Kencing Malam dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah: Apa Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah kencing malam adalah perkara normal yang berlaku terutama kepada kanak-kanak yang sedang belajar untuk bercerai lampin. Ia juga amat biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak usia prasekolah, dengan memberi kesan kepada 40 peratus kanak-kanak yang berusia tiga tahun. Walau bagaimanapun, kencing malam semakin kurang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang sudah bersekolah, iaitu 20 peratus kanak-kanak usia lima tahun, 10 peratus kanak-kanak enam tahun dan 3 peratus dalam kalangan kanak-kanak usia 12 tahun.

Rahsia di sebalik masalah kencing malam

Kencing malam membuatkan keadaan menjadi sulit bukan sahaja buat kanak-kanak, bahkan juga ibu bapa sendiri. Jika anak anda berasa teruk kerana kencing malam, anda seharusnya menenangkan mereka. Bukan anak anda sahaja yang berhadapan dengan masalah kencing malam. Sebaliknya, 90 peratus kanak-kanak berfikir hanya mereka sahaja yang mengalami masalah kencing malam.

Walaupun sepatutnya anak anda sudah boleh mengawal pundi kencing mereka pada waktu malam kerana mereka sudah semakin besar, namun sebenarnya setiap kanak-kanak akan menguasai masalah ini pada usia yang berbeza. Faktor-faktor yang mempengaruhi umur di mana kencing malam dianggap sebagai satu masalah, adalah seperti di bawah:

  • Jantina kanak-kanak: Kencing malam adalah lebih biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki.
  • Perkembangan dan kematangan kanak-kanak.
  • Keseluruhan kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak. Penyakit kronik dan/ atau penderaan fizikal dan emosi mungkin juga menyebabkan kanak-kanak kencing malam.

Penyebab kencing malam

Punca kencing malam mungkin disebabkan satu atau gabungan penyebab di bawah:

  • Pundi kencing anak anda tidak boleh menahan urin mereka semalaman. Walaupun saiz pundi kencing sebenar kanak-kanak mungkin normal, namun semasa tidur, ia akan menghantar isyarat lebih awal jika ia sudah penuh. Dan, berkemungkinan juga anak anda menghasilkan sejumlah besar urin semasa waktu petang dan malam. Ini mungkin ada kena-mengena dengan hormon anti-diuresis (ADH) – satu hormon yang mengatur pengeluaran air kencing.
  • Anak anda seorang yang tidur mati. Kajian mengesahkan bahawa terdapat hubungan antara tidur mati dan kencing malam. Sesetengah kanak-kanak yang tidur mati, otak mereka tidak mendapat isyarat yang pundi kencing mereka telah penuh.
  • Tabiat tandas siang hari anak anda lemah. Kebanyakan kanak-kanak selalunya mengabaikan desakan untuk membuang air kecil dan menahan untuk membuang air selama mungkin. Ibu bapa seharusnya mengenali tanda-tanda anak sedang menahan untuk membuang air kecil seperti menyilangkan kaki, muka menegang, meliuk-lentok, mencangkung, dan mengunci paha.
  • Anak anda makan terlalu banyak sebelum waktu tidur, atau mengalami sembelit. Usus penuh akan menekan pundi kencing dan boleh menyebabkan pengecutan pundi kencing tidak terkawal, semasa bangun tidur ataupun semasa tidur.

Bolehkah kencing malam menjadi tanda masalah kesihatan lain?

Kencing malam boleh menjadi petanda kepada masalah emosi atau perubatan tersembunyi lain. Kanak-kanak yang mengalami kencing malam adalah lebih cenderung untuk mengalami simptom-simptom lain, seperti kencing pada siang hari. Kencing malam juga adalah isyarat kepada sesetengah keadaan perubatan lain seperti:

  • Jangkitan saluran kencing: Kerengsaan pundi kencing yang berlaku boleh menyebabkan kesakitan atau keradangan semasa ingin membuang air, rasa ingin membuang air kecil yang keterlaluan, dan kerap membuang air kecil. Jangkitan saluran kencing dalam kalangan kanak-kanak boleh menunjukkan masalah lain, seperti ketidaknormalan anatomi.
  • Diabetes: Individu yang menghidap diabetes atau kencing manis mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi. Tubuh akan meningkatkan pengeluaran air kencing untuk cuba mengelakkan gula. Kerap membuang air kecil adalah gejala biasa bagi mereka yang menghidap diabetes.
  • Ketidaknormalan struktur atau anatomi: Ketidaknormalan dalam organ, otot, atau saraf yang terlibat dalam urinasi boleh menyebabkan masalah kencing atau inkontinens yang boleh muncul sebagai kencing malam.
  • Masalah saraf: Ketidaknormalan dalam sistem saraf, atau kecederaan atau penyakit sistem saraf, boleh merosakkan keseimbangan neurologi yang berfungsi mengawal air kencing.
  • Masalah emosi: Kehidupan di rumah yang penuh dengan tekanan, seperti ibu bapa yang berada dalam konflik, kadangkala juga boleh menyebabkan kanak-kanak untuk kencing malam. Perubahan besar, seperti mula bersekolah, mendapat adik baru, atau berpindah ke rumah baru, adalah stres lain yang juga boleh menyebabkan kencing malam. Kanak-kanak yang didera secara fizikal mahupun seksual juga akan mula menunjukkan kencing malam.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Sahaja Berdiri, Postur Badan Ketika Duduk & Tidur Juga Penting Untuk Tulang!

    Postur tubuh badan perlulah betul setiap masa tidak kira berdiri, duduk atau tidur bagi mengelakkan sakit belakang, Bagaimana? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Sakit Otot, Tulang / Otot 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

    Komitmen hidup seperti bekerja, aktiviti riadah mahupun hiburan mungkin boleh mengganggu jam tidur anda dan menjadikannya tidak konsisten.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

    Sekiranya kalian fikir faraj hanya akan basah ketika mengalami syahwat, anda silap! Mari ikuti 'kelas kesihatan' faraj ini bersama kami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

    Mungkin ramai yang faham dan alami masalah pancut awal ini. Namun tahukah anda berapa lama tempoh ejakulasi pramatang? Jom ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jenis alahan

    7 Barang Di Rumah Yang Boleh Jadi Punca Alahan! Jaga-Jaga, Kondom Turut Tersenarai!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    Cara merawat radang paru paru

    Kena Tahu, Penyakit Radang Paru-paru Mungkin Akan Sebabkan 6 Komplikasi Serius Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit saraf multiple sclerosis

    Sukar Orgasme & Selalu Rasa Penat? Ini Tanda Awal Wanita Muda Alami Sakit Saraf MS!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    buang rahim

    Sudah Buang Rahim, Tapi Risiko Kanser Ovari Masih Ada! Ini Penjelasannya…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan