Salah Satu Petanda Hidap Diabetes Adalah Mulut Kering! Jaga-jaga Jika Anda Alaminya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, salah satu daripada tanda seseorang itu menghidap diabetes adalah mulut kering. Apakah kaitan antara kekeringan mulut dan penyakit diabetes?

Xerostomia: Keadaan mulut kering

Dalam dunia perubatan, keadaan kekeringan mulut ini disebut sebagai xerostomia. Ia adalah satu keadaan di mana kurangnya air liur dalam mulut anda.

Air liur berfungsi mengawal jumlah bakteria dalam mulut. Selain itu, air liur juga berperanan menyeimbangkan dan menyingkirkan asid yang melekat pada gigi dan gusi anda.

Sebenarnya, keadaan mulut kering ini boleh menjadi salah satu daripada tanda atau simptom diabetes. Ia adalah simptom bagi kedua-dua diabetes jenis 1 dan 2.

Namun, tidak bermakna anda semestinya menghidap diabetes jika mempunyai kekeringan mulut.

Simptom-simptom mulut kering

kekeringan mulut

Mulut yang kering tidak semestinya dikesan melalui kulit bibir yang pecah. Ada juga beberapa tanda lain yang menunjukkan bahawa anda sedang mengalami kekeringan mulut.

Antara tanda kekeringan mulut ialah: 

  • Lidah menjadi kering
  • Kurangnya air liur atau lembapan dalam mulut
  • Mulut kerap terasa sakit
  • Bibir merekah
  • Adanya jangkitan pada gigi atau gusi
  • Rasa sakit ketika ingin menelan sesuatu
  • Wujud iritasi pada celah mulut

Apakah yang menyebabkan mulut kering bagi penghidap diabetes?

Terdapat dua penyebab utama kekeringan mulut bagi penghidap diabetes. Pertama adalah kesan ubat-ubatan yang diambil dan yang kedua adalah disebabkan paras gula darah yang meningkat.

Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, ubat tekanan darah tinggi dan ubat anti depresan boleh menyebabkan mulut mengalami keadaan kekeringan.

Selain itu, keadaan paras gula darah yang tinggi juga menyebabkan mulut anda menjadi kering.

Apabila paras gula darah meningkat dan air liur berkurangan, maka anda lebih mudah terdedah untuk mengalami jangkitan seperti jangkitan kulat, pereputan gigi dan penyakit gusi.

Selain daripada dua sebab utama ini, kekeringan mulut juga boleh disebabkan oleh dehidrasi, rawatan dialisis buah pinggang dan juga merokok.

Cara kurangkan keadaan kekeringan mulut

mulut kering

Anda boleh mengurangkan keadaan dan simptom mulut kering yang dialami dengan mencuba perkara-perkara di bawah ini:

  • Pastikan anda mengawal paras gula darah setiap hari
  • Elakkan pengambilan makanan tinggi gula
  • Elakkan pengambilan minuman berkafein
  • Sekiranya anda memakai pendakap gigi, rajinkan diri anda untuk mencucinya
  • Lakukan flos gigi setiap kali selepas makan
  • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran
  • Pastikan anda kerap minum air untuk kekal hidrat
  • Elakkan pencuci mulut yang mempunyai kandungan alkohol
  • Gunakan pelembap bibir sekiranya bibir anda kering
  • Kunyah gula-gula getah untuk menggalakkan penghasilan air liur di dalam mulut

Namun, dalam apa jua keadaan, anda perlu pastikan punca sebenar yang menyebabkan mulut anda kering.

Jika ia disebabkan oleh paras gula darah yang tinggi, kawal pemakanan anda dan elakkan makanan bergula.

Sekiranya ia disebabkan oleh kesan ubat-ubatan yang anda ambil, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

Doktor mungkin akan memberikan jenis ubat yang lain mengikut kesesuaian diri anda. 

Komplikasi akibat mulut kering

Mulut yang kering boleh menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan lain jika ia terus dibiarkan.

Air liur anda berperanan memecahkan karbohidrat dan mengandungi sel yang boleh mengelakkan mulut daripada mendapat jangkitan.

Sekiranya mulut anda menjadi kering dan kekurangan air liur, maka glukosa atau gula daripada sumber karbohidrat berkumpul dalam mulut dan gigi anda.

Bakteria juga akan bertambah banyak akibat ketiadaan air liur yang berfungsi mencegahnya. Kesemua ini kemudiannya akan menyebabkan kaviti. 

Selain itu, mulut yang kering juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti gingivitis, iaitu iritasi pada gusi berpunca daripada bakteria. Ia juga boleh menyebabkan periodontitis; iritasi pada tisu yang mengelilingi gigi.

Untuk pengetahuan anda lagi, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kulat dalam mulut seperti thrush dan candidiasis. Semestinya, bau mulut anda akan menjadi lebih busuk disebabkan kehadiran bakteria. 

Kesimpulan 

Tidak sukar untuk memastikan mulut anda kembali normal. Hanya pastikan punca sebenar yang menyebabkannya, dan lakukan tip seperti yang telah dinyatakan di atas ini.

Jika anda mengalami sebarang jangkitan pada mulut atau gigi, segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda mungkin tidak tahu bahawa anda berpotensi menghidap sakit sendi dan tulang. Ini 5 jenis masalah sendi tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Tersilap Diagnosis! Dari Diabetes Jenis 2, Tapi Sebenarnya Menghidap Kencing Manis Jenis 1?

Tahukah anda, ada kemungkinan penghidap kencing manis jenis 2 sebenarnya menghidap LADA, bukannya bertukar jadi diabetes jenis 1. Apakah LADA sebenarnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tanda dehidrasi pada anak

Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan
darah beku

Masalah Darah Beku Secara Tiba-tiba Boleh Membawa Maut! Ini 7 Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 08/12/2020 . 3 minit bacaan
aktiviti bersukan

Ibu Hamil Yang Suka Bersukan, Ini Jenis Latihan Yang Disarankan Ikut Trimester

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
nafas berbau

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan