencing manis di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata bahawa prevalens diabetes di negara ini telah meningkat daripada 13.4% pada tahun 2015 ke 18.3% pada tahun 2019.

Angka yang telah direkodkan ini sudah pasti bukanlah kecil dan trend juga telah menunjukkan bahawa kemungkinan ia untuk meningkat saban tahun adalah tinggi.

Lebih membimbangkan, penyakit diabetes ini dipercayai akan menjadi lebih berbahaya dan sukar untuk dikawal jika penghidap adalah seorang perokok tegar!

hubungan rokok dan diabetes

Statistik perokok tegar di negara kita

Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 menyatakan bahawa 5 juta rakyat berusia 15 tahun ke atas adalah perokok tegar.

Ini bersamaan dengan 22.8% daripada seantero penduduk negara kita dengan usia lingkungan perokok tegar yang paling tinggi adalah mereka yang berumur 20 hingga 54 tahun.

Angkara rokok, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa sekitar 10,000 rakyat negara kita yang mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan rokok.

Sesuai dengan tajuk artikel ini, persoalannya sekarang adalah, apakah terdapat hubungan rokok dan diabetes? Adakah rokok akan buat diabetes jadi lebih teruk?

Apa dia hubungan rokok dan diabetes?

Seperti mana yang mungkin kita semua sudah tahu, merokok adalah satu tabiat yang bukan sahaja akan merugikan malah membahayakan tahap kesihatan individu.

Tabiat ini telah dibuktikan menerusi kajian sebagai antara punca terjadinya penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, kanser dan lain-lain.

Selain itu, tabiat merokok itu juga dikatakan akan membuat penderita penyakit kencing manis lebih parah ekoran komplikasi yang akan ditimbulkan olehnya.

Jika anda menghidap diabetes dan menghisap rokok, berikut adalah beberapa komplikasi yang mungkin akan terjadi kepada anda:

Hubungan rokok dan diabetes #1. Meningkatkan tahap gula dalam darah

hubungan rokok dan diabetes

Setiap penderita penyakit kencing manis sudah pasti mahu berusaha keras untuk mengekalkan tahap glukosa pada kadar yang agak rendah dan stabil.

Namun jika mereka seorang perokok, usaha ini mungkin akan menjadi sia-sia ekoran rokok boleh membuat tubuh badan anda rintang terhadap insulin.

Kesannya, tahap gula dalam darah akan menjadi lebih tinggi lantas menyebabkan komplikasi diabetes lain yang mungkin boleh membahayakan diri anda.

#2. Menyebabkan serangan jantung dan saluran darah rosak

Antara lain hubungan rokok dan diabetes adalah kedua-duanya mungkin boleh menyebabkan kerosakan bersifat fatal pada sistem kardiovaskular individu.

Dalam erti kata lebih mudah, penghidap diabetes dan perokok tegar adalah lebih tinggi risiko alami masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan saluran darah rosak.

#3. Menjejaskan organ paru-paru dan sistem pernafasan

Tabiat merokok sudah tentu boleh menjejaskan organ paru-paru lantas membawa masalah pada sistem pernafasan seperti kondisi bronkitis, emfisema dan lain-lain.

Kondisi yang boleh membawa kepada jangkitan paru-paru seperti pneumonia ini pula mungkin akan menjadi lebih teruk sekiranya anda menghidap kencing manis.

hubungan rokok dan diabetes

#4. Merosakkan organ mata dan fungsi penglihatan

Untuk pengetahuan anda, mereka yang ada diabetes adalah lebih tinggi terkena penyakit mata seperti katarak dan glaukoma yang berisiko membawa kepada masalah buta.

Ditambah pula dengan tabiat merokok, penyakit-penyakit ini termasuk kondisi retinopati diabetik akan menjadikannya lebih teruk lantas merosakkan fungsi penglihatan.

Bagaimana kawal hubungan rokok dan diabetes?

Tidak perlu diterangkan dengan lebih lanjut, penderita penyakit diabetes ini sangat disarankan untuk berhenti merokok walaupun diakui ia adalah sangat sukar.

Disebabkan itu, anda mungkin boleh cuba mengamalkan pelbagai kaedah untuk berhenti merokok termasuklah pengambilan gula-gula getah nikotin dan lain-lain.

Dalam pada itu, jangan pula disangka bahawa dengan berhenti merokok akan membuat penyakit kencing manis yang dihidapi itu akan pulih dengan sendiri.

Sebaliknya, sila kawal juga simptom diabetes dengan menjaga aspek diet pemakanan, penjagaan luka dan pengambilan ubatan agar ia dapat dikawal dengan baik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://www.diabetes.org/are-you-at-risk/lower-your-risk/smoking.html
  2. https://www.becomeanex.org/diabetes-and-smoking/
  3. https://spectrum.diabetesjournals.org/content/18/4/202
  4. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12704597/
  5. https://diabetesmyway.nhs.uk/resources/internal/smoking-and-diabetes/

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

3.9 Juta Hidap Diabetes Di Malaysia Termasuk Pesakit Remaja! Ini Tip Untuk Orang Muda

Umur Sudah Cecah 35 Tahun? Pergilah Buat Ujian Diabetes, Lagi-lagi Yang Ada Masalah Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan