Kanak-kanak mungkin bertindak balas terhadap rawatan dalam cara yang berbeza. Demikiannya, ia adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada golongan profesional (doktor, pakar kanak-kanak) untuk memastikan rawatan yang diberikan adalah bermanfaat, dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
Dan sentiasa beringat, kanak-kanak autisme masih boleh dijangkiti penyakit lain, atau tercedera seperti kanak-kanak yang bukan autisme. Maka, mereka memerlukan perhatian terhadap tahap kesihatan seperti kanak-kanak lain. Mereka perlu berjumpa dengan doktor dan doktor gigi mengikut jadual. Walaupun begitu, simptom autistis ini mungkin akan menjadi penghalang. Sebagai contohnya, mereka tidak mahu bercakap dengan doktor, atau mereka tidak boleh duduk dengan tenang di atas kerusi doktor gigi. Di dalam kes sebegini, kesihatan mental dan fizikal haruslah dipantau.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen