backup og meta

Orang Diabetes Tak Tahu Nak Makan Apa Waktu Sarapan? Cuba 9 Menu Ini!

Orang Diabetes Tak Tahu Nak Makan Apa Waktu Sarapan? Cuba 9 Menu Ini!

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis menu makanan. Namun bagi pesakit diabetes, wujud sedikit kekangan kerana perlu menjaga pemakanan mereka. Jom ketahui 9 menu sarapan sihat mesra diabetes yang pasti menyelerakan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

Menu sarapan sihat untuk pesakit diabetes 

Sarapan dianggap sebagai hidangan penting untuk memulakan hari. Ini khususnya bagi penghidap kencing manis. 

Bersarapan di waktu pagi dapat membantu memastikan gula darah (glukosa) anda stabil sepanjang hari.

Tabiat tidak bersarapan boleh menyebabkan gula dalam darah naik secara mendadak selepas waktu makan tengah hari dan malam.

Namun, individu dengan penyakit ini perlu mengambil makanan yang seimbang bagi mengawal paras gula dalam darah.

Berikut 9 idea sarapan pagi yang baik untuk mereka dengan diabetes.

1. Roti bakar, menu sarapan sihat & sedap 

Menggunakan roti gandum, french toast mengandungi 4 gram serat dan 13 gram protein bagi memastikan gula dalam darah stabil sepanjang pagi.

Sarapan pagi kaya protein ini juga tidak akan mengganggu jumlah pengambilan karbohidrat untuk hari tersebut.

Apa yang anda perlukan untuk menyediakan menu ini adalah telur, susu, madu, serbuk kayu manis, serbuk lada hitam dan roti gandum.

menu sarapan sihat

2. Telur 

Telur merupakan pilihan menu sarapan sihat yang lazat dan boleh dimasak dengan pelbagai cara berbeza.

Ia rendah kalori dan tinggi protein serta hanya sedikit kandungan karbohidrat.

Anda boleh menyediakan telur dengan cara menggoreng, merebus atau menikmati telur hancur. Untuk menyihatkan lagi masakan, tambahkan sayuran seperti bayam, cendawan dan lada benggala.

3. Puding biji chia overnight

Biji chia sangat baik untuk pesakit diabetes kerana ia mengandungi serat tinggi dan asid lemak omega-3 sihat serta rendah karbohidrat boleh hadam – ia boleh digunakan tubuh dan meningkatkan paras gula darah.

Serat larut dalam biji chia membantu menurunkan paras gula dengan melambatkan proses makanan bergerak melalui usus dan diserap ke dalam aliran darah.

Apa yang diperlukan untuk hidangan ini adalah biji chia, susu badam tanpa gula, ekstrak vanilla dan balang. Anda juga boleh menambah buah-buahan segar seperti beri biru atau strawberi.

Baca juga:

Menu sarapan sihat #4. Mil oat 

Walaupun kandungan karbohidrat dalam oat agak tinggi, tetapi ia pilihan yang baik kerana membantu menurunkan paras gula disebabkan kandungan seratnya yang tinggi.

Selain mengandungi serat yang disebut beta-glucan – bertanggungjawab untuk kebanyakan kesan penurunan gula dalam darah, oat juga dapat membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Untuk menjadikan menu oat anda lebih enak dan berkhasiat, tambahkan bahan seperti serbuk kayu manis, buah beri, kacang atau yogurt Greek – pilihan yang langsung tidak mempunyai karbohidrat.

5. Roti bakar gandum & mentega kacang

Mentega kacang dan roti bakar adalah antara pilihan sarapan klasik yang mudah dan sesuai untuk pesakit diabetes.

Pengambilan makanan tinggi lemak dipercayai dapat melambatkan pelepasan gula dalam aliran darah dan mencegah kenaikan paras glukosa secara mendadak.

Selain mentega kacang, mentega gajus atau badam juga boleh dijadikan pilihan. Tetapi pastikan ia tanpa gula tambahan ya!

Menu sarapan sihat #6. Bijirin tinggi serat

Terdapat pilihan bijiran sarapan penuh serat dengan sedikit atau tanpa gula yang dapat memastikan paras glukosa anda stabil di samping membekalkan tenaga.

