home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Enam Tip Bercuti Untuk Pesakit Diabetes

Enam Tip Bercuti Untuk Pesakit Diabetes

Bercuti adalah acara istimewa untuk ahli keluarga bersatu semula, bersenang-senang dan mencipta kenangan. Walaubagaimanapun, kita tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan kita, terutamanya untuk penyakit kencing manis. Oleh kerana ia akan menyebabkan komplikasi di kemudian hari apabila kita kembali kepada kehidupan seharian kita yang normal. Oleh itu, ikuti enam langkah mudah ini untuk mengawal tahap berat badan dan gula dalam darah anda.

 

Mengekalkan jadual anda

Semasa bercuti, kita cenderung makan secara berlebihan, dan kemudiannya melangkau waktu makan seterusnya untuk mengurangkan pengambilan kalori dan gula. Ini adalah satu kesilapan kerana selepas anda berhenti mengambil makanan tepat pada waktunya, kelaparan itu akan memaksa anda untuk makan lebih banyak daripada biasanya bagi waktu makan seterusnya, dan cara ini adalah sia-sia. Oleh itu, cuba makan secara normal, kemudian lakukan senaman dan ambil ubat diabetes anda supaya tetap sihat seperti biasa.

 

Jadilah bijak berkenaan apa yang anda makan

Jangan fokus pada hidangan yang mengandungi banyak gula, krim, dan karbohidrat. Cuba untuk makan lebih banyak sayuran, seperti sup sayuran atau salad. Sebagai tambahan, ambil makanan yang cukup di atas pinggan anda, elakkan untuk mengambil hidangan yang anda tidak ingin atau perlu.

 

Pantau pengambilan alkohol anda

Satu peringatan mesra adalah bahawa alkohol tidak mempunyai kalori dan ia juga boleh mengganggu pengambilan ubat anda. Cadangan pengambilan alkohol bagi mereka yang menghidap diabetes adalah tidak lebih daripada satu minuman sehari untuk wanita dan tidak lebih daripada dua kali sehari untuk lelaki. (Satu minuman sama dengan 4 auns wain, 12 auns bir, 1 auns spirits yang disuling).

 

Masak hidangan yang mudah, bawa hidangan yang sihat bersama anda ke parti

Biasanya, apabila datang ke rumah rakan atau saudara-mara anda, anda perlu membawa hidangan untuk menunjukkan kesopanan anda. Hidangan ini boleh terdiri daripada hidangan yang rendah kalori, rendah gula dan masih lazat.

 

Muat turun alat mudah alih untuk membantu anda dengan pengambilan karbohidrat

Dengan perkembangan teknologi pada zaman ini, tidaklah sukar untuk mencari aplikasi yang dapat membantu anda dengan kesihatan anda. Hakikatnya, terdapat banyak aplikasi yang boleh menghitung kalori, karbohidrat dan juga menghitung jumlah insulin yang anda perlukan. (Jika anda menggunakannya sebelum makan).

 

Kekal aktif

Semasa bercuti, sukar untuk menghabiskan masa selama 45 minit atau bahkan satu jam untuk melakukan senaman harian anda. Bahagikan masa menjadi 15-20 minit dan ulanginya 3-4 kali dalam sehari. Anda harus memberikan diri anda masa yang cukup untuk terus menghabiskan masa bersama keluarga anda tetapi tetap mengikuti aktiviti senaman anda.

 

Jika anda mendapati diri anda memakan lebih banyak makanan daripada yang anda harapkan, jangan kecewa dan meninggalkan tabiat makan secara sihat. Anda harus mengalihkan perhatian diri anda dengan melibatkan diri dalam perbualan bersama ahli keluarga anda, bermain sebarang permainan atau membantu saudara-mara anda dengan aktiviti menghias rumah. Ini sepatutnya memberikan anda keseronokan yang cukup untuk melupakan makanan dan menikmati masa anda bersama keluarga.

 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Holiday Survival Tips If You Have Diabetes. https://health.clevelandclinic.org/2014/12/10-holiday-survival-tips-if-you-have-diabetes-2/. Accessed December 10, 2016.

11 Diabetes Diet Tips for the Holidays. http://www.medicinenet.com/tips_for_diabetes_care_during_the_holidays/views.htm. Accessed December 10, 2016.

hSix Holiday Tips. ttp://www.diabetes.org/food-and-fitness/food/planning-meals/holiday-meal-planning/six-holiday-tips.html. Accessed December 10, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 30/01/2019
x