Eh, Mama TAK Puasa! Perjelaskan Kepada Anak Dengan 3 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

‘Terkantoi’ dengan anak sebab makan pada bulan Ramadan, apa alasan yang hendak diberikan bagi menjawab pertanyaan si kecil, “Kenapa Mama tidak berpuasa?”

Mungkin ini boleh membantu.

Kenapa Mama tidak berpuasa?

Pastinya ada dalam kalangan wanita di luar sana yang tetap akan bangun bersahur dan berpura-pura berpuasa seperti individu lain walaupun hakikatnya mereka kedatangan haid. 

Ia seperti 1 budaya yang dipraktikkan bagi menyembunyikan keadaan sebenar yang dilalui oleh fungsi badan wanita atas alasan kesopanan dan adab. 

Situasi tersebut biasanya berlaku apabila berada bersama keluarga besar melibatkan ayah mentua, abang atau adik ipar lelaki. 

Manakala bagi mereka yang tinggal dalam keluarga asas, melibatkan ibu bapa dan anak, adakalanya si ibu akan berpura-pura berpuasa di hadapan anak. 

Mungkin kerana anda sebagai ibu segan jika si kecil tahu anda tidak berpuasa atau anda tidak mengetahui cara terbaik untuk menjelaskan keadaan haid yang anda hadapi.

Namun, bagaimana jika si kecil terlihat anda makan pada waktu siang di bulan Ramadan?

Apakah jawapan yang perlu anda berikan sekiranya mereka bertanyakan “Mengapa Mama makan dan tidak berpuasa?”

3 cara perjelaskan mengapa anda tidak berpuasa

Aduh, malunya terkantoi dengan si kecil saat anda sedang makan atau mengunyah sesuatu makanan. Apa yang harus anda katakan kepada mereka? 

Berikut cara penyelesaian yang boleh anda cuba:

  1. Berterus terang

cara-menjelaskan-sebab-tidak-berpuasa

Tanpa memberikan sebarang penjelasan, anda mungkin menjawab, “Mama tidak sihat oleh sebab itu Mama tidak melakukan ibadah puasa dan bersolat.”

Namun tahukah anda jawapan tersebut boleh membuatkan si kecil percaya bahawa sekiranya mereka tidak sihat, dibolehkan untuk mereka tidak berpuasa dan bersolat.

Mungkin ada antara anda akan menganggap bahawa mereka masih kecil dan tidak perlu mengetahui tentang apa yang berlaku. Tetapi sampai bila?

Untuk keadaan tertentu, masa terbaik untuk memberikan penjelasan terhadap persoalan si kecil adalah ketika mereka bertanya.

Mungkin sesetengah kanak-kanak tidak perasan atau mengambil peduli tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. 

Tetapi ada kanak-kanak yang kaya dengan sifat ingin tahu. Jadi mereka berhak mengetahui kebenarannya, berdasarkan usia mereka.

Adakah ia sesuatu yang perlu anda lakukan dan kenapa? 

Membiarkan si kecil tahu mengenai apa yang berlaku akan membantu mereka menjadi individu yang tidak perlu berselindung atau malu dengan hakikat, terutamanya jika dia seorang perempuan

Ia juga akan membentuk si kecil menjadi lelaki yang faham tentang keadaan semula jadi seorang wanita.

Lama-kelamaan, amalan berselindung dan berpura-pura berpuasa pada bulan Ramadan dapat dihapuskan.

Anda mungkin berasakan adalah lebih mudah untuk anda bercakap mengenai perubahan badan dan biologi ketika mereka sudah besar. Tetapi hakikatnya ia adalah lebih sukar.

  1. Nama bahagian badan yang betul

Biasa kita mendengar ada ibu bapa yang menggunakan nama panggilan lain bagi merujuk kepada bahagian sulit seperti ‘nenen’ atau bebird’.

Tetapi tahukah anda mengajar anak dengan istilah bahagian badan yang betul adalah sangat penting?

Persatuan Pediatrik Amerika mencadangkan mengajar anak dengan nama yang betul untuk alat kelamin adalah 1 petua utama mencegah dan mengenal pasti penderaan seksual kanak-kanak.

Malangnya, berapa ramai dalam kalangan ibu bapa melakukannya? 

Memang sukar untuk anda menyebut zakar atau penis pada si kecil yang berusia bawah 6 tahun berbanding ‘bebird’.

Atau anda mungkin berasa janggal untuk menyebut faraj atau payudara berbanding ‘nenen’ kepada si kecil untuk mengambarkan alat sulit wanita, bukan?

Tetapi jika anda tidak bermula dari awal, pastinya anda akan berasa lebih sukar apabila anda perlu menukarkan istilah tersebut saat si kecil sudah besar. 

Eh, sekejap…apa kaitan alasan tidak berpuasa dengan istilah bahagian badan?

Apabila si kecil mengetahui istilah sebenar bahagian badan, maka akan lebih mudah untuk menjelaskan mengapa wanita diberi kelonggaran untuk tidak menjalani ibadah puasa pada tempoh tertentu di bulan Ramadan.

  1. Tiada pengecualian

Jika anda mempunyai anak perempuan dan lelaki, tidak bermakna anda hanya perlu menerangkan mengenai perkara ini kepada anak perempuan sahaja. 

Sebaliknya, anda perlu memberikan penjelasan dan penerangan kepada kedua-duanya tanpa berselindung. Kenapa?

Mengajar anak perempuan tentang biologi semula jadi badan akan membuatkan mereka tidak perlu berasa malu tentang apa yang berlaku dan lebih menjaga diri.

Manakala mendidik anak lelaki pula tentang biologi badan sendiri dan jantina berlawanan bukan sekadar untuk mengajar tetapi meningkatkan rasa hormat dan kefahaman kepada individu wanita. 

bulan ramadan

Tidak perlu berselindung

Apabila anda menerangkan kepada anak tentang biologi semula jadi diri bagi wanita dan lelaki, pastinya anda tidak perlu lagi berselindung dengan si kecil jika anda tidak berpuasa.

Ia bukanlah untuk mengajak anda makan secara terang-terangan, namun sekurang-kurangnya ia boleh membuatkan si kecil memahami sebab munasabah antara biologi badan dan kelonggaran yang diberikan kepada wanita pada bulan Ramadan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan. Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

Ini Bahaya Ambil Makanan Segera Semasa Iftar – #5 Pasti Buat Anda Menyesal!

Anda gemar berbuka dengan apa? Sila pilih dengan baik ya? Elakkan makanan segera ketika iftar kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 29/04/2020 . 3 minit bacaan

Nak Berat Badan Ideal Masa Ramadan? Buatlah Solat Tarawih, Bakar Kalori Anda Lepas Berbuka

COVID-19 'memaksa' kita untuk solat Tarawih di rumah sahaja. Tahukah anda, antara kelebihan solat Tarawih adalah membantu membakar kalori selepas berbuka?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Perayaan 28/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tuala-wanita-perlu-dibasuh-atau-dibuang-terus

Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang, Perlu Ke? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/05/2020 . 3 minit bacaan
masalah haid

Ladies, Jangan Pandang Remeh Jika Alami Salah Satu Masalah Period Ini, Segera Jumpa Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Waktu Period Saya Boleh Sama Dengan BFF? Ini Kebetulan Atau Terbukti Saintifik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan
7-tip-menyusukan-badan-ketika-berpuasa

Risau Kesan Pada Bayi Jika Menyusukan Anak Ketika Berpuasa? Cuba Amalkan 7 Tip Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan