backup og meta

Sakit Jantung Dan Kencing Manis

Sakit Jantung Dan Kencing Manis

Sakit jantung dan kencing manis adalah penyakit yang sangat popular di Malaysia. Dua penyakit ini adalah termasuk dalam kalangan penyakit non-communicable disease (NCD). Ia adalah kumpulan penyakit tidak berjangkit.

NCD menunjukkan angka yang tinggi di negara-negara maju.

Kencing manis meningkatkan risiko penyakit jantung

Dalam jangka masa panjang, gula yang tinggi di dalam darah akan merosakkan salur darah serta urat saraf yang mengawal jantung dan salur darah. Semakin lama tempoh diabetes, semakin tinggi risiko mendapat sakit jantung.

Pesakit diabetes juga cenderung mengalami diabetes pada usia lebih mudah. Malah, pesakit diabetes adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk mati disebabkan penyakit jantung atau strok.

Kencing manis dan penyakit jantung tidak akan dapat dipisahkan.

Apa lagi yang meningkatkan risiko penyakit jantung bagi pesakit kencing manis?

Merokok. Bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok meningkatkan risiko penyakit jantung. Diabetes dan merokok, kedua-duanya menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Selain penyakit jantung, merokok juga menyebabkan pelbagai penyakit paru-paru.

Tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah keluar daripada jantung. Darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, strok, masalah buah pinggang dan mata.

Kadar kolesterol tinggi. Terdapat dua kolesterol utama, iaitu LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik). Kadar LDL yang tinggi meningkatkan risiko sakit jantung.

Obesiti. Selain meningkatkan risiko kencing manis, obesiti sendiri menyumbang kepada penyakit lain termasuk sakit jantung.

Sejarah sakit jantung di dalam keluarga. Faktor genetik turut memainkan peranan dalam sakit jantung. Jika ada ahli keluarga anda mengalami sakit jantung sebelum berumur 50 tahun, anda mungkin lebih berisiko tinggi mendapat sakit jantung.

Macam mana ingin mengurangkan risiko sakit jantung?

1. Kawal kencing manis

Dapatkan pemeriksaan berkala doktor untuk memantau gula darah anda. Ambil ubat-ubatan, jika perlu, mengikut apa yang dipreskrip oleh doktor.

2. Amalkan gaya hidup sihat

Pemakanan adalah faktor yang penting dalam kesihatan jantung. Lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan makanan bergaram dan berlemak.

Jangan lupa untuk bersenam 3 kali seminggu dengan setiap sesi selama satu jam. Senaman membantu menguatkan jantung dan mengurangkan risiko sakit jantung.

3. Elakkan stres

Tekanan sama ada di tempat kerja atau di rumah perlu diuruskan. Stres boleh menyebabkan darah tinggi dan masalah jantung. Cuba kawal stres anda untuk mendapatkan jantung yang sihat.

4. Ambil ubat-ubatan yang sepatutnya

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor hendaklah diambil dengan betul. Ini adalah penting untuk mengelakkan penyakit jantung anda menjadi semakin teruk. Jangan berhenti mengambil ubat melainkan diarahkan oleh doktor.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

National Institut of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK). Diabetes, Heart Disease and Stroke. Dimuat turun daripada https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/heart-disease-stroke.

Versi Terbaru

17/04/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew

Diperbaharui oleh: Dr Rizan Nasir


Artikel Berkaitan

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!

Hipoglisemia Di Tempat Kerja, Ini Bahaya Gula Darah Rendah Pada Para Pekerja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Chooi Kheng Chiew

Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan