Tip Uruskan Kehidupan Untuk Ibu Bapa Tunggal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 31/12/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Pada masa kini, kita dapat melihat peningkatan keluarga tunggal yang ketara. Membesarkan, menjaga kesihatan dan membahagiakan anak bukanlah satu tugasan mudah. Berikut dikongsikan beberapa tip untuk ibu bapa tunggal.

Masalah yang dihadapi ibu bapa tunggal?

Terdapat beberapa masalah dan isu yang hanya dihadapi oleh ibu bapa tunggal. Pertamanya, hidup tanpa bantuan pasangan, setiap masalah kelihatan berganda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua tugasan yang melibatkan penjagaan anak setiap hari. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan.

Ada masanya, tekanan membuatkan anda merasakan bahawa anda tidak dapat menjaga anak anda dengan betul. Malahan, terdapat ramai ibu bapa tunggal yang berdepan dengan masalah kewangan tidak stabil.

Masalah lain yang sering dihadapi ialah anak-anak yang hidup bersama ibu bapa tunggal adalah mereka tidak mempunyai model peranan ibu atau bapa ketika mereka membesar.


Bagaimana berdepan cabaran ini?

  1. Tunjukkan kasih sayang

Belajar cara yang betul untuk memuji anak anda apabila mereka berjaya melakukan sesuatu dengan baik. Sentiasa cuba untuk menyokong mereka dalam apa juga yang dilakukan dalam kehidupan seharian dan pastikan anda sentiasa bertanya tentang apa yang mereka lakukan setiap hari, bermain dengan mereka atau memeluk mereka ketika mereka tidur.

  1. Dapatkan pengasuh yang baik

Jika anda sibuk dengan kerja, carilah pengasuh yang berkelayakan dan boleh dipercayai untuk menjaga anak anda. Atau anda mungkin boleh meminta bantuan daripada ibu bapa atau keluarga yang dipercayai jika anda sukar untuk memberi kepercayaan kepada individu asing untuk menjaga anak kecil anda.

  1. Wujudkan peraturan

Untuk mengajar anak anda tentang peranan dan tugasan mereka di rumah, berikan penerangan mengenai peraturan rumah dan apa yang anda harapkan. Sebagai contoh, mereka perlu menghormati individu dewasa yang lebih tua dan bersikap lemah lembut kepada individu lebih muda. Disiplin yang konsisten adalah penting, terutama jika anak anda masih kecil.

  1. Berhenti menyalahkan diri

Menjadi ibu atau bapa tunggal bukan kesalahan anak anda mahupun anda. Jadi berhenti menyalahkan diri sendiri atau membebankan anak atas keputusan yang telah anda buat.

  1. Menjaga diri sendiri

Dengan menjaga diri sendiri, bermakna anda juga mempunyai tenaga yang cukup membesarkan anak anda. Cuba untuk seimbangkan tugasan kerja, waktu rehat, pemakanan yang sihat dan dapatkan tidur yang cukup.

  1. Belajar dari ibu bapa tunggal lain

Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dari ibu bapa tunggal lain tentang cara membesarkan anak. Anda boleh sertai kumpulan ibu bapa tunggal di rangkaian sosial atau mungkin dapatkan bantuan daripada perkhidmatan sosial. Bertanya pada kawan dan keluarga atau sesiapa sahaja yang anda percayai.

  1. Bersikap terbuka

Kebanyakan ibu bapa tunggal adalah berlaku kerana perceraian. Jika anda rasakan ia adalah masa yang sesuai, ambil masa untuk bercakap dengan anak tentang perceraian ini. Dengarkan luahan dan perasaan mereka serta jawablah pertanyaan mereka sejujurnya. Elakkan untuk berkata sesuatu yang negatif tentang bekas pasangan anda. Anak anda akan sentiasa memerlukan kedua ibu bapa dalam hidupnya, tidak kira apa yang berlaku antara anda berdua.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Cabaran Hidup Sebagai Ibu Bapa Tunggal Yang Mungkin Kita Tidak Tahu!

    Tahukah anda, cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa tunggal sememangnya berbeza dengan keluarga biasa. Apakah cabaran tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 21/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    isu-kewangan-ibu-bapa

    Masalah Perbelanjaan? Ini Tip Berguna Buat Single Parents

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/10/2019 . 2 minit bacaan
    meneruskan kehidupan sebagai ibu bapa tunggal

    Ibu Bapa Tunggal: Bagaimana Meneruskan Kehidupan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/04/2019 . 3 minit bacaan
    tekanan sebagai ibu bapa tunggal

    Atasi Tekanan Sebagai Ibu Bapa Tunggal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/04/2019 . 3 minit bacaan
    Tip Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

    Tip Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/03/2019 . 5 minit bacaan