Lindungi Anak Anda Dari Pemangsa Seksual

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Semua ibu bapa pastinya mahu anak-anak mereka sentiasa selamat dalam apa jua situasi. Namun, ibu bapa sering terlupa atau menganggap ia adalah satu isu remeh untuk mengajar anak-anak tentang keselamatan atau perihal tubuh badan. Ada yang beranggapan bahawa ia masih terlalu awal untuk perkara seperti itu.

Menurut laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC), 1 daripada 6 kanak-kanak dan individu lelaki dan 1 daripada 4 kanak-kanak dan individu perempuan menjadi mangsa serangan seksual di bawah usia 18 tahun.

Untuk melindungi anak anda, adalah penting untuk mengajar mereka untuk melindungi diri mereka daripada serangan seksual pada usia muda.

Bercakap dan mengajar tentang bahagian tubuh

Jangan malu untuk bercakap dengan anak-anak mengenai bahagian badan. Anda perlu menamakan setiap bahagian badan dengan jelas serta sebutan yang betul dan pastikan anak-anak anda mengingati semua bahagian ini.

Ajar bahagian intim

Selepas mengajar mengenai bahagian badan, anda perlu menerangkan tentang bahagian-bahagian bersifat intim, tidak boleh dilihat atau disentuh individu lain. Anda juga perlu menerangkan bahawa ibu bapa boleh melihat mereka tanpa pakaian, tetapi hanya untuk membantu mereka berpakaian atau mandi.

Ajarkan batasan tubuh

Pemangsa biasanya akan melakukan gangguan seksual dengan meminta kanak-kanak menyentuh bahagian intim mereka. Oleh itu, ajarkan kepada anak anda bahawa mereka tidak boleh melihat atau menyentuh bahagian intim individu lain.

Tiada rahsia tubuh

Terangkan kepada anak anda bahawa tiada istilah rahsia. Ini kerana apabila gangguan seksual berlaku, kebanyakan pemangsa akan menggunakan istilah rahsia untuk memanipulasi atau mengugut kanak-kanak.

Sebagai contoh, “Saya suka bermain dengan anda, tetapi jika anda memberitahu individu lain tentang permainan kita, mereka tidak akan membenarkan saya untuk datang lagi”, atau “Ini adalah rahsia kita. Sekiranya anda memberitahu sesiapa, saya akan memberitahu mereka ia adalah idea anda dan anda akan mendapat masalah besar!”.

Pastikan anak anda tahu bahawa rahsia tubuh adalah tidak baik dan mereka boleh berkongsi dengan anda tanpa dihukum. Selain itu, ajar kepada anak anda, jika mereka melihat kanak-kanak lain disentuh seseorang individu, mereka tidak harus mendiamkannya.

Tidak boleh ambil gambar

Ajarkan kepada anak anda bahawa tiada sesiapa boleh mengambil gambar bahagian intimnya. Pemangsa bijak memanipulasi kanak-kanak dengan mengumpan gula-gula atau wang untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak dan kemudian mengambil gambar bahagian intim.

Keluar dari situasi menakutkan

Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mengatakan “tidak” terutama apabila ia berkaitan dengan rakan-rakan atau individu dewasa yang lebih berusia. Penting untuk menerangkan kepada anak anda bahawa mereka dibenarkan untuk mengatakan “tidak” dan meninggalkan situasi yang membuatkan mereka berasa tidak selesa. Ajarkan beberapa alasan mudah untuk keluar dari situasi menakutkan seperti mereka ingin ke tandas.

Kod khas

Ia sesuai jika anak anda sudah besar dan boleh memahami sepenuhnya tentang keadaan sekelilingnya. Cari beberapa kod kata yang mudah dan ajarkan kepada anak anda untuk menggunakannya untuk memberitahu anda apabila mereka merasa tidak selamat dan mahu dijemput. Anda dan anak anda boleh mempraktikkannya dalam senario tertentu di rumah.

Istilah betul

Sesetengah buku panduan menggunakan istilah “sentuhan baik dan sentuhan buruk”. Namun sentuhan yang tidak sepatutnya berlaku seringkali tidak menyakitkan. Jadi ia akan mengelirukan kanak-kanak. Ajar mereka istilah “sentuhan rahsia” atau “sentuhan intim” untuk menerangkan tentang sentuhan ke bahagian intim.

Peraturan untuk semua

Banyak kes gangguan seksual berlaku dalam kalangan ahli keluarga, saudara, guru, jiran dan rakan-rakan. Jadi jangan berikan bayangan dengan imej “lelaki jahat” atau kartun. Ajarkan kepada mereka semua peraturan yang anda ajar adalah terpakai kepada semua individu, selain ibu dan ayah.

Tips yang diberikan mungkin tidak dapat melindungi semua kanak-kanak dari gangguan seksual. Tetapi dalam beberapa kes, ia sedikit sebanyak dapat membantu. Sentiasa ulang tips ini berkali-kali ketika bercakap dengan anak anda dan sebarkan kepada keluarga serta individu di sekeliling anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Serangan Dan Gangguan Seksual

    Serangan dan penderaan seksual adalah jenayah serius yang mesti dihentikan dan dicegah kerana ia menjejaskan kehidupan individu yang menjadi mangsa dengan cara yang sangat negatif. Artikel di bawah akan memberi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Proses Pemulihan Selepas Serangan Seksual

    Bagi individu yang mengalami serangan seksual, mereka memerlukan masa untuk proses pemulihan dan ia mungkin mengambil masa minggu, bulan, atau mungkin bertahun. Perbezaan masa ini bergantung kepada individu. Artikel ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Gurauan Berbau Lucah Pun Satu Gangguan Seksual, Jangan Gurau Berlebihan!

    Gurauan berbau lucah atau memaksa individu lain keluar dengan anda, walaupun selepas ditolak juga salah satu contoh gangguan seksual tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Bermain Cinta Atau Gangguan Seksual?

    Sewaktu kebangkitan feminisme, orang ramai mula memberikan perhatian tentang perbezaan gangguan seksual dan bermain cinta (flirtation). Walaupun topik ini kerap muncul, perbezaan antara gangguan seksual dan bermain ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 31/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan seksual

    Jangan Ambil Mudah Isu Gangguan Seksual, Ia Mungkin Akan Sebabkan Perkara Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/07/2020 . 3 minit bacaan
    aksi seks

    Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan

    Dapat Tahu Rakan Anda Mangsa Rogol? Ini 7 Perkara Anda Boleh Buat Untuk Bantunya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/02/2019 . 2 minit bacaan
    gangguan dan serangan seksual

    Gangguan Dan Serangan Seksual: Fahami Emosi Mangsa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/01/2019 . 3 minit bacaan