Makan dengan susu rendah lemak atau campurkan ke dalam yogurt Greek untuk lebih protein. Jangan lupa untuk menambah ½ biji pisang untuk rasa manis semula jadi.

menu sarapan sihat

7. Pankek pisang

Dengan hanya telur dan pisang, anda boleh menikmati menu sarapan sihat tanpa gula tambahan.

Dengan rasa manis semula jadi daripada pisang yang dilenyek, makanan ringkas ini membekalkan kadar protein dan serat baik untuk menstabilkan paras gula dalam darah serta mengenyangkan.

Anda boleh menambahkan sirap maple dan yogurt atau keju ricotta untuk protein tambahan.

8. Smoothie

Merupakan idea mudah yang boleh dijadikan pilihan minuman sihat dengan hanya mencampurkan semua bahan dan dikisar.

Bagi penghidap diabetes, anda masih perlu mengambil kira kandungan karbohidrat mengikut kadar keperluan harian.

Daripada hanya menggunakan sejenis buah atau sayuran dalam smoothie, berikut adalah beberapa kombinasi idea antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dicuba:

  • Timun 
  • Lobak merah
  • Avokado – membantu menjadikan smoothie lebih berkrim
  • Buah beri
  • Buah sitrus – oren, nanas, limau nipis dan pelbagai pilihan lain
  • Pisang – juga membantu menjadikan smoothie berkrim
  • Kacang gajus
  • Yogurt 
  • Keju kotej
  • Krim 

menu sarapan sihat

 9. Yogurt Greek & keju kotej

Yogurt Greek dan keju kotej merupakan pilihan sarapan yang baik.

Ia mudah disediakan dan dapat disesuaikan dengan citarasa anda untuk menambah bahan lain seperti:

  • Kacang – sumber tenaga yang baik kerana rendah karbohidrat
  • Oat atau bijirin gandum untuk kandungan serat
  • Buah beri merupakan pilihan buah yang popular
  • Buah-buahan – tembikai wangi (cantaloupe) pilihan yang baik

Pilihan menu di atas menyelerakan, betul tak? Jadi siapa kata pesakit diabetes tidak boleh makan makanan yang sedap? 

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetic Breakfast Ideas. https://www.diabetes.co.uk/food/diabetic-breakfast.html, Accessed on Nov 16, 2021
  2. What’s the Best Breakfast for Diabetes? https://www.diabetesfoodhub.org/articles/what-s-the-best-breakfast-for-diabetes.html, Accessed on Nov 16, 2021
  3. Quick Meal Ideas. https://www.diabetes.org/healthy-living/recipes-nutrition/meal-planning/quick-meal-ideas, Accessed on Nov 16, 2021
  4. The Diabetes-Fighting Power of Breakfast. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2019/breakfast-diabetes.html,
  5. Eggs, Grade A, Large, egg whole. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/748967/nutrients, Accessed on Nov 16, 2021
  6. Seeds, chia seeds, dried. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/170554/nutrients, Accessed on Nov 16, 2021
  7. Lucas Silveira Tavares, Luciana Affonso Junqueira, Ívina Catarina de Oliveira Guimarães, Jaime Vilela de Resende (2018). Cold extraction method of chia seed mucilage ( Salvia hispanica L.): effect on yield and rheological behavior, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29391609/, Accessed on Nov 16, 2021
  8. Almond milk, unsweetened. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/1097550/nutrients, Accessed on Nov 16, 2021. 
  9. Graciela Delgado, Marcus E Kleber, Bernhard K Krämer, Michael Morcos, Per M Humpert, Kerstin Wiegand, Andy Mauldin, Klaus Kusterer, Michael Enghöfer, Winfried März, Thomas Segiet, Alexander Lammert (2019). Dietary Intervention with Oatmeal in Patients with uncontrolled Type 2 Diabetes Mellitus – A Crossover Study. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30157531/, Accessed on Nov 16, 2021

Versi Terbaru

13/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Anda Ada Kencing Manis? Mesti Tertanya-Tanya Bolehkah Pengambilan Insulin Dihentikan?

Makanan Yang Patut Diberi Kepada Penghidap Diabetes Jenis 1, Terutama Kanak-kanak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan