What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Anda Ada Diabetes Tapi Teringin Makan Biskut? Boleh, Asalkan Patuh Syarat Ini!

    Anda Ada Diabetes Tapi Teringin Makan Biskut? Boleh, Asalkan Patuh Syarat Ini!

    Alangkah hiba hati dan keliru emosi apabila anda ada diabetes tapi teringin makan biskut yang manis-manis. Wujudkah biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis?

    Persoalan ini mungkin timbul kerana biskut itu sudah sangat sinonim dengan bahan yang tidak sesuai buat pesakit diabetes seperti gula, tepung, mentega serta lain-lain.

    Sebenarnya, memang ada biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis. Pun begitu, ia mungkin tidak sama jenisnya dengan yang biasa diambil oleh individu tanpa diabetes.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Bolehkah individu dengan diabetes makan biskut?

    Biskut adalah sejenis sajian ringan yang diperbuat daripada tepung, mentega, gula dan mungkin dengan tambahan bahan lain seperti coklat, kacang susu dan lain-lain.

    Dalam kalangan masyarakat kita, ia biasa dijadikan sebagai hidangan pembuka selera atau pencuci mulut. Dalam pada itu, ia juga biasa diambil pada waktu minum petang.

    Bagi individu yang ada diabetes, biskut sudah pasti akan mendatangkan tanda tanya sama ada ia boleh untuk dimakan atau tidak ekoran bahannya yang mungkin ada bahaya.

    biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis

    Sebenarnya, tiada masalah untuk ia diambil asalkan mengikut piawaian biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis. Ia sangat bergantung pada kualiti dan kuantiti biskut.

    Apa yang perlu penderita penyakit kencing manis waspada adalah untuk tidak makan biskut terlalu banyak atau terlalu kerap agar tidak pula timbul komplikasi lain.

    Biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis!

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas, anda mungkin masih boleh ambil biskut dengan syarat:

    #1. Awasi kadar gula dalam biskut

    Pantang larang utama biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis tentu sahaja ia tidak boleh tinggi gula. Namun, apa pula nikmat jika rasa manis itu kurang atau tiada.

    Tenang, ini kerana anda masih ada biskut dengan bahan gula artifisial seperti erythritol, stevia dan lain-lain. Meskipun rasanya agak lain, pilihan ini tentu sahaja berbaloi.

    Disebabkan itu pula, sila lihat pada label sebelum beli dan ambil biskut. Ataupun anda sendiri boleh buat biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis di rumah sahaja.

    biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis

    #2. Waspada dengan jenis tepung

    Umum mengetahui tepung adalah bahan utama dalam pembuatan biskut dan jenis yang paling biasa digunakan adalah tepung jagung, tepung ubi atau tepung gandum.

    Antara jenis-jenis tepung di atas tadi, tepung gandum mungkin adalah pilihan yang terbaik ekoran ia lebih tinggi dengan kandungan serat khas buat pesakit kencing manis.

    Kandungan serat yang tinggi itu sangat bagus untuk sistem pencernaan yang lebih baik di samping mampu mengawal peningkatan kadar gula dalam darah yang lebih cepat.

    #3. Waspada dengan jenis mentega

    Mentega daripada hasil susu atau sayur juga adalah antara komponen yang penting dalam proses pembuatan biskut. Namun, alternatif minyak kanola adalah lebih baik.

    Menurut American Diabetes Association, minyak kanola mengandungi lebih banyak lemak sihat yang mampu mempengaruhi sistem kardiovaskular penderita diabetes.

    Antara bahan lain yang mungkin anda perlu tambah adalah air, yogurt, susu, buah mahupun sayur yang perlu tepat kualiti dan kuantitinya agar biskut itu dapat kekal sihat serta lazat.

    Antara tip lain berkaitan biskut dan diabetes…

    Selain 3 tip utama di dalam proses pembelian atau permbuatan biskut di rumah, mereka yang ada diabetes juga harus lebih peka dengan jenis biskut yang ingin dimakan.

    biskut yang sesuai untuk pesakit kencing manis

    Pertama sekali, utamakan ambil biskut kosong atau kering yang tiada gula. Jika ingin ia lebih tampak dan rasa menarik, boleh juga cicah dengan air sihat seperti teh hijau.

    Kedua, cuba elak daripada ambil biskut yang berkrim kerana ia juga tinggi dengan gula. Namun, adalah lebih baik jika ia berinti coklat atau kacang yang mungkin ‘aman’ untuk diabetes.

    Ketiga, cuba elak daripada ambil biskut di waktu sarapan kerana ia hanya akan buat kadar glukosa pada hari itu meningkat dengan mendadak. Boleh ambil di waktu yang lain.

    Dan yang terakhir pula, anda mungkin perlu untuk hadkan pengambilan biskut jika ada kondisi kencing manis kepada sekitar 2 atau 3 sajian sahaja dalam masa seminggu.

    Konklusinya, anda masih boleh ambil biskut jika ada diabetes dengan syarat ia tidak bawa bahaya!

    health-tool-icon

    Kalkulator BMI

    Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

    Lelaki

    Wanita


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Biscuits, https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/diabetes-food-myths/biscuits, Accessed Mar 15 2022.
    2. Rich Tea Biscuits, https://www.diabetes.co.uk/forum/threads/rich-tea-biscuits.10000/, Accessed Mar 15 2022.
    3. Sugar Free Sweets, Biscuits and Chocolates, https://www.gestationaldiabetes.co.uk/sugar-free/, Accessed Mar 15 2022.
    4. Diabetes Diet: Are Biscuits Good For You?, https://www.wellthy.care/diabetes-diet-biscuits/, Accessed Mar 15 2022.
    5. Can Diabetics Eat Biscuits, https://diabetestalk.net/diabetes/can-diabetics-eat-biscuits, Accessed Mar 15 2022.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 21/06/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
    Next article: