backup og meta

Suka Makan Roti Tapi Ada Diabetes? Ini 5 Tip Pilih Roti Untuk Kencing Manis

Suka Makan Roti Tapi Ada Diabetes? Ini 5 Tip Pilih Roti Untuk Kencing Manis

Siapa cakap pesakit diabetes 2 tidak boleh makan roti sebab kandungan karbohidratnya? Boleh sebenarnya, tetapi haruslah jenis yang betul dan secara sederhana. Kalau ingin tahu roti yang sesuai untuk kencing manis, teruskan membaca artikel ini untuk jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Karbohidrat & pesakit diabetes

Dalam memilih roti yang sesuai untuk kencing manis, perkara paling membimbangkan adalah mengenai kandungan karbohidrat atau lebih mudah disebut karbo. Hakikatnya tiada halangan untuk penghidap diabetes mengambil karbohidrat.

Ini kerana karbo membekalkan tubuh tenaga dalam bentuk glukosa. Namun jika terlalu banyak glukosa ia boleh mendatangkan masalah buat penghidap diabetes.

Bagi sesetengah individu, mereka memerlukan lebih banyak karbo untuk tenaga. Ada juga yang kurang memerlukan mineral ini dalam kehidupan seharian, khususnya jika ingin menurunkan berat badan.

Karbohidrat boleh dan seharusnya menjadi sebahagian daripada diet sihat dan antara sumber karbo yang paling sedap adalah roti. 

[embed-health-tool-bmr]

Apakah roti yang sesuai untuk kencing manis jenis 2?

Roti secara amnya tinggi kandungan karbohidrat dan sekali gus menjadi kebimbangan bagi mereka yang menghidap diabetes jenis 2.

Berita baiknya, kebanyakan individu dengan masalah kesihatan ini boleh mengambil roti mengikut saranan doktor. Tetapi mestilah jenis roti yang betul.

Roti bijirin penuh dengan kandungan serat tinggi – seperti bran dan oat – adalah pilihan yang bagus untuk pesakit diabetes. 

roti yang sesuai untuk kencing manis

Jumlah pengambilan karbo & roti untuk pesakit diabetes

Jadi berapa banyak roti boleh dimakan bagi penghidap kencing manis? Tiada jawapan tetap untuk persoalan tersebut.

Namun pengambilan karbo yang disarankan adalah daripada sedikit hingga sederhana untuk sepanjang hari. Tetapi ia tidak terhad dalam bentuk roti semata-mata ya? 

Ini kerana karbo juga terdapat dalam makanan lain seperti bijirin, kentang, jagung, nasi, pasta, mi, buah, susu dan yogurt.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa pilihan berbeza mengenai cara pengambilan karbo dalam hidangan harian:

Sarapan  Roti bakar Bijirin sarapan pagi & susu Yogurt & buah
Makan tengah hari Sandwic Noodle stir-fry Sushi 
Makan malam Roti gulung Kentang bakar Pasta 

roti yang sesuai untuk kencing manis

Tip membeli roti yang sesuai untuk kencing manis

Dalam pemilihan roti, anda harus bijak memilih kerana tidak semua roti dihasilkan sama. Berikut beberapa petua dan cadangan untuk membantu anda dalam memilih roti yang betul:

1. Bijirin penuh

Roti yang dibuat dengan bijirin penuh merangkumi semua bahagian bijirin merupakan sumber vitamin B dan serat yang mengenyangkan. 

Cuma masalahnya adalah anda perlu lebih berhati-hati dan sentiasa membaca label kerana tidak semua roti yang dipasarkan sebagai roti bijirin penuh diperbuat daripada bijirin sepenuhnya. 

Jangan tertipu dengan multigrain bread kerana ada kalanya ia hanyalah roti putih yang dicampur bersama bijirin. 

2. Jangan menilai roti berdasarkan warna

Walaupun kebanyakan roti bijirin penuh biasanya berwarna coklat, sekali lagi tidak semua roti dengan warna ini dihasilkan dengan bijirin penuh.

Anda perlu melihat label dan senarai ramuan untuk memastikan ia roti yang sesuai untuk kencing manis. 

Pek roti dengan tuntutan seperti ‘dibuat dengan gandum penuh’ atau memaparkan perkataan ‘multigrain’ mahupun ‘gandum’ tidak semestinya merupakan roti yang diperbuat menggunakan 100% bijirin penuh!

Produk dengan terma ini mungkin mengandungi beberapa bijirin penuh tetapi berkemungkinan hanya menggunakan bijirin diproses. 

Baca juga:

3. Senarai kandungan bahan

Untuk mengetahui sama ada roti pilihan anda benar-benar mengandungi bijirin penuh atau tidak, semak senarai ramuannya.

Bahan pertama haruslah ‘tepung gandum penuh’ atau bijirin lain dengan perkataan ‘seluruh’ (whole) sebelumnya, sebagai contoh oat keseluruhan (whole oat).

Elakkan roti dengan ‘tepung gandum diperkaya’ atau ‘tepung gandum’ kerana bahan pertama bagi istilah tersebut menunjukkan bijirin yang ditapis. 

Hindari juga daripada memilih roti yang mengandungi sirap jagung fruktosa tinggi, perasa dan pengawet tiruan. 

4. Semak saiz hidangan dalam mencari roti yang sesuai untuk kencing manis

Saiz hidangan yang sesuai mungkin 1-2 keping.

Jenis roti bijirin yang dihiris nipis dan lebih ringan lebih sesuai diambil 2 keping bagi setiap hidangan. Sekali gus menjadikan ia pilihan sesuai untuk dijadikan roti sandwic penuh atau menu sampingan bagi hidangan berkanji lain. 

Roti bakeri lebih besar atau roti artisan selalunya hanya sekeping bagi setiap hidangan. Ia boleh mengandungi lebih daripada 22 gram karbo untuk setiap keping.

Ketahui nombornya

Penting bagi pesakit diabetes semasa memilih roti sandwic bijirin atau bijirin penuh untuk membaca label ‘Fakta Makanan’.

Secara umum, anda disyorkan mencari roti yang mempunyai perkara berikut dalam setiap hidangan:

  • ≤ 22g karbohidrat
  • ≥ 3g serat
  • ≤ 200mg natrium

roti yang sesuai untuk kencing manis

Kesimpulannya 

Apabila disahkan menghidap diabetes, untuk mengamalkan pemakanan yang sihat memerlukan pengetahuan mengenai pilihan hidangan seimbang.

Ini termasuklah dalam memilih roti yang sesuai untuk kencing manis – membaca label dan memahami fakta pemakanan boleh membantu anda untuk berada di landasan betul.

Pertimbangkan untuk memeriksa tahap glukosa darah sebelum dan selepas makan roti beberapa kali bagi memahami bagaimana tubuh anda bertindak balas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bread and Diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/carbohydrates-and-diabetes/bread-and-diabetes, Accessed on March 17, 2022 
  2. Eating right doesn’t have to be boring. https://www.diabetes.org/healthy-living/recipes-nutrition, Accessed on March 17, 2022 
  3. The Best Bread Choices For Diabetic People! https://act1diabetes.org/best-bread-choices-diabetic-people/, Accessed on March 17, 2022
  4. Nazari, J., Yadegari, N., Khodam, S., Almasi-Hashian, A., & Amini, S. (2021). Effect of Consumption of Whole-Wheat Breads on FBS, HbA1c, and Blood Lipids in Patients with Type 2 Diabetes. Preventive nutrition and food science, 26(3), 269–274. https://doi.org/10.3746/pnf.2021.26.3.269, Accessed on March 17, 2022
  5. Why are Wholegrains Good for Diabetes Prevention? https://www.healthhub.sg/live-healthy/1335/why-are-whole-grains-good-for-diabetes, Accessed on March 17, 2022
  6. Diabetes meal planning. https://www.cdc.gov/diabetes/managing/eat-well/meal-plan-method.html, Accessed on March 17, 2022

Versi Terbaru

24/05/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Teringin Nak Makan Kuih-Muih Tapi Ada Diabetes? Ikut 4 Petua Ini

Mi Bahaya Untuk Pesakit Diabetes? Ini Syarat Kalau Teringin Nak Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan