Hati-Hati Kaki Kebas Merupakan Simptom & Komplikasi Kencing Manis, Jangan Dibiar Lama!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mungkin anda selalu mendengar perkara ini ketika berbual dengan saudara-mara di kampung; apabila ada seseorang mengeluh atau mengadu kerap rasa kebas kaki, keluhan mereka lazimnya disambut dengan jawapan yang mencadangkan mungkin rasa kebas kaki tersebut adalah simptom kepada penyakit kencing manis.

Tentu sekali, ini merupakan satu jawapan yang popular sama ada diberikan sebagai gurauan antara golongan yang berumur, mahupun sebagai jawapan yang serius. Namun yang demikian, pernahkah anda terfikir bagaimana penyakit kencing manis yang membabitkan masalah kawalan paras gula dalam darah ini, boleh menyebabkan simptom seperti rasa kebas kaki?

Ikuti perbincangan dalam artikel ini untuk mengetahui bagaimana kebas kaki berkait rapat dengan kencing manis.

Kebas kaki normal atau petanda kencing manis?

Jika anda mempunyai faktor risiko kencing manis, atau seorang pesakit kencing manis, kebas kaki merupakan tanda perkembangan penyakit anda. Selain itu, ia juga menunjukkan tahap kawalan penyakit diabetes anda, sama ada baik ataupun sebaliknya.

Rasa kebas kaki ini bukan sahaja dikira sebagai simptom untuk penyakit kencing manis, bahkan ia juga merupakan sejenis komplikasi yang membabitkan saraf dan tergolong dalam kumpulan besar komplikasi neuropati diabetes.

Neuropati diabetes adalah salah satu daripada komplikasi jangka panjang yang paling kerap berlaku dalam penyakit kencing manis, mempengaruhi sehingga 50% daripada kesemua pesakit.

Daripada jumlah ini, 90% daripada kesemua jenis neuropati diabetes adalah jenis polineuropati simetri distal (DSPN). Kebas kaki, khususnya yang membabitkan kedua-dua belah kaki, tergolong dalam neuropati jenis DSPN.

Secara amnya, DSPN melibatkan bahagian ibu jari kaki dan juga bahagian distal kaki. Namun yang demikian, neuropati ini boleh perlahan-lahan merebak sehingga membabitkan kawasan kaki dan tangan yang lebih luas.

Selain rasa kebas, rasa nyilu, rasa panas terbakar, rasa tajam, rasa sakit menjalar dan juga rasa sesemut seperti renjatan elektrik adalah antara ciri-ciri gangguan saraf yang berlaku dalam DSPN.

Gangguan deria rasa pada bahagian kaki ini biasanya akan bertambah teruk pada waktu malam sehingga mampu untuk mengganggu tidur seseorang itu. Rasa sakit dan tidak selesa ini berupaya untuk menyebabkan gangguan pada aktiviti harian seseorang itu sehinggakan mereka akan mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti.

Gangguan kualiti kehidupan mereka ini juga boleh mempengaruhi emosi mereka sehingga mereka cenderung untuk menghidap kemurungan. 

Baca juga :

https://hellodoktor.com/ms/pusat-kesihatan/diabetes-ms/kena-potong-kaki/

https://hellodoktor.com/kencing-manis/cara-suntik-insulin/

Pengakhiran rasa kebas rupanya lebih menakutkan!

Neuropati diabetes bukanlah hanya rasa kebas kaki dan tangan sahaja, ia adalah komplikasi penyakit kencing manis yang berupaya untuk menyebabkan pelbagai kesan buruk yang tidak diingini.

Kecederaan saraf ini tidak terhad kepada bahagian saraf di bahagian kaki dan tangan sahaja; saraf-saraf di bahagian lain seperti dalam sistem gastrousus dan juga saraf di bahagian otak dan mata turut boleh terjejas.

Khusus kepada bahagian kaki, kecederaan kepada saraf motor boleh menyebabkan ketidakseimbangan komponen otot sedia ada. Kecederaan kepada saraf autonomik juga akan menyebabkan gangguan kepada fungsi kelenjar peluh sekali gus mengurangkan keupayaan semula jadi kulit untuk melembapkan dirinya.

Ini menyumbang kepada pecahan pada permukaan kulit dan kerosakan integriti kulit, memudahkan kuman berbahaya untuk masuk ke dalam tubuh kita.

Oleh kerana kulit akan menjadi terlalu kering dalam kalangan pesakit diabetes, penjagaan kulit adalah sangat penting seperti menggunakan losyen kelembapan dan sebagainya.

Dengan kerosakan saraf sensasi menyebabkan rasa kebas kaki yang beransur-ansur menjadi teruk, seseorang individu mungkin tidak perasan jika berlakunya luka pada kaki mereka.

Tambahan lagi, memandangkan bekalan darah lebih banyak diperlukan untuk menyembuhkan luka atau ulser berbanding dalam keadaan biasa, tempoh penyembuhan luka atau ulser akan menjadi lebih lama berbanding biasa.

Bahaya ulser atau luka berpanjangan ini adalah ia boleh menjadi titik masuk jangkitan daripada luar kepada salur darah. Kerosakan saraf dan iskemia pada bahagian kaki akan menyebabkan tisu-tisu pada kawasan kaki mati dan dicerna oleh bakteria. Keadaan ini digelar sebagai gangren kaki.

Untuk mengelakkan jangkitan bakteria dalam darah yang boleh merebak ke pelbagai organ dan bahagian badan yang lain, bahagian kaki tersebut lazimnya akan dipotong.

Jika anda mengalami simptom kebas kaki dan mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap kencing manis, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan rapi dan ujian yang betul. Diagnosis dan rawatan awal akan mencegah komplikasi yang tidak diingini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda mungkin tidak tahu bahawa anda berpotensi menghidap sakit sendi dan tulang. Ini 5 jenis masalah sendi tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Tersilap Diagnosis! Dari Diabetes Jenis 2, Tapi Sebenarnya Menghidap Kencing Manis Jenis 1?

Tahukah anda, ada kemungkinan penghidap kencing manis jenis 2 sebenarnya menghidap LADA, bukannya bertukar jadi diabetes jenis 1. Apakah LADA sebenarnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

nafas berbau

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit kaki

Padah Kasut Tumit Tinggi, Ini Sebab Mengapa Wanita Perlu Elak Pakai Heels

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan