Hari Diabetes Sedunia disambut pada 14 November setiap tahun. Bersempena dengan sambutan ini, World Diabetes Foundation, menggalakkan orang ramai untuk berjalan kaki bagi mencegah dan mengawal kencing manis.
Tapi, mengapa berjalan kaki dipilih? Berjalan memang nampak ringan, namun ia merupakan satu senaman mudah yang boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat kerana memiliki banyak manfaat.
Menurut Pertubuhan Diabetes United Kingdom, rutin berjalan adalah sesuatu yang amat disarankan setiap hari terutamanya bagi pesakit diabetes di atas sebab-sebab berikut:
- Aktiviti mudah, boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja serta PERCUMA!
- Berjalan laju boleh meningkatkan stamina, membakar kalori dan meningkatkan kesihatan jantung
- Berjalan boleh membantu tubuh anda menggunakan insulin dengan lebih efektif
- Tidak terlalu membebankan sendi
- Mengurangkan paras tekanan serta gejala keresahan dan kemurungan
- Meningkatkan kualiti tidur
Nampak bukan? Betapa banyaknya manfaat berjalan dalam kehidupan kita. Jadi, tidak kira sama ada sempena Hari Diabetes Sedunia atau tidak, mari terapkan rutin senaman berjalan dalam kehidupan agar kita boleh memperoleh manfaatnya!
Apa Itu Global Diabetes Walk?
Sejak tahun 2004, World Diabetes Foundation menganjurkan Global Diabetes Walk pada setiap bulan November.
Kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat dunia untuk berjalan bagi mengurangkan risiko dan mengawal penyakit diabetes. Selain memberi kesedaran tentang pencegahan dan penyakit diabetes itu sendiri.
Acara berjalan kaki ini boleh dilakukan pada bila-bila masa di sepanjang bulan November, namun tarikh yang digalakkan adalah pada 14 November, sempena tarikh Hari Diabetes Sedunia.
Hello Doktor Dan Global Diabetes Walk 2022
Menurut pakar, Malaysia mempunyai bilangan pesakit diabetes tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi! Statistik yang membimbangkan ini menyedarkan kami bahawa masih ramai masyarakat di luar sana yang tidak ambil cakna tentang bahaya penyakit ini.
Selain menyediakan pelbagai info bermanfaat tentang gaya hidup sihat, pencegahan diabetes dan pengurusan penyakit diabetes, Hello Doktor Malaysia tidak ketinggalan dalam menyertai Global Diabetes Walk sempena Hari Diabetes Sedunia pada 14 November yang lalu.
Walaupun cuaca pada bulan November ini kurang baik, kerana hujan turun renyai-renyai pada hari tersebut, namun ia tidak mematahkan semangat para peserta.
Acara diadakan di Hiking Trail Taman Tugu, Kuala Lumpur itu berjaya ditamatkan dengan jumlah perjalanan sejauh 3km.
Ingatlah, pesakit diabetes hidup dalam kalangan kita. Mungkin ibu bapa, datuk nenek atau saudara mara kita. Jadi setiap individu bertanggungjawab menyebarkan kesedaran tentang diabetes dan pencegahannya.
Kesedaran Tentang Diabetes Sempena Hari Diabetes Sedunia
Bagi menyambut Hari Diabetes Sedunia, selain menyertai acara Global Diabetes Walk, pihak Hello Doktor turut mengambil inisiatif dalam menyampaikan lebih banyak maklumat tentang diabetes. Ini termasuk penjagaan diri, pencegahan dan tips bagi penjaga pesakit diabetes.
Maklumat menarik tentang diabetes ini boleh didapati di dalam laman spotlight diabetes kami.
Kami juga turut menjemput seorang pakar dari Universiti Putra Malaysia, Dr Nurul Iftida Mohd Basri yang juga merupakan salah seorang Panel Perubatan Hello Doktor untuk berkongsi tentang diabetes pada Hari Diabetes Sedunia yang lalu. Sebagai pakar sakit puan, beliau juga turut berkongsi tentang apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang menghidap diabetes sebelum hamil.
Rakaman live tersebut boleh ditonton melalui laman Facebook Hello Doktor.
Seterusnya, para pengguna laman sesawang kami juga boleh menggunakan pelbagai alat kesihatan untuk mengetahui risiko penyakit tertentu. Bagi pesakit diabetes, mereka boleh menggunakan alat Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes bagi mengetahui tahap pengurusan diabetes mereka.
Bagi yang tidak menghidap diabetes pula, ketahui risiko anda terhadap diabetes dengan menggunakan alat Ujian risiko pradiabetes di laman sesawang kami.
Sempena bulan kesedaran diabetes ini dan Hari Diabetes Sedunia, mari kita bersama sebarkan maklumat tentang diabetes. Kongsikan spotlight page kami, alat kesihatan atau video – kenali diabetes oleh pakar kami. Mencegah lebih baik dari mengubati!
[embed-health-tool-bmi]