Minggu demi minggu

Kalau Tak Mahu 3 Virus Ini Terkena Pada Bayi, JANGAN Biar Mereka Dicium Sesuka Hati!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Semua bayi dilahirkan comel, justeru, kita tidak dapat menghalang diri kita daripada menyentuh dan menggomol bayi. Malangnya, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan ini boleh membahayakan kesihatan bayi baru lahir. Berikut 3 penyakit paling lazim yang boleh menjangkiti bayi jika dia sering dicium pada bahagian bibirnya.

Mononucleosis (“Penyakit mencium” atau “Mono”)

Mononucleosis ditafsirkan sebagai penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perpindahan air liur yang mengandungi virus Epstein-Barr viruses (EBV). Pendedahan paling biasa kepada penyakit ini adalah melalui tindakan mencium. Namun, pesakit juga boleh mendapat virus ini melalui seseorang yang mengalami batuk, bersin atau berkongsi perkakas makanan dengan orang yang dijangkiti.

Walaupun mononucleosis tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Antara komplikasinya termasuklah:

+ Pembesaran limpa – organ kecil berdekatan dengan perut yang bertanggungjawab kepada kualiti sel darah. Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin memerluakn pembedahan kerana ia boleh menyebabkan limpa pecah.
+ Masalah hati  – pesakit boleh menderita sama ada Hepatitis (radang hati sederhana) atau Jaundis (kulit dan mata bertukar kuning)

Komplikasi biasa lain seperti anemia, masalah jantung, thrombocytopenia (kurang platelet dalam darah) atau bengkak tonsil sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Virus kayap bunga (HSV):

Herpes ataupun kayap adalah satu jangkitan kronik yang disebabkan apabila salah satu 1 dalam 2 jenis virus yang berkait rapat memasuki kulit dalam kawasan tertentu:

+ Virus kayap bunga jenis 1 (HSV-1) kebanyakannya dihantar melalui hubungan oral. Ia boleh menyebabkan kayap oral.
+ Virus kayap bunga jenis 2 (HSV-2) kebanyakannya dihantar melalui hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kayap genital (bahagian intim).

Jika bayi baru lahir anda dicium pada mulut, dia mungkin akan mendapat jangkitan kayap bunga jenis 1 dan kayap oral – keadaan di mana berlaku lepuh kecil yang menyakitkan (juga dikenali lepuh sejuk) mula merebak pada bahagian bibir, gusi, lidah, dan dalam mulut bayi.
Kayap ini tidak membawa maut kepada orang dewasa. Bagaimanapun, ia boleh mengancam nyawa bayi baru lahir memandangkan sistem ketahanan tubuh mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Virus ini boleh menyerang teruk tubuh mereka, menyebabkan komplikasi seperti encephalitis (radang otak) dan keratitis (radang mata).

Pereputan gigi awal

Mencium bayi pada mulutnya boleh menyebabkan mereka mendapat kaviti semasa peringkat awal alam kanak-kanak mereka. Ini kerana orang dewasa boleh memindahkan bakteria yang disebabkan kaviti seperti Streptococcus mutans melalui air liur mereka ke dalam mulut bayi. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan daripada meniup makanan bayi mereka kerana ini juga adalah cara pemindahan air liur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 14/11/2018 | Kali terakhir kemaskini: 02/04/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

cermin mata penutup mulut

Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
Test Image Upload

Test Image Upload

Ditulis oleh Billy Tran
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 1 minit bacaan
bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
menyanyi dan menari

Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

Jangan terkejut jika ada orang yang pekak sebelah telinga sahaja kerana ia memang boleh terjadi. Jom kita baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

Boleh ke rawat buasir dengan memecahkan bonjolan bagi menghilangkan rasa sakit? Bagaimana dengan risiko jangkitan, adakah ia berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada 6 Jenis Obesiti Yang Berbeza! Kalau Nak Mudah Rawat Masalah Ini, Kena Tahu Setiap Jenis

Tahukah anda, ada 6 jenis obesiti mengikut kajian pakar? Menurut mereka, kajian ini dapat membantu pesakit turun berat badan dengan lebih baik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Obesiti 21/09/2020 . 4 minit bacaan