Ada banyak topik berkaitan kencing manis yang popular di laman web Google dan ia termasuk susu untuk diabetes dan kolesterol Malaysia. Ini menunjukkan penderita penyakit ini masih keliru susu apa dan bagaimana yang patut mereka ambil. Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Ada ke susu untuk diabetes?
Secara umumnya, susu selain susu untuk diabetes memang sangat tinggi dengan gula, lemak, karbohidrat dan kolesterol – kesemua ini adalah musuh ketat dan pantang bagi penderita penyakit kencing manis.
Di samping itu, wujud juga sejenis sebatian bernama laktosa di mana ia adalah antara faktor risiko paling bahaya dan akan beri implikasi buruk kepada kadar glukosa dalam darah anda.
Namun apa yang akan mengelirukan individu adalah fakta di mana ia turut mengandungi pelbagai jenis nutrisi dan zat seperti protein, serat serta pelbagai lagi jenis vitamin atau mineral yang turut sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan individu itu sendiri!

Sebenarnya, pesakit kencing manis masih boleh minum susu untuk diabetes asalkan ia patuh kepada syarat dan kriteria tertentu agar kesihatan tubuh badan anda terjaga.
“Sama dengan makanan atau minuman terutama produk tenusu yang lain, susu juga tinggi risiko untuk meningkatkan kadar glukosa dalam darah, lantas memburukkan lagi kondisi diabetes,” jelas Pengamal Perubatan, Dr Sarah Brewer.
Jenis yang ideal jika anda ada kencing manis!
Bukan sahaja kondisi diabetes itu sendiri, pengamalan diet yang kurang tepat jika ada diabetes turut akan jadi punca masalah yang lain seperti sistem kardiovaskular dan fungsi tulang.
Memandangkan ada banyak jenis susu untuk diabetes dan kolesterol di dalam pasaran, maka anda perlu lebih bijak dalam memilih dan membeli produk yang terbaik untuk diri sendiri.
Berikut adalah antara jenis susu untuk diabetes dan kolesterol terbaik buat individu:
Jenis susu untuk diabetes dan kolesterol #1. Susu rendah gula

Sudah terang lagi bersuluh, penderita penyakit diabetes itu perlu kawal pengambilan gula mereka. Maka, adalah penting untuk anda hanya ambil susu yang rendah gula untuk tujuan ini.
Ini kerana tubuh badan mereka yang ada kondisi ini tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin (hormon yang akan membantu mengatur glukosa dalam darah) dengan efektif.
Kebiasaannya, secawan susu biasa mengandungi sekitar sepuluh atau lebih gram gula. Maka, sila pilih dan beli produk susu yang mempunyai kurang gula daripada jumlah yang disebutkan.
Jenis susu untuk diabetes dan kolesterol #2. Susu rendah lemak
Selain daripada gula, mereka yang ada kencing manis juga perlu ambil susu rendah lemak untuk menurunkan kadar kolesterol di mana ia juga adalah salah satu faktor risiko kondisi ini.
Ini kerana kondisi diabetes berisiko menyebabkan penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung akibat peningkatan kolesterol jahat dan penurunan kolesterol baik di dalam tubuh badan.
American Diabetes Association menyarankan agar pesakit diabetes mengambil susu rendah lemak yang kurang daripada 5 gram lemak penuh dalam secawan untuk elak risiko tersebut.
#3. Susu tinggi kalsium
Diabetes turut akan meningkatkan risiko penderita penyakit ini untuk mengalami tulang rapuh. Pengambilan susu tinggi kalsium akan dapat membantu membuat tulang lebih tumpat dan kuat lantas melindunginya daripada masalah seperti osteoporosis dan lain-lain.
Disarankan untuk individu dengan diabetes agar minum susu tinggi kalsium sekurang-kurangnya 200 ml sehari sekali. Ia mungkin mampu menyelesaikan masalah tulang yang rapuh.
Selain zat kalsium, pastikan susu yang anda ambil itu turut tinggi dengan vitamin D agar tubuh badan dapat meningkatkan lagi fungsi dan sistem penyerapan kalsium ke dalam tulang.
#4. Alternatif susu lain
Sebut sahaja susu, anda mesti akan terbayang susu dari hasil haiwan lembu atau kambing bukan?
Sebenarnya, ada banyak lagi alternatif susu haiwan yang mungkin lebih sihat seperti susu kacang soya, susu kacang badam dan lain-lain. Ia mungkin lebih ideal jika ada kondisi diabetes.
Dalam erti kata lebih mudah, ada banyak jenis susu diabetes Malaysia yang anda boleh pilih dan beli. Dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada doktor tentangnya.
Kawal makan dan minum jika ada diabetes!
Konklusinya, anda bukan sahaja perlu fokus kepada susu untuk diabetes dan kolesterol jika ada penyakit kencing manis sebaliknya sila ubah juga diet pemakanan anda bermula dari hari ini, agar kondisi itu dapat dikawal dan kesihatan tubuh badan mampu dijaga dengan baik.
[embed-health-tool-bmi]