backup og meta

Ikut Panduan Waktu Makan Ini Jika Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Kencing Manis Jenis 1

Ikut Panduan Waktu Makan Ini Jika Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Kencing Manis Jenis 1

Ibu bapa yang ada anak menghidap diabetes jenis 1 buat pertama kali, mungkin agak keliru untuk tentukan waktu makan si kecil. Kami berikan panduan ringkas jadual pemakanan pesakit kencing manis di sini untuk anda. Kaedah pemakanan yang tepat juga adalah salah satu daripada cara merawat kencing manis. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Apakah panduan pemakanan bagi pesakit kencing manis jenis 1 yang perlu diketahui?

Tiada sebarang jenis makanan khusus untuk pesakit diabetes jenis 1, namun semestinya makanan yang sihat adalah disarankan.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan daripada pesakit kencing manis jenis 1 menggunakan insulin basal yang bertindak lebih lama.

Ini bermakna, satu suntikan insulin tersebut berfungsi merendahkan gula darah mereka dalam tempoh lebih daripada 24 jam.

jadual pemakanan pesakit kencing manis

Insulin ini merupakan salah satu cara merawat kencing manis.

Namun, disebabkan fungsinya yang berterusan selama lebih 24 jam, maka ia akan tetap merendahkan gula darah walaupun pesakit tersebut tidak makan apa-apa.

Oleh sebab itu, jika pesakit kencing manis jenis 1 melewatkan atau skip waktu makan, mereka lebih berisiko untuk mendapat hipoglisemia.

Hipoglisemia ialah satu keadaaan di mana paras gula darah terlalu rendah.

Selain itu, mengambil terlalu banyak sumber karbohidrat juga memberikan masalah kepada pesakit kencing manis jenis 1.

Ini kerana, paras gula darah akan meningkat dengan lebih banyak melebihi kemampuan insulin basal untuk memproses gula tersebut.

Jika keadaan ini berlaku, pesakit kencing manis jenis 1 akan memerlukan suntikan insulin tambahan (insulin biasa) mengikut dos tertentu.

Ini bertujuan untuk memproses sumber glukosa tambahan dalam darah hasil daripada karbohidrat yang diambil terlalu banyak sebelum ini. 

Mengapakah jadual pemakanan pesakit kencing manis sangat penting untuk pesakit kencing manis jenis 1?

jadual pemakanan pesakit kencing manis

Pesakit diabetes yang mengambil jenis makanan rendah indeks glisemik (GI) lebih mudah untuk mengatur waktu makan mereka.

Ini kerana, makanan yang rendah GI akan menaikkan paras gula darah secara perlahan-lahan sahaja.

Ini akan memberikan masa kepada insulin yang disuntik dalam tubuh untuk bertindak balas dengan glukosa dalam darah.

Pesakit kencing manis jenis 1 perlu memberikan perhatian kepada jenis makanan serta waktu makan supaya paras gula darah mereka kekal stabil.

Ini untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain seperti hipoglisemia dan juga hiperglisemia. 

Ikut tip jadual pemakanan pesakit kencing manis ini sebagai cara merawat kencing manis

jadual pemakanan pesakit kencing manis

Salah satu cara merawat kencing manis bagi pesakit kencing manis jenis 1 adalah melalui jadual pemakanan pesakit kencing manis yang tepat.

Bagi pesakit kencing manis jenis 1, anda disarankan untuk makan dan mengambil suntikan insulin pada waktu yang sama setiap hari.

Sebagai contoh, jika anda mengambil sarapan pagi dan suntikan insulin pada pukul 9 pagi, maka kekalkan waktu tersebut setiap hari.

Jadual yang tetap setiap hari seperti ini akan membantu anda untuk mengawal paras gula darah dengan lebih stabil.

Antara tip jadual pemakanan pesakit kencing manis yang boleh diikuti ialah:

  1. Jadual pemakanan pesakit kencing manis – Makan makanan dalam tempoh antara 3 hingga 4 jam. Cara ini boleh mengelakkan anda daripada bertindihan (overlap) dengan dos suntikan insulin biasa yang bertindak lebih pantas.
  2. Jangan tukarkan waktu makan anda lebih daripada dua jam. Sebagai contoh, jika anda kerap bersarapan pagi pada pukul 9 pagi, pastikan anda tidak terlewat untuk mengambil sarapan pagi melebihi tempoh dua jam selepas pukul 9 pagi. 
  3. Jadual pemakanan pesakit kencing manis – Ambil snek dalam tempoh 2 atau 3 jam selepas makan dan lihat paras gula darah anda. Ini untuk memastikan agar paras gula darah anda tidak terlalu rendah ketika dos insulin sedang bertindak dengan pantas.
  4. Ambil suntikan insulin basal anda pada waktu yang sama setiap hari. Jika perlu, tetapkan penggera pada telefon pintar anda agar anda tidak terlepas waktu untuk menyuntik insulin.

Kesimpulan

Memandangkan pesakit kencing manis jenis 1 tidak berupaya lagi untuk menghasilkan insulinnya sendiri, maka waktu makan serta waktu suntikan insulin yang tepat sangat diperlukan.

Ini untuk memastikan agar paras gula darah kekal stabil selain mengelakkan komplikasi hiperglisemia dan juga hipoglisemia. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Meal planning. https://www.diabetes.org/nutrition/meal-planning. Accessed 9 March 2021.
  2. Insulin and meal schedules type 1 diabetes. https://uichildrens.org/health-library/insulin-and-meal-schedules-type-1-diabetes. Accessed 9 March 2021.
  3. Diabetic diet. https://medlineplus.gov/diabeticdiet.html. Accessed 9 March 2021.
  4. Diagnosis and treatment type 1 diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-1-diabetes/diagnosis-treatment/drc-20353017. Accessed 9 March 2021.
  5. Meal plan method. https://www.cdc.gov/diabetes/managing/eat-well/meal-plan-method.html. Accessed 9 March 2021.

Versi Terbaru

07/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bagaimana Saya Boleh Dapat Diabetes Jenis 1? Kenali Simptom, Komplikasi & Rawatan

Kenali Tanda Diabetes Jenis 1, Jika Muncul Simptom Ini, Jangan Berlengah Jumpa Doktor


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan