backup og meta

Jangan Pandang Rendah Fungsi Limpa Dalam Tubuh! Ini 3 Peranan Pentingnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 18/12/2022

    Jangan Pandang Rendah Fungsi Limpa Dalam Tubuh! Ini 3 Peranan Pentingnya

    Dalam tubuh terdapat organ yang dikenali sebagai limpa. Tetapi adakah anda tahu apakah fungsi limpa? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapan mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    Fungsi limpa pada tubuh manusia

    Limpa, atau dalam bahasa Inggeris spleen merupakan salah satu dari organ yang terletak di dalam abdomen. Kedudukannya adalah di bahagian atas kiri abdomen di belakang perut.

    Fungsi limpa ini sering diabaikan seperti apendiks, sedangkan ia mempunyai fungsi yang penting.

    fungsi limpa
    Kedudukan limpa dalam badan

    Antara fungsinya ialah:

    • Menapis darah. Komponen darah seperti sel darah merah dan platlet akan ditapis oleh limpa mengikut keperluan. Sel darah yang rosak, tua, dan tidak normal akan dihancurkan serta dibuang oleh limpa. Ia bertujuan mengawal bilangan komponen darah tersebut dalam darah.
    • Menyimpan komponen darah. Selain menapis, ia juga berfungsi menyimpan semua komponen darah iaitu sel darah merah, platlet, dan sel darah putih. Apabila perlu, ia akan melepaskan sel-sel ini ke dalam darah.
    • Sistem imun. Limpa memainkan peranan penting dalam sistem imun. Apabila terdapat virus, bakteria atau kuman lain dalam darah, ia akan menghasilkan sel darah putih limfosit untuk melawan jangkitan tersebut.

    Perubahan saiz limpa

    Keadaan saiz limpa yang besar disebut sebagai splenomegali. Ia bukan sejenis penyakit tetapi petanda kepada penyakit lain.

    Rasa tidak selesa dan sakit mungkin dialami di bahagian atas kiri abdomen. Kadangkala, ia tidak menyebabkan sebarang simptom dan doktor mengenal pastinya melalui pemeriksaan fizikal.

    Antara keadaan yang boleh menyebabkan splenomegali ialah:

    • Jangkitan seperti tuberkulosis, sifilis, dan malaria.
    • Kanser darah seperti leukemia dan limfoma.
    • Penyakit sirosis hati.
    • Anemia hemolitik.

    Fungsi organ ini boleh terganggu jika berlaku splenomegali. Komponen darah normal mungkin turut dihancurkan oleh limpa yang besar itu menyebabkan semua atau sebahagian komponen darah berkurang.

    Baca juga:

    Anda boleh hidup tanpa limpa

    Dalam sesetengah keadaan, limpa mungkin terpaksa dibuang. Jangan risau, tubuh anda boleh melakukan adaptasi dan banyak fungsi utama organ ini akan diambil alih oleh nod limfa.

    Namun, anda lebih berisiko mendapat jangkitan tertentu. Vaksin boleh membantu mencegah jangkitan tersebut.

    Prosedur membuang limpa disebut sebagai spelektomi (splenectomy). Ia dilakukan dalam beberapa keadaan termasuk:

    fungsi limpa
    Pembedahan splenektomi ke atas limpa yang mengalami kecederaan teruk
    • Kecederaan limpa yang tidak dapat diselamatkan.
    • Ketumbuhan pada limpa.
    • Hipertensi portal.
    • Saiz limpa terlalu besar.

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 18/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan