Tidak ramai yang mengetahui bahawa salah satu komplikasi diabetes boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan wanita hamil. Mengapa wanita hamil yang mempunyai diabetes berisiko tinggi untuk sebabkan bayi meninggal dalam kandungan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.
Diabetes sebabkan pelbagai komplikasi kehamilan
Penyakit diabetes boleh menyebabkan pelbagai komplikasi bagi wanita yang sedang hamil.
Tidak kira sama ada ia adalah diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 atau diabetes gestasi, ketiga-tiganya boleh menjejaskan perkembangan kehamilan yang sempurna.
Komplikasi yang berlaku itu bergantung kepada jenis diabetes yang dialami serta tahap keseriusan diabetes tersebut.
Sekiranya paras gula darah tidak dikawal dengan baik, maka komplikasi terhadap janin akan menjadi lebih buruk.
Malah, wanita yang menghidap penyakit diabetes berisiko tinggi untuk menyebabkan bayi mati dalam kandungan (stillbirth).
Kajian tunjukkan wanita hamil penghidap diabetes berisiko sebabkan bayi mati dalam kandungan
Pada tahun 2008, satu kajian telah dijalankan dengan melihat kepada 130 kehamilan yang berlaku pada tahun 1999 hingga 2006.
Kajian tersebut melihat kepada wanita hamil yang mempunyai diabetes jenis 1.
Dalam kajian tersebut, para penyelidik mendapati bahawa 3.9% daripada kehamilan tersebut adalah kelahiran bayi meninggal dalam kandungan.
Jumlah ini agak tinggi berbanding wanita lain yang mempunyai kelahiran bayi mati dengan jumlah hanya 0.55% sahaja.
Ini bermakna, wanita yang menghidap diabetes mempunyai risiko sebanyak tujuh kali ganda untuk melahirkan bayi mati berbanding wanita bukan penghidap diabetes.
Bukan itu sahaja, kajian turut mendapati bahawa wanita hamil yang mempunyai diabetes berisiko dua kali ganda untuk melahirkan bayi secara Czer berbanding wanita bukan penghidap diabetes.
Wanita hamil yang menghidap diabetes juga berisiko dua kali ganda untuk melahirkan bayi dengan kecacatan kongenital berbanding wanita yang tidak mempunyai diabetes.
Peluang hidup yang rendah walaupun bayi selamat dilahirkan
Diabetes atau penyakit kencing manis ini boleh menjejaskan sekitar 1% hingga 2% kehamilan anda.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, diabetes boleh menyebabkan risiko melahirkan bayi mati dalam kandungan sebanyak tujuh kali ganda.
Ada juga kajian menyatakan bahawa risiko tersebut adalah sebanyak lima kali ganda.
Walaupun mungkin ada bayi yang selamat dilahirkan, peluang untuk bayi tersebut meneruskan kehidupan selepas dilahirkan adalah agak rendah.
Ini kerana, risiko bayi tersebut untuk meninggal dunia selepas beberapa bulan dilahirkan adalah sebanyak tiga kali ganda berbanding bayi dengan ibu yang tidak menghidap diabetes.
Bagaimana bayi mati dalam kandungan boleh berlaku?
Paras gula darah yang tinggi sememangnya berkaitan dengan tumbesaran janin atau bayi yang tidak normal.
Begitu juga dengan kesan paras gula darah mengikut fasa kehamilan.
Namun, diabetes yang dialami oleh ibu hamil sememangnya boleh mengganggu dan menjejaskan perkembangan bayi yang sempurna.
Akibat daripada diabetes, bayi boleh dilahirkan dengan saiz yang terlalu kecil atau terlalu besar.
Bayi dengan saiz yang kecil ini disebut sebagai sekatan pertumbuhan janin (FGR).
Manakala bayi yang dilahirkan dengan saiz yang besar pula disebut sebagai makrosomia.
Kedua-dua keadaan ini meningkatkan risiko untuk menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.
Kajian mendapati bahawa variasi saiz saluran darah pada plasenta adalah berbeza bagi wanita hamil yang mempunyai diabetes dengan mereka yang tidak mempunyai diabetes.
Bagi wanita hamil yang mempunyai diabetes, saluran darah bersaiz besar adalah lebih banyak berbanding saluran darah bersaiz kecil.
Saluran darah bersaiz kecil amat penting kerana ia berperanan sebagai saluran yang memindahkan nutrien serta sisa metabolik antara plasenta dan juga bayi.
Bagaimana jika bayi selamat dilahirkan walaupun bersaiz lebih kecil atau besar?
Wanita hamil yang mempunyai diabetes berisiko tinggi untuk mewariskan penyakitnya itu kepada bayinya kelak.
Selain itu, bayi yang bersaiz terlalu kecil atau terlalu besar berisiko tinggi untuk mengalami penyakit yang serius apabila mereka besar.
Antara keadaan yang mungkin dialami oleh bayi anda adalah seperti diabetes dan juga obesiti.
[health_tool_article id=”128776″]
Patuhi arahan dan nasihat doktor sepanjang masa
Untuk mengurangkan kadar bayi meninggal dalam kandungan, wanita yang sedang hamil perlulah menguruskan keadaan diabetes mereka dengan baik.
Mereka perlu sentiasa memastikan paras gula darah mereka terkawal untuk mengurangkan risiko bayi mati dalam kandungan.
Ikut segala nasihat doktor berkaitan gaya hidup anda. Patuhi saranan pemakanan harian yang telah dinyatakan oleh doktor.
Paling penting, jangan sesekali meninggalkan pengambilan ubat yang telah ditetapkan oleh doktor anda.
Ingat, wanita hamil yang mempunyai diabetes mempunyai risiko sehingga tujuh kali ganda untuk melahirkan bayi mati.
Oleh itu, patuhi nasihat doktor setiap masa untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan anda.
[embed-health-tool-bmi]