Apabila anda mempunyai kencing manis, penjagaan dalam aspek pemakanan adalah sangat penting. Selain produk susu untuk diabetes, apakah jenis minuman dan makanan lain yang boleh diambil oleh individu dengan penyakit ini?
Umumnya, setiap minuman atau makanan ingin diambil oleh penghidap diabetes haruslah mengandungi kalori yang rendah atau tiada kalori langsung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Minuman terbaik selain susu untuk diabetes
Enam jenis minuman yang berikut adalah baik untuk kesihatan diri anda:
- Air Putih
Air putih sangat disarankan untuk semua individu. Anda memerlukan air untuk mengekalkan hidrasi.
Tambahan pula, air putih tidak mengandungi sebarang karbohidrat dan kalori.
- Susu
Susu skim atau rendah lemak tanpa kandungan gula tambahan adalah sangat baik bagi dijadikan pilihan susu untuk diabetes.
Anda perlu minum susu dengan saiz hidangan yang bersesuaian kerana kandungan karbohidrat dan kalori di dalam susu boleh meningkat jika diambil secara berlebih.
- Jus Buah
Walaupun jus buah mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, penghidap diabetes tidak sepatutnya mengelakkan pengambilan jus buah secara total.
Sekiranya anda memilih untuk minum jus buah, minum 100% jus tanpa tambahan gula.
- Teh
Teh mampu memperbaiki sensitiviti insulin dan membantu mengawal tekanan darah. Teh tidak mengandungi sebarang karbohidrat dan kalori.
- Minuman Diet
Kebanyakan minuman diet seperti smoothie diet menggunakan pemanis yang rendah kalori bagi menggantikan gula sebagai perasa dalam minuman.
- Kopi
Kopi mempunyai kebaikan dan keburukan. Meminum kopi dengan kadar yang sederhana (2-3 cawan sehari) membantu mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2.
Tetapi kopi bersusu seperti latte atau dengan tambahan gula mempunyai kalori yang tinggi.
Oleh itu, sekiranya anda adalah peminat kopi, anda perlu berhati-hati apabila meminum kopi.
[embed-health-tool-bmr]
Makanan terbaik untuk penghidap kencing manis
Selain susu untuk diabetes, mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengawal diabetes.
Kandungan nutrien dan indeks glisemik (GI) mungkin membantu anda untuk membuat pilihan yang lebih sihat.
Berikut adalah jenis-jenis makanan terbaik atau superfoods yang sesuai dimakan penghidap diabetes.
- Kekacang
Kebanyakan kekacang menyediakan kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang agak besar. Ia juga adalah sumber terbaik magnesium dan kalium.
Berpandukan satu kajian, kekacang dipercayai boleh merendahkan GI di dalam darah sekiranya anda menghidap kencing manis tahap 2.
- Sayuran tidak berkanji
Sayuran tidak berkanji termasuklah sayuran berwarna hijau gelap, sayuran berdaun, lada dan lain-lain.
Ia mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah dan dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.
Ini adalah di antara makanan yang boleh dimakan dengan kandungan yang banyak oleh penghidap diabetes.
- Buah-buahan sitrus
Buah-buahan sitrus seperti tangerin, oren, limau gedang, lemon dan limau adalah sumber serat yang baik serta mampu mengurangkan risiko untuk menghidap diabetes.
- Beri
Beri seperti strawberi dan beri biru memberikan sumber yang baik untuk gula semula jadi serta bermanfaat dalam meningkatkan pengambilan serat.
- Tomato
Tomato mengandungi vitamin A, C, E dan zat besi dan boleh dimakan secara mentah, dipurikan, dimasak atau dalam bentuk sos.
- Ikan berlemak
Salmon atau ikan dengan asid lemak omega-3 berkesan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, terutamanya penyakit jantung koronari yang dikaitkan dengan diabetes.
Ikan jenis ini juga tinggi kandungan vitamin D dan selenium yang baik untuk rambut, kulit dan kuku.
Ikan tidak mengandungi sebarang karbohidrat, oleh itu ikan tidak akan meningkatkan kandungan gula dalam darah anda.
- Bijirin penuh
Bijirin penuh adalah makanan dengan kandungan serat tinggi dan ia tidak mengandungi karbohidrat yang banyak.
Sesetengah bijirin penuh mengandungi nutrien yang sangat baik seperti magnesium, chromium, kalium dan folat.
- Produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak
Produk tenusu memberikan vitamin D dan kalsium yang membantu menguatkan gigi serta tulang.
Kajian menunjukkan bahawa produk tenusu boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2 dengan 9%.
Tetapi sekiranya anda menghidap diabetes, anda dicadangkan untuk mengambil susu skim dan yogurt.
Pilihan produk susu untuk diabetes
Bagaimana untuk mengetahui jenis produk tenusu yang baik diambil bagi penghidap kencing manis?
Produk tenusu adalah produk berasaskan susu seperti susu, yogurt, keju, krim dan pelbagai produk lain.
Produk tenusu adalah sumber terbaik untuk kalsium, vitamin, protein dan mineral. Pelbagai produk tenusu seperti susu tanpa lemak atau rendah lemak dan yogurt boleh diambil sebagai snek.
Apakah pilihan terbaik?
Bagi individu dengan kencing manis, pilihan produk susu untuk diabetes terbaik adalah:
- Susu tanpa lemak (skim) atau rendah lemak (1% lemak)
- Yogurt rendah lemak atau tanpa lemak dengan perasa rendah lemak
- Yogurt rendah lemak tanpa perasa
- Susu kacang soya tanpa perasa dan susu badam
Pencuci mulut untuk pesakit diabetes
Mempunyai diabetes tidak bermakna anda perlu mengelakkan hidangan pencuci mulut dan mengelakkan gula untuk selama-lamanya.
Anda boleh mempunyai satu hidangan manis bersaiz kecil tetapi dalam masa yang sama, masih mengawal keadaan diabetes anda.
Fakta berkenaan gula
Bagi diabetes jenis 2, antara faktor risikonya adalah berat badan yang berlebihan.
Apabila anda makan terlalu banyak gula, berat badan anda akan bertambah. Oleh itu, anda harus mengehadkan penggunaan gula untuk membantu mengelakkan diabetes.
Dengan pelan yang betul, anda masih boleh makan sedikit gula dan mengekalkan paras gula dalam darah anda dengan stabil.
Anda hanya perlu makan gula-gula atau manisan pada majlis-majlis khas seperti majlis hari jadi atau perkahwinan.
Jika pencuci mulut anda mengandungi terlalu banyak gula, kongsinya dengan rakan atau keluarga.
Hidangan harian anda perlu meliputi makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, susu untuk diabetes tanpa lemak, ikan berlemak, kekacang, dan protein tanpa lemak.
Baca juga: