Ibu Yang Terlalu Tegas & Garang Punca Anak Ketagih Alkohol Kelak? – Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kita selalu mendengar bahawa mempunyai ibu tegas akan menjadikan anak lebih berdisiplin, tetapi adakah itu benar atau sebaliknya sehingga menyebabkan ketagihan alkohol?

Ketagihan alkohol

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan, kanak-kanak yang mempunyai ibu tegas dikatakan akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah berkaitan penyalahgunaan alkohol kerana tekanan yang dihadapi.

Penyelidikan yang dilakukan ini tercetus berdasarkan minat penyelidik dari Arizona State University. Dalam penyelidikan ini, mereka berminat untuk mengkaji tingkah laku melibatkan 419 pelajar yang secara purata berusia 20 tahun.

Menurut penolong penyelidikan merangkap pengarang kajian ini, Dr Julie Patock-Peckham berkata, “Saya tertarik untuk mengkaji topik ini selepas mengamati beberapa pelajar dengan kemahiran teknikal mengembangkan tabiat penyalahgunaan alkohol atau berdepan isu ketagihan alkohol.

“Kecenderungan pelajar seperti ini menggunakan alkohol untuk mengatasi tekanan kehidupan adalah sangat tinggi berbanding pelajar yang menjalani kehidupan biasa tanpa perlu menjadi sempurna setiap masa,” jelas Julie lagi.

Soalan kajian

Dalam analisis kajian yang diterbitkan dalam jurnal Addictive Behavior Reports ini, pelajar yang terlibat diberikan 60 soalan soal selidik berkaitan bagaimana mereka dibesarkan oleh ibu bapa mereka, dengan 30 soalan untuk ibu dan 30 soalan untuk bapa.

Antara soalan kajian yang ditanya adalah seperti  ‘Saya (ibu / bapa) merasakan bahawa ibu bapa yang bijak harus mengajar anak-anak mereka lebih awal hanya seorang sahaja ketua dalam keluarga’.

Terdapat juga soalan berkaitan alkohol yang ditanya kepada para pelajar terlibat. Antara soalannya adalah seperti sebab mengambil alkohol, pandangan mereka mengenai alkohol dan jumlah pengambilan alkohol dalam acara tertentu. 

Pada akhir soalan kaji selidik, turut disertakan dengan 20 set soalan berkaitan simptom kemurungan seperti berapa kali mereka berasa keseorangan atau menangis, dalam tempoh seminggu sebelumnya.

Hasil kajian

Hasil penyelidikan mendapati pelajar yang dibesarkan ibu bersifat autoritarian tanpa melibatkan bapa, akan cenderung ke arah kesempurnaan. Keadaan ini sekali gus menyumbang kepada tahap kemurungan yang lebih tinggi. Ini akhirnya akan wujud isu pengambilan alkohol secara berlebihan.

Tetapi dalam isu ini bapa yang bersifat autoritarian tidak mempunyai kesan terhadap simptom kemurungan. Cuma ibu tegas dengan sifat autoritarian lebih cenderung dikaitkan dengan kesempurnaan sahaja yang menyumbang kepada kemurungan dan ketagihan alkohol. 

Ibu bapa autoritarian dijelaskan sebagai ibu bapa yang mempunyai peraturan ketat berlandaskan hukuman dan penyindiran serta kurangnya belaian mesra dan kasih sayang. 

Penyelidik menjelaskan aspek keibubapaan yang melibatkan ibu dengan sifat autoritatif (authoritative), iaitu satu sifat yang berlawanan dengan autoritarian, mempunyai hubungan dengan isu penggunaan alkohol yang lebih sedikit.

Ini kerana ibu bapa dengan sifat autoritatif, adalah sebagai ibu bapa yang masih bersifat mengawal tetapi dalam masa yang sama responsif dan memberikan belaian kasih sayang kepada anak mereka. 

Tiada yang sempurna

Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita inginkan yang terbaik buat anak-anak terutamanya dalam aspek akademik. Walau bagaimanapun, jika kesempurnaan yang ingin dicapai itu adalah secara paksaan, ia boleh mewujudkan masalah di kemudian hari. Jadi elakkan daripada menjadikan anak sebagai ‘bahan’ untuk mencapai kesempurnaan dan kepuasan diri anda sebagai ibu bapa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

    Pernahkah anda terfikir bahawa apa perlu dibuat jika berlaku situasi suami isteri bersetubuh dan terkantoi dengan anak? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

    Perhubungan yang terjalin, khususnya antara ibu dan anak ketika dalam kandungan adalah ikatan yang paling istimewa. Tetapi bagaimana untuk menunjukkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

    Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

    Selain pengambilan pil perancang keluarga, anda dan pasangan juga boleh menggunakan metode NFP untuk merancang keluarga. Sila baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 02/07/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerja rumah

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    bayi julur lidah

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    ujian kehamilan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan