backup og meta

Apa Itu Mono (Mononukleosis), Adakah Sejenis Penyakit Kelamin?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2022

    Apa Itu Mono (Mononukleosis), Adakah Sejenis Penyakit Kelamin?

    Rasanya ramai yang sudah pernah terdengar atau terbaca mengenai mononukleosis (mono) namun masih belum tahu apa itu mono yang sebenarnya.

    Apa yang lebih menakutkan adalah kondisi ini dipercayai boleh berjangkit dari satu individu ke individu lain melalui kontak termasuklah ketika bercium.

    Persoalannya, adakah ia salah satu penyakit jangkitan seksual (STD)? Jom teruskan membaca!

    Apa itu mono?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, mononukleosis adalah sejenis penyakit berjangkit yang umum dan biasa menyerang golongan remaja dan dewasa.

    Bagi kebanyakan individu yang dijangkiti, kondisi ini mungkin tidak akan menjadi begitu serius kerana ia boleh datang dan pergi seiring waktu berjalan.

    Sekiranya ia berlaku kepada anda, antara simptom yang mungkin muncul termasuklah:

    Jika dibiarkan, maka mungkin akan muncul simptom yang lebih berbahaya seperti limfa noda pada ketiak atau leher serta pembengkakan organ hati.

    Simptom yang akan menjejaskan urusan sama ada di tempat kerja atau sekolah ini dipercayai mungkin boleh sembuh dalam masa 2 ke 4 minggu lamanya.

    apa itu mono

    Apa punca mono?

    Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, apa itu mono adalah sejenis penyakit yang boleh berjangkit akibat jangkitan mikroorganisme.

    Mikroorganisme yang dipercayai menjadi dalang utama kepada apa punca mono adalah Epstein-Barr Virus (EBV), sejenis virus dari strain herpes.

    Namun, wujud juga virus-virus lain yang turut mungkin boleh jadi punca mononukleosis:

    • Adenovirus
    • Cytomegalovirus
    • Rubella
    • Toxoplasmosis
    • Herpes simplex virus (HSV)
    • Human immunodeficiency virus (HIV)
    • Hepatitis A, B dan C

    Kebiasaannya, individu tersebut mungkin akan dijangkiti dengan apa itu mono sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, namun ia masih boleh kembali semula.

    Jika anda dijangkiti virus-virus di atas tadi, anda mungkin berisiko membuat ia tersebar kepada orang lain melalui kontak termasuklah ketika bercium.

    Ia boleh berjangkit lebih daripada sekali?

    Sebenarnya, mungkin tidak. Seperti mana yang kami kata di atas tadi, individu cenderung untuk berjangkit dengan penyakit mono sekali seumur hidup sahaja.

    Pun begitu, masih ada kes jarang berlaku di mana virus ini kembali aktif walaupun tiada sebarang simptom yang ditunjukkan pada luaran tubuh badan.

    Ini mungkin disebabkan oleh sistem imun tubuh badan individu yang lemah angkara:

    Oleh itu, sila lebih berwaspada dengannya walaupun anda pernah dijangkiti kerana ia masih berisiko tersebar kepada individu di sekeliling anda.

    apa itu mono

    Adakah mono salah satu STD?

    Secara teknikalnya, ya, mononukleosis adalah salah satu daripada penyakit jangkitan kelamin namun bukan semua kes boleh dikategorikan sebagai STD.

    Ini kerana virus-virus penyebab mono seperti EBV ini boleh disebarkan melalui perkongsian cecair dalam tubuh badan seperti air liur dan juga darah.

    Apa yang menjadikan ia sebagai salah satu daripada penyakit jangkitan kelamin adalah di mana ia juga boleh tersebar melalui seks yang tidak selamat.

    Ini bermakna cecair dari alat sulit seperti air kencing atau air mani juga mampu menyebarkan virus-virus mono sekali gus menjangkiti pasangan anda.

    Selain itu juga, apa punca mono yang lain termasuklah berkongsi makanan, minuman, berciuman atau bersentuhan jika virus itu masih ada di sekitar.

    Bagaimana cara untuk mencegahnya?

    Sekiranya ia disebabkan oleh kontak rapat sama seperti kondisi berjangkit yang lain, apa yang anda perlu lakukan adalah mengelak daripada mendekati individu berjangkit.

    Untuk lebih khusus, anda mungkin perlu mengelak daripada berkongsi makanan, minuman, berciuman, bersentuhan atau berada dekat dengan mereka.

    Ini kerana ia masih boleh tersebar sekiranya individu dijangkiti itu bersin atau batuk berdekatan anda lantas membuat virus-virus itu melekat.

    Dalam pada itu, sentiasa cuba untuk meningkatkan tahap sistem imun tubuh badan anda bagi membuat ia lebih bersedia untuk melawan jangkitan.

    Sebagai contoh, anda mungkin boleh mengamalkan diet lebih sihat, mendapatkan tidur yang cukup serta kekal aktif bagi tubuh badan lebih kuat.

    apa itu mono

    Sudah tahu apa itu mono, jadi bagaimana cara merawatnya?

    Sekiranya telah dijangkiti mono, anda perlu segera berjumpa doktor dalam usaha merawat segala simptom kondisi kesihatan ini agar ia tidak menjadi lebih teruk.

    Antara tip-tip yang anda boleh amalkan bagi merawat simptom-simptom mononukleosis:

    • Dapatkan rehat yang cukup
    • Cuci tangan dengan kerap
    • Banyakkan minum air kosong
    • Berkumur dengan air garam
    • Ambil ubatan dan rawatan yang dipreskripsi doktor

    Seandainya simptom-simptom masih tidak hilang malah bertambah teruk, doktor mungkin akan memberi steroid bagi meringankan gejala mono anda.

    Apa yang paling penting, sentiasa cuba elak dan rawat setiap gejala mono dengan segera bagi mencegah timbulnya komplikasi yang lebih parah kelak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan