backup og meta

Sah Selamat! Ini 6 Jenis Ubat Kencing Manis Yang KKM Sediakan Berserta Fungsinya

Sah Selamat! Ini 6 Jenis Ubat Kencing Manis Yang KKM Sediakan Berserta Fungsinya

Ada individu pesakit diabetes yang mengambil ubat-ubatan selain daripada ubat kencing manis KKM bagi merawat penyakit yang dialami. Antaranya ialah seperti kapsul peria katak bahaya. Ini kerana, ramai daripada kita masih tidak memahami apa dan bagaimana ubat kencing manis yang diberikan oleh hospital itu berfungsi.

Kenapa perlu makan ubat kencing manis?

Kami terangkan di sini beberapa jenis ubat kencing manis hospital serta fungsinya dalam merawat kencing manis anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Ubat kencing manis untuk penghidap diabetes

Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang agak bahaya jika terus dibiarkan tanpa sebarang rawatan yang sepatutnya.

Ini termasuklah pengambilan ubat-ubatan diabetes bagi mengawal penyakit yang dialami. Sebagai contoh, penggunaan insulin dalam merawat kencing manis.

Apabila anda menghidap kencing manis jenis 1 atau kencing manis jenis 2 yang teruk, tubuh badan anda berkemungkinan tidak lagi mampu mengeluarkan tahap insulin secara semula jadi dengan secukupnya.

Oleh itu, suntikan insulin secara manual perlu dilakukan agar tubuh badan anda dapat mengawal paras gula dalam darah dengan sebaiknya.

Namun, disebabkan masih ramai yang tidak mengetahui jenis ubat yang diambil dan fungsi ubat tersebut, maka kami ingin menerangkan kepada anda beberapa jenis ubat kencing manis KKM yang biasa diambil oleh pesakit diabetes.

Ini jenis ubat kencing manis KKM berserta fungsinya

Memandangkan penyakit kencing manis tidak boleh disembuhkan, maka pengambilan ubat diabetes perlu dilakukan untuk mengawal penyakit tersebut.

Berikut merupakan antara senarai ubat kencing manis yang biasa diberikan kepada pesakit diabetes:

#1. Biguanide

Ubat jenis ini diberikan kepada pesakit kencing manis bagi mengurangkan penghasilan gula atau glukosa daripada hati.

Ia juga membantu meningkatkan tahap kepekaan terhadap insulin dalam tubuh pesakit diabetes.

Antara jenis ubat kencing manis di farmasi yang biasa diberikan bagi kumpulan ubat ini ialah Metformin. 

#2. Sulphonylureas

ubat kencing manis kkm
Ubat glibenclamida.

Kumpulan ubat kencing manis KKM ini bertindak dengan cara meningkatkan pengeluaran insulin melalui pankreas dalam badan anda.

Antara contoh ubat yang biasa diberikan kepada pesakit diabetes ialah seperti Glibenclamide dan juga Glicazide. 

#3. a- Glucosidase Inhibitor

Kumpulan ubat a- Glucosidase Inhibitor diberikan dengan tujuan untuk mengawal pertambahan paras gula dalam darah selepas anda makan.

Ia bertindak dengan cara mengurangkan proses pencernaan dan juga penyerapan karbohidrat dalam usus.

Antara nama ubat kencing manis di farmasi yang berada dalam kumpulan ubat ini ialah seperti Acarbose.

#4. Thiazolidinedione

ubat kencing manis kkm
Antara jenis ubat diabetes.

Antara kumpulan ubat kencing manis lain yang biasa diberikan kepada pesakit diabetes ialah Thiazolidinedione.

Ubat ini berfungsi meningkatkan kepekaan tubuh badan pesakit diabetes terhadap insulin.

Antara contoh ubat dalam kelas ubat ini ialah seperti Rosiglitazone dan Pioglitazone.

#5. DPP-4 inhibitor

Dalam tubuh badan manusia, terdapat sejenis hormon yang disebut sebagai hormon GLP-1.

Hormon semula jadi ini akan merangsang pengeluaran insulin sewaktu paras gula meningkat selepas waktu makan.

Oleh itu, ubat jenis ini akan bertindak memanjangkan kesan hormon GLP-1 dalam tubuh badan pesakit diabetes.

Antara contoh ubat kencing manis KKM atau ubat kencing manis di farmasi yang berada dalam kumpulan ubat ini ialah seperti Sitagliptin, Saxagliptin, Linagliptin dan Vildagliptin. 

#6. Insulin

Insulin hanya akan diberikan kepada pesakit diabetes dalam dua keadaan.

Pertama, apabila rawatan melalui pengambilan ubat diabetes secara oral tidak berkemampuan menurunkan paras gula darah ke tahap yang normal.

Kedua, insulin diberikan apabila pesakit diabetes dilarang atau tidak boleh mengambil ubat diabetes jenis oral seperti mereka yang mempunyai masalah buah pinggang.

ubat kencing manis kkm
Fungsi insulin untuk pesakit diabetes.

Fakta

Insulin juga mempunyai beberapa jenis, bergantung kepada keperluan pesakit diabetes yang berbeza-beza.

Berikut ialah jenis-jenis insulin serta waktu ia perlu disuntik:

  • Insulin dengan tindakan pantas (disuntik sejurus sebelum waktu makan)
  • Insulin tindakan pendek (disuntik 30 minit sebelum waktu makan)
  • Insulin tindakan sederhana (disuntik sebelum anda masuk tidur)
  • Insulin tindakan panjang (disuntik pada waktu atau masa yang sama setiap hari)
  • Insulin pracampuran (disuntik sejurus sebelum makan atau 30 minit sebelum makan)

Patuhi pengambilan ubat kencing manis KKM

Kini anda telah mengetahui beberapa jenis ubat kencing manis di farmasi yang biasa diberikan kepada pesakit diabetes oleh pihak hospital.

Selain itu, anda juga telah mengetahui fungsi ubat-ubatan tersebut dalam mengawal penyakit dan simptom penyakit diabetes yang anda alami.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kepatuhan Kepada Ubat Antidiabetes. http://www.myhealth.gov.my/kepatuhan-kepada-ubat-antidiabetes/. Accessed on August 25, 2022. 

Get a handle on diabetes medication. https://diabetes.org/healthy-living/medication-treatments. Accessed on August 25, 2022. 

Oral Diabetes Medications. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/12070-oral-diabetes-medications. Accessed on August 25, 2022. 

Type 2 diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/diagnosis-treatment/drc-20351199. Accessed on August 25, 2022. 

Table of Medications. https://dtc.ucsf.edu/types-of-diabetes/type2/treatment-of-type-2-diabetes/medications-and-therapies/type-2-non-insulin-therapies/table-of-medications/. Accessed on August 25, 2022. 

Versi Terbaru

12/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Langkah Mudah Untuk Cegah Diabetes, Tapi Masih Ramai Yang Belum Tahu

Jika Anda Alami Salah Satu Daripada 7 Tanda Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan