backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kencing Manis Ketika Hamil, Kenali Tanda, Punca & Rawatan Yang Bersesuaian

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 17/08/2022

Kencing Manis Ketika Hamil, Kenali Tanda, Punca & Rawatan Yang Bersesuaian

Diabetes Gestasi adalah penyakit kencing manis ketika hamil yang bermula semasa minggu ke-24. Keadaan ini boleh mempengaruhi bagaimana sel menggunakan gula (glukos) dan menyebabkan peningkatan gula dalam darah yang berbahaya buat ibu serta bayi. 

Kebiasaannya, gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin, namun begitu anda masih berisiko untuk menghidap kencing manis jenis 2 selepas mengandung. 

Oleh itu, anda perlu selalu diperiksa doktor untuk mengawasi dan mengawal gula dalam darah.

Adalah digalakkan untuk wanita dengan kencing manis jenis 1 atau jenis 2 yang merancang untuk hamil berbincang dengan doktor sebelum mengandung.

Ini kerana diabetes gestasi yang tidak dikawal atau kurang terkawal boleh menyebabkan permasalahan kepada bayi. 

Diabetes gestasi merupakan komplikasi kehamilan yang kerap berlaku dalam satu daripada 10 wanita mengandung, terutamanya wanita obes. Namun, ini boleh diawasi dengan mengurangkan faktor risiko. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Simptom-simptom

Simptom kencing manis ketika hamil

kencing manis ketika hamil

Kencing manis ketika hamil tidak selalunya muncul sebarang simptom. Kebanyakan kes hanya dikesan ketika terdapat peningkatan gula dalam darah sewaktu ujian saringan.

Sebahagian wanita mungkin mendapat beberapa simptom jika gula dalam darah mereka meningkat terlalu tinggi, seperti:

  • Berasa haus
  • Kencing lebih kerap daripada biasa
  • Mulut kering
  • Cepat penat

Bagaimanapun, kebanyakan simptom berikut memang selalu berlaku sewaktu kehamilan dan tidak semestinya menunjukkan masalah kencing manis. Hubungi doktor anda, jika khuatir dengan sebarang simptom yang dialami. 

Punca

Punca diabetes gestasi

Insulin adalah hormon yang dihasilkan pankreas iaitu organ yang terletak di belakang perut. Ia membantu badan memanfaatkan glukos untuk tenaga dan mengawal kandungan gula dalam darah. Bagaimanapun, jika badan tidak menghasilkan insulin dengan mencukupi sewaktu kehamilan, ini menyebabkan diabetes gestasi.

Namun begitu, ada wanita hamil yang mengalami rintangan insulin semasa akhir kehamilan dan ada juga yang mengalaminya semasa awal mengandung terutamanya wanita yang mempunyai berat badan berlebihan.

Baca juga:

Faktor risiko

Faktor risiko diabetes gestasi

Terdapat banyak faktor risiko terhadap diabetes gestasi, termasuklah:

  • Berumur lebih 25 tahun
  • Mempunyai ahli keluarga atau saudara yang menghidap diabetes
  • Terlebih berat badan, terutamanya BMI 30 atau ke atas
  • Mengalami sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
  • Menghidap intoleransi glukosa
  • Mengambil ubat tertentu seperti glukokortikoid (untuk asma atau penyakit autoimun),  beta-blockers (untuk tekanan darah tinggi atau kadar jantung laju) atau ubat antipsikotik (untuk masalah penyakit mental)
  • Pernah mengalami diabetes gestasi sebelum ini
  • Mengalami kehamilan dengan bayi yang besar sebelum ini

Diagnosis dan Rawatan

Diagnosis

kencing manis ketika hamil

Sewaktu temu janji antenatal anda yang pertama, ketika minggu ke-8 hingga minggu ke-12 kehamilan,  doktor akan bertanyakan beberapa soalan untuk menentukan risiko anda menghidap kencing manis ketika hamil.

Jika anda mempunyai satu atau lebih faktor risiko, ujian saringan akan dijalankan, termasuklah:

Ujian cabaran gula awal (Initial glucose challenge test)

  • Anda akan minum air gula dan kandungan gula dalam darah akan diukur selepas satu jam 
  • Kandungan gula bawah: 130 hingga 140 (mg/dL), atau 7.2 to 7.8 (mmol/L), dianggap normal
  • Jika kandungan gula tinggi daripada normal, ini bermakna anda mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap diabetes gestasi. Anda mungkin memerlukan ujian toleransi glukosa (glucose tolerance test) untuk menentukan jika anda mempunyai keadaan ini.

Ujian toleransi glukosa lanjut (Follow-up glucose tolerance testing)

  • Anda akan berpuasa semalaman, kemudian kandungan gula dalam darah akan diukur 
  • Bacaan gula dalam darah akan diuji setiap dua jam 
  • Jika terdapat sekurang-kurangnya 2 bacaan gula yang lebih tinggi daripada normal, anda akan didiagnosis dengan diabetes gestasi.

Bagaimana pesakit kencing manis ketika hamil dirawat?

Merawat diabetes gestasi dapat membantu anda dan bayi kekal sihat. Matlamat rawatan adalah untuk membantu anda mencapai target bacaan gula dalam darah dengan cara:

Gaya hidup & rawatan sampingan

Apa yang perlu dilakukan jika menghidap kencing manis ketika hamil?diabetes gestasi

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani kencing manis ketika hamil: 

  • Diet yang sihat: pilih makanan yang tinggi dengan serat dan rendah lemak. Utamakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Usahakan untuk mempelbagaikan jenis makanan bagi mencapai target tanpa mengabaikan rasa atau nutrisi.
  • Kekal aktif: berjalan pantas setiap hari, kayuh basikal atau bersenam 30 minit sehari. Jika anda tidak mempunyai kelapangan melakukan senaman selama 30 minit sehari, lakukan sesi senaman singkat beberapa kali sehari.
  • Turunkan berat badan sebelum kehamilan: menurunkan berat badan sebelum kehamilan dapat membantu anda menjalani kehamilan yang lebih sihat. Motivasikan diri dengan mengingati faedah jangka masa panjang jika menurunkan berat badan, seperti jantung yang lebih sihat dan menambah tenaga.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan selanjutnya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 17/08/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan