Anda tahu, berapakah paras glukosa dalam darah mengikut umur yang sepatutnya? Jika anda masih belum tahu, kami berikan di sini jadual bacaan gula dalam darah KKM yang sepatutnya diikuti.
Semak menerusi artikel di bawah ini untuk tahu tentang jadual bacaan gula dalam darah KKM.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Apakah yang dimaksudkan dengan paras gula darah?
Paras atau tahap glukosa darah ialah jumlah glukosa atau gula yang ada dalam darah seseorang pada bila-bila masa.
Paras gula darah yang tinggi atau rendah boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang mungkin memerlukan perhatian perubatan.
Untuk menentukan sama ada anda mengalami paras gula darah rendah atau tinggi, anda boleh menyemak jadual bacaan gula dalam darah KKM.
Namun, anda juga perlu tahu bila waktu sesuai cek gula dalam darah ya!
Berapakah bacaan paras gula darah bagi individu yang normal?
Paras gula dalam darah boleh berada pada tahap yang normal, tinggi atau rendah, bergantung pada jumlah glukosa seseorang dalam aliran darah mereka.
Glukosa ialah gula ringkas yang terdapat dalam aliran darah pada setiap masa. Tahap glukosa darah anda boleh diukur pada bila-bila masa.
Contohnya, apabila seseorang individu berpuasa (pada waktu pagi selepas bangun tidur), sebelum makan, atau selepas makan.
Untuk paras glukosa darah normal orang dewasa yang tidak menghidap diabetes dan tidak makan selama sekurang-kurangnya lapan jam, bacaan yang sepatutnya adalah kurang daripada 5.6 mmol/L.
Paras glukosa darah normal untuk orang dewasa tanpa diabetes, dua jam selepas makan pula ialah antara 5.0 hingga 6.1 mmol/L.
Namun, anda juga perlu memahami bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi bacaan gula tidak normal sepanjang hari walaupun anda mengikuti jadual bacaan gula dalam darah KKM.
Antaranya ialah:
- Jenis, kuantiti dan waktu sesuatu makanan itu diambil
- Aktiviti fizikal
- Ubat-ubatan
- Keadaan perubatan
- Umur
- Tekanan
- Dehidrasi
- Penyakit
- Senggugut
- Alkohol
Paras gula darah yang ideal untuk sesiapa sahaja tanpa diabetes atau pradiabetes, dan tanpa mengira umur (pada waktu pagi) hendaklah kurang daripada 100 mg/dL.
Ingat, paras gula dalam darah masih boleh berubah-ubah sepanjang hari akibat daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan seperti di atas.
Berapa bacaan paras glukosa dalam darah mengikut umur bagi penghidap diabetes?
Anda mungkin ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai jadual bacaan gula dalam darah KKM bagi penghidap diabetes.
Bagaimanakah kadar gula dalam darah untuk individu dengan kondisi diabetes?
Contohnya, ketika berpuasa, paras gula dalam darah selalunya berada dalam julat sasaran.
Jenis makanan yang dimakan juga akan memberi kesan kepada bacaan gula tidak normal dengan cara yang berbeza.
Makanan yang tinggi dengan kandungan karbohidrat (seperti mi, bijirin dan nasi) akan menyebabkan bacaan gula tinggi berbanding makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
Bacaan gula dalam darah selepas makan akan meningkat, tetapi akan mula kembali ke paras normal dalam tempoh beberapa jam.
Ini jadual bacaan gula dalam darah KKM yang boleh anda lihat:
#1. Paras gula dalam darah mengikut umur: Kanak-kanak kurang daripada 6 tahun dengan diabetes
- Puasa: 4.4-10 mmol/L
- Sebelum makan: 5.6-10 mmol/L
- 1 hingga 2 jam selepas makan: ~10 mmol/L
- Waktu tidur: 6.1-11.1 mmol/L
#2. Paras gula dalam darah mengikut umur: Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun dengan diabetes
- Puasa: 4.4-10 mmol/L
- Sebelum makan: 5-10 mmol/L
- 1 hingga 2 jam selepas makan: Sehingga 7.8 mmol/L
- Waktu tidur: 5.6-10 mmol/L
#3. Paras gula dalam darah mengikut umur: Remaja 13 hingga 19 tahun dengan diabetes
- Puasa: 3.9-8.3 mmol/L
- Sebelum makan: 5-7.2 mmol/L
- 1 hingga 2 jam selepas makan: Sehingga 7.8 mmol/L
- Waktu tidur: 5-8.3 mmol/L
#4. Paras gula dalam darah mengikut umur: Dewasa 20 tahun ke atas dengan diabetes
- Puasa: Kurang 5.6 mmol/L
- Sebelum makan: 3.9-7.2 mmol/L
- 1 hingga 2 jam selepas makan: Kurang 10 mmol/L
- Waktu tidur: 5.6-7.8 mmol/L
Sekiranya bacaan gula tinggi, rendah atau tidak normal, segera jumpa doktor untuk diagnosis ya!
[embed-health-tool-bmi]