backup og meta

Mengapa Setiap Kanak-Kanak Perlukan Binatang Peliharaan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

    Mengapa Setiap Kanak-Kanak Perlukan Binatang Peliharaan

    Kajian menunjukkan hubungan manusia-binatang akan mendatangkan faedah kepada perkembangan anak-anak, termasuklah fizikal, emosi dan kesihatan sosial. Kajian juga telah membuktikan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau ketidakupayaan untuk membaca telah menunjukkan peningkatan apabila berinteraksi dengan binatang. Malahan kanak-kanak yang sihat juga bermanfaat dengan mempunyai kucing ataupun anjing. Hujah-hujah di bawah ini akan menjadikan anda bersetuju dengan membiarkan anak anda mempunyai binatang peliharaan.

    Bolehkah binatang peliharaan membantu anak anda membaca?

    Sebuah program membaca kepada binatang peliharaan telah dijalankan dengan membiarkan kanak-kanak membaca buku kepada anjing mereka. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan pembacaan menjadi lebih menyeronokkan dengan mempunyai anjing mereka sebagai pendengar. Mereka tidak akan berasa tertekan seperti membaca di hadapan guru mereka. Dengan pengalaman ini, kanak-kanak akan memantapkan kemahiran membaca mereka. Kanak-kanak yang gagap juga telah menunjukkan peningkatan daripada program sebegini.

    Binatang peliharaan boleh mengurangkan alahan kanak-kanak

    Banyak pihak yang beranggapan bahawa mempunyai binatang peliharaan adalah sebab mengapa alahan dalam kalangan kanak-kanak terjadi. Akan tetapi, beberapa kaji selidik telah menunjukkan wanita mengandung dan bayi yang terdedah kepada binatang peliharaan sebenarnya adalah kurang alahan terhadap binatang peliharaan dan alergen lain berbanding mereka yang tidak terdedah.

    Meningkatkan tahap kesihatan emosi anak

    Kajian menunjukkan mempunyai binatang peliharaan boleh mengurangkan tekanan dan rasa gemuruh dalam diri kanak-kanak lebih daripada apa yang kita fikirkan. Selain itu juga, binatang peliharaan boleh mendidik rasa kekitaan, mengurangkan rasa kesunyian, dan menggalakkan rasa kesefahaman. Binatang peliharaan juga tidak akan menghukum, mentertawakan atau mempermainkan kanak-kanak apabila mereka melakukan kesilapan. Dengan ini, kanak-kanak boleh membina harga diri dan keyakinan dengan bermain bersama-sama binatang peliharaan. Tambahan pula, persahabatan di antara binatang peliharaan dan kanak-kanak boleh memberi kesan positif terhadap hubungan sosial yang akan dialami oleh kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak autisme juga mendapat manfaat besar daripada bermain dengan binatang peliharaan.

    Pengajaran yang diajar oleh binatang peliharaan kepada kanak-kanak

    Dalam sebuah kajian terbaru, kanak-kanak boleh meningkatkan keupayaan kognitif yang berhubung kait dengan akibat sesuatu perbuatan dan cara berfikir melalui bermain dengan haiwan peliharaan mereka. Selain itu juga, mempunyai haiwan peliharaan akan mendidik mereka banyak pengajaran mengenai kehidupan, termasuklah kesefahaman, belas kasihan dan bagaimana untuk berkawan secara positif. Tambahan pula, apabila menjaga haiwan peliharaan, kanak-kanak boleh belajar tentang kecekapan diri, dan tanggungjawab apabila mereka membesar.

    Manfaat fizikal kepada kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan

    Sesetengah kanak-kanak enggan melakukan aktiviti luar, dan inilah peluangnya untuk menarik minat golongan ini. Apabila keluar bersama-sama haiwan peliharaan, kanak-kanak akan berasa lebih bersemangat untuk menjadi aktif. Mempunyai haiwan peliharaan juga boleh memberi impak positif kepada keseluruhan ahli keluarga. Haiwan peliharaan merupakan ahli keluarga yang boleh membawa keharmonian kepada ahli keluarga, kegembiraan dan menjadi vitamin kepada kanak-kanak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